Sherry Ibrahim

Sherry Ibrahim Kongsi Rahsia Cantik!

Tak Nampak Umur 40 an, Sherry Ibrahim Peka Soal Jaga Kulit Dan Kesihatan
Lihat saja penampilannya yang sentiasa cantik dan langsing. Pasti ramai yang nak tahu apa rahsia atau petua yang diamalkan bekas pramugari ini.

“Sebenarnya saya tidak terlalu mengikut rules sangat. Ramai juga yang tanya saya mengenai tip-tip kecantikan.

“Jawapan saya mudah saja iaitu kena rajin dan paling ‘wajib’ tahu jenis kulit kita sendiri. Untuk badan pula saya aktif melakukan aktiviti bicycle lean class dan hit boxing,” itu sahaja jelasnya.

Pernah Alami Masalah Jerawat Teruk

Tak Nampak Umur 40 an, Sherry Ibrahim Peka Soal Jaga Kulit Dan Kesihatan

“Saya pernah alami masalah jerawat yang sangat besar. Sebelum ini saya jarang ada masalah seperti ini. Kalau ada pun hanya jerawat kecil-kecil.

“Masalah jerawat besar itu agak menduga kesabaran kerana ia ambil masa untuk pecah. Kemudian ia meninggalkan kesan parut yang tidak cantik di wajah.

“Untuk mengatasinya saya buat rawatan laser di samping memakai serum dan masker secara konsisten. Alhamdulillah lama kelamaan ia hilang. Kulit saya kembali sihat dan bersih.

“Selepas itu saya lebih peka dengan penjagaan kecantikan kulit. Saya juga tidak suka memakai produk yang menyebabkan kulit berminyak terutama ketika tidur.”

Doakan Soal Jodoh

Tak Nampak Umur 40 an, Sherry Ibrahim Peka Soal Jaga Kulit Dan Kesihatan

Menyentuh soal jodoh yang masih belum tiba, Sherry tenang memberikan jawapannya, “jika saya tiada jodoh di sini (dunia), mungkin jodoh saya di syurga nanti.”

IKLAN

Demikian antara doa yang dipanjatkan pelakon Sherry Ibrahim sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci pada penghujung tahun lalu.

Sherry atau nama lengkapnya Syarizad Ibrahim berkata, setiap kali menziarahi tempat-tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa, dia tidak akan terlepas meminta daripada Allah untuk dipertemukan jodoh suatu hari nanti.

Selain itu:  Sherry Ibrahim Makan Nasi Tak Sampai Segenggam & Aktif Buat Senaman, Patutlah Slim!

“Bukan tak nak kahwin, tetapi tidak berkahwin juga bukan satu dosa kerana Allah SWT mahu jadikan kita yang terbaik.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menunaikan umrah pada hujung tahun lalu. Saya tidak nafikan, setiap tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa di Mekah dan Madinah, saya akan selitkan juga soal jodoh.

“Apa-apa pun, saya berserah pada Allah,” katanya lagi.

IKLAN

Yakin Dengan Aturan Tuhan

Meskipun jodohnya lambat tiba, perkara itu tidak menjadi sebab untuk dia berasa sedih kerana percaya, semuanya telah diatur Tuhan.

“Mungkin ada hikmah saya belum bertemu jodoh sehingga hari ini. Saya kena perbaiki diri sendiri dahulu dan jaga ibu bapa. Kita kena tengok juga daripada sudut positif.

“Kalau orang bertanya (tentang jodoh), memang saya terasa juga. Sebab siapa yang tidak mahu berkahwin?

“Percintaan saya sebelum ini semuanya tidak menjadi, belum sampai waktu. Nak buat macam mana?” katanya lagi.

“Saya sudah mencecah usia 41 tahun, sudah biasa hidup begini (solo).

IKLAN

“Saya ada keluarga dan rakan-rakan yang sayang dan menyokong saya. Peminat saya juga sentiasa ada,” ujarnya.

Tak Cerewet Pilih Pasangan

Tak Nampak Umur 40 an, Sherry Ibrahim Peka Soal Jaga Kulit Dan Kesihatan

Pada masa sama, dia juga menolak dirinya dikatakan cerewet dalam memilih pasangan.

“Ciri-ciri yang penting adalah Islam. Kalau ada yang masuk meminang, keluarga bersetuju dan saya pun rasa okey, saya terima.

“Saya sudah doa semua itu. Saya mahu mencari orang yang betul-betul ada bersama saya ketika susah dan senang.

“Wanita yang sudah mencecah usia 40-an perlukan lelaki sebegitu. Saya tidak minta lebih, cukup jika dia boleh menjaga saya. Nak nikah nanti bawa cincin sahaja. Saya pun pernah ‘date’ dengan orang biasa-biasa sahaja,” katanya.

Selain itu:  Buat Sendiri Mask Kat Rumah, Bantu Kulit Lebih Cantik & Sihat. Guna Bahan Semulajadi Je!

Begitulah sedikit perkongsian Sherry Ibrahim tentang kecantikan kulit dan soal jodoh yang masih belum tiba. Apa pun, kita doakan yang baik-baik buat pelakon wanita ini.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI