Kurang gemar membuat rawatan wajah di luar, kebanyakan bintang Bollywood memilih bahan alami yang ada di rumah sahaja untuk jaga kulit wajah mereka.

Jangan terkejut kerana artis Bollywood kebanyakan suka menggunkan susu atau ais batu untuk kekal cantik. Jom lihat petua cantik yang mereka biasa gunakan.

Kareena Kapoor

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

“Saya tidak terlalu buat rawatan muka di luar, bagi saya bahan di rumah pun ada yang terbaik. Contohnya madu, mampu membersihkan dan melembutkan kulit saya. Saya oles nipis pada kulit dan biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air sampai bersih.”

Lara Dutta Bhupathi

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

Biasa menggunakan serbuk kulit kayu manis, air mawar dan suka sapu getah lidah buaya dari kebunnya sendiri.

Priyanka Chopra

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

Bibir adalah aset utamanya, Priyanka selalu menggunakan lip skrub garam laut, sedikit titisan gliserin dan air mawar.

Deepika Padukone

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

IKLAN

Untuk muka dia memakai clay mask dan minyak kelapa.

“Hasilnya luar biasa dan menjadikan kulit saya rasa segar, sihat serta lembap dalam 10 minit sahaja.”

Alia Bhatt

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

Ais batu dan multani mitti.

“Jika saya bangun dengan wajah sembap, saya usap dengan ais batu. Selain itu, bagi saya multani mitti benar-benar luar biasa.”

Multani mitti atau dikenali juga dengan nama fuller’s earth adalah sejenis lumpur yang mengandungi bentonite. Biasanya dimanfaatkan sebagai campuran masker untuk kulit jenis berminyak.

Aishwarya Rai

IKLAN

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

Guna masker tepung gandum, kunyit, pisang dan dadih. Masker dengan tepung gandum, krim dan kunyit, masker madu dan dadih (kepala susu), masker pisang serta masker wajah susu dan minyak almond adalah beberapa ramuan yang mudah dibuat. Jadi boleh amalkan ya.

Jacqueline Fernandez

Selain itu:  Patutlah Mak-mak Kita Dulu Guna Air Basuhan Beras Cantikkan Kulit, Jimat Poket!

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

Mantan ratu kecantikan Sri Lanka, Jacqueline Fernandez memanfaatkan ais batu yang dibungkus tisu dan kain boleh menjadikan kulit wajah yang anjal dan mengatasi sembap.

Anushka Sharma

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

IKLAN

Si cantik Anushka Sharma memilih cara alami yang dibuat daripada daun neem (mimba), yogurt, air mawar dan susu.

Masker neem atau disebut Indian’s lilac adalah dedaun yang memiliki sifat anti bakteria. Daun ini juga efektif mengatasi jerawat, pigmentasi serta kulit berminyak.

Katrina Kaif

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

Bintang Jab Tak Hai Jaan ini setia menggunakan suplemen acai berry.

“Saya cuma menggunakan banyak suplemen acai berry untuk menjaga kulit wajah.”

Sonakshi Sinha

“Saya Tak Buat Rawatan Di Luar…” Patutlah Bintang Bollywood Kulitnya Cantik

Tip cantik selebriti terakhir berasal dari pelakon, Sonakshi Sinha. Perempuan berwajah sensual ini lebih memilih susu untuk menjaga kebersihan pori-pori wajahnya.

Dia juga menggabungkan almond tumbuk dan cengkih, sejemput serbuk kunyit dan susu untuk membuat skrub wajah.

Begitulah amalan kecantikan kebanyakan orang India, jadi kita pun boleh cuba tip cantik yang mereka gunakan. Ikut masalah kulit masing-masing dan rajinkan diri pakai masker dua hingga tiga kali seminggu.

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI