Masih ramai yang abaikan pemakaian Micellar Water dalam rutin kecantikan. Padahal nak guna pun cukup mudah dan kesannya juga sangat bagus untuk kulit wajah.
Hanya perlu tuang pada kapas dan kemudian anda boleh terus sapu perlahan-lahan pada muka untuk hilangkan sisa mekap dan kotoran yang melekat di wajah.
Micellar Water Bantu Hilangkan Masalah Jerawat
Haaa… tetapi kalau salah gaya guna, micellar water boleh menyebabkan jerawat. Jadi macam mana nak menggunakan air micellar dengan betul? Jom, baca cara yang betul untuk memastikan kulit anda bersih dan bebas jerawat!
Syarat pertama, jika anda menggunakan air micellar, pastikan air micellar sebagai langkah pembersihan pertama dan kemudian teruskan untuk mencuci muka anda.
Ads
Jika anda menggunakan air micellar sebagai pembersih dan tidak mencuci muka, anda berisiko mendapat jerawat pada kulit anda. Jadi pastikan anda meneruskan proses pembersihan berganda anda!
2. Semak Kandungan Micellar Water
Sebelum membeli apa-apa produk penjagaan kulit, anda harus terlebih dahulu menyemak komposisi, termasuk air micellar. Walaupun berasaskan air, tidak semua jenama mempunyai produk micellar dengan bahan yang sama.
Jika anda mempunyai kulit berjerawat, pastikan bahan dalam micellar water boleh digunakan oleh mereka yang berkulit berjerawat. Kalau tidak pasti, cari air micellar yang dibuat khusus untuk kulit berjerawat agar lebih selamat.
Ads
3. Guna Kapas Yang Lembut
Salah satu punca jerawat adalah kulit yang merengsa akibat menggosok secara berlebihan. Jadi apabila menggunakan air micellar, jangan lupa juga menggunakan bola kapas lembut dan sapu perlahan-lahan pada muka anda.
Jika anda menggunakan bola kapas yang boleh digunakan semula, pastikan bersih untuk mengelakkan masalah kulit.
4. Wajib Guna Apabila Pakai Sunscreen
Sesetengah produk penjagaan kulit tidak boleh dikeluarkan hanya dengan mencuci muka, dan pelindung matahari adalah salah satu daripadanya. Jadi pastikan anda sentiasa menggunakan air micellar pilihan anda sebelum mencuci muka.
Ads
5. Gunakan Toner Selepas Double Cleansing
Mungkin ada yang risau bila banyak kali bersih muka, takut kulit makin kering. Air micellar biasanya menggunakan teknologi terkenal yang mengurangkan risiko kulit kering.
Tetapi itu tidak bermakna anda boleh membersihkan muka anda dalam satu langkah. Teruskan mencuci muka anda dengan gel muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, dan kemudian gunakan toner pelembap untuk memastikan kulit anda terhidrat.
Dapat sesuatu tak dalam perkongsian kali ini? Moga anda boleh ubah dan setia untuk menjaga kulit wajah untuk awet muda dan berseri tanpa mekap!
Baru-baru ini pelakon jelita, Sherry Ibrahim ada muatnaik hantaran video pendek memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman selepas seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.
Ini satu gaya hidup yang bagus untuk diamalkan berterusan, nak-nak bab pengambilan makanan.
Sherry Ibrahim Makan Nasi Tak Sampai Segenggam, Patutlah Maintain Slim!
Menurut pelakon wanita ini, dia cuba jaga makan dan keluarkan peluh selepas baik daripada demam.
“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.
“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.
Makan Dengan Kuantiti Yang Tak Banyak
Menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.
Apa yang menarik perhatian, kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.
Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.
Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.
Nampak tak usaha orang yang mahu menurunkan berat badan? Jadi kalau anda rasa nak sangat pakai baju saiz kecil, boleh cedok cara yang diamalkan aktress jelita ini.
Ya, konsepnya boleh makan semua tetapi dengan jumlah yang tidak melampau. Semoga anda pun berjaya mendapatkan berat idaman!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lepas 2 tahun bebas dah tak payah pakai pelitup muka dalam bangunan, hanya pilihan. Hampir 2 tahun sepanjang pandemik, kita diwajibkan memakai pelitup muka bagi mengelak dijangkiti virus Covid-19.
Malah pemakaian itu menjadi seperti rutin harian terutama jika berada di tempat awam atau khalayak ramai.
Dan hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup dijadikan sebagai pilihan berkuat kuasa serta-merta.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ketetapan baharu itu bagaimanapun terpulang kepada pemilik premis sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakainya atau sebaliknya.
Pengumuman terbaharu itu hadir selepas empat bulan kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.
Namun begitu, menurut Khairy lagi pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di fasiliti kesihatan dan beberapa tempat lain di negara ini.
Beliau berkata, selain itu pelitup muka wajib dipakai sekiranya positif COVID-19 atau bergejala, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.