Manis berlesung pipit di pipinya, pelakon Sari Yanti menyambut ulang tahun ke-39 pada 9 November lalu bersama keluarga tersayang.
Dikurniakan suami yang penyayang dan menghargai, pelakon wanita ini bertuah kerana menerima ucapan diselit doa yang istimewa daripada pasangan hidupnya, Jep Sepahtu.
Rahsia Awet Muda
Bila digali tentang rahsia kecantikannya, Sari pernah berkongsi menerusi Eh! yang mana dia dengan hanya akan minum air 40 minit selepas makan.
“Saya tak makan sayur, sebaliknya saya lebih suka makan buah-buahan. Dari situlah saya dapat banyak khasiat. Biasanya untuk sarapan saya akan makan anggur, kiwi dan ada kalanya saya campurkan dalam bijirin. Jika bekerja awal pagi dan nak cepat, saya akan gantikan dengan mangga dan pisang.
“Saya pula jenis orang yang kurang minum air, jadi buah-buahan elok dijadikan sebagai ganti untuk sumber air. Biasanya petang saya akan lebihkan makan tembikai. Makanan pilihan saya ialah buah-buahan, kacang dan coklat,” kongsinya.
Doa Jep Buat Sari Yanti
Menerusi siaran segmen pagi Sinar FM, pelawak dan penyampai radio itu memuji Sari yang disifatkan sebagai seorang yang sangat menyenangkan dan turut menitip doa kesejahteraan buat wanita disayanginya.
“Memang tak terbalas jasanya, saya rasa saya orang yang beruntunglah dapat isteri yang saya rasa sangat menyenangkan.
Ads
“Banyak sabar. Banyak bersabar pun tidak juga sebab saya tidak ada buat hal.
“Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk memberi ucapan dan doa sekali.
“Saya doakan mudah-mudahan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan kesihatan yang baik.
Ads
“Mudah-mudahan dia dilimpahkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat bersama saya dan anak-anak,” tutur Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin.
Banyak Belajar Dengan Pasangan
Tidak hanya rasa bertuah memiliki pasangan hidup saling melengkapi, pelawak berusia 38 tahun itu juga menzahirkan kesyukuran.
“Saya sangat bersyukur, sangat terhutang budi dengan layanan yang diberi selama kami berumah tangga. Dia menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.
“Saya doakan mudah-mudahan apa saja yang dihajatkan, diimpikan akan terlaksana dan termakbul. Mudah-mudahan dia sentiasa berada dalam reda dan juga dalam rahmat ALLAH, aamiin,” ujar Jep.
Ads
Jep turut berseloroh tentang Sari yang banyak membantunya menguasai Bahasa Inggeris.
“Kalau nampak dari segi karakter macam saya yang dominan. Tetapi sebenarnya saya banyak belajar daripada dia. Ketenangan, kesabarannya dan Bahasa Inggeris.
“Dahulu saya hanya tahu asas sahaja. Sekarang apabila dengannya saya belajar tentang past tense dan present tense,” katanya.
Sekadar info, Jep dan Sari Yanti melangsungkan perkahwinan di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 2.
Sari memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 13, dan Baasit Al-Haq, 12.
Mestilah semua wanita tak nak jeragat muncul di wajah, nak-nak masih muda. Kadang bukan sebab salah pakai produk pun tetapi disebabkan langsung tak amalkan set penjagaan kulit.
Jadi salah siapa?
Tak Nak Jeragat Muncul
Untuk selamatkan kulit, jemput baca perkongsian Puan Fatin Nursyafawani, jika anda nak kulit nampak cerah, berseri, dan tak kusam, memang tak ada jalan pintas. Anda wajib amalkan 4 rutin kecantikan ini:
1. Cuci muka guna pencuci muka yang gentle dan tak keringkan kulit bersih bersih. Buat double cleansing sehari sekali.
Guna pencuci yang tak mengeringkan kulit. Yang lembut, tidak merosakkan skin barrier.
Elakkan pakai pencuci muka yang buat kulit rasa kering, cekang, tegang, ketat, terik. Ini tak bagus.
Kalau kulit berminyak, kombinasi, berjerawat boleh pakai New.bie Botanical Soothing Cleanser
Jika kulit jenis normal, kering, sensitive boleh guna pencuci jenis susu.
Double Cleansing maksudnya cuci muka 2 Kali dengan menggunakan cleanser yang berlainan jenis. Water-based and Oil based. Biasa buat sekali sehari je pada waktu malam.
Boleh juga pakai:
Micellar water + gel cleanser
Milk cleanser + gel cleanser
Oil cleanser + foam cleanser
Balm cleanser + gel cleanser/balm cleanser
Depends pada jenis kulit masing masing.
Kalau jenis normal/dry skin cukup micellar water + milk cleanser saja.
2. Exfoliate kulit. Ini paling PENTING paling wajib. Singkirkan sel sel kulit mati.
Exfoliate itu maksudnya singkirkan sel sel kulit mati. Sel kulit mati tu bahaya kalau tak singkirkan. Boleh menyebabkan Liang pori tersumbat.
Jadi liang pori jadi besar, kulit jadi kusam. Kulit mudah diserang jerawat, dipenuhi whitehead and blackhead.
Wajib kena singkirkan sel sel kulit mati tersebut supaya kulit tak bermasalah.
3. Pakai hydrating and moisturizing produk. Memang kulit auto glowing and berseri seri nampak sihat.
4. Pakai sunscreen. Tanpa sunscreen your skincare rutin is nothing.
Jika Kulit Berjeragat
Jeragat tak hilang. Akan pudar saja. Untuk jeragat ni kena rawatan advanced.
Perlu pakai bahan active. Perlu pakai brightening ingredients, lightening Ingredients, whitening ingredients, tyrosinase inhibitor ingredients, jaga hydration.
Ini benda asas yang patut anda tahu bila mulakan rutin penjagaan kulit wajah, selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ingat dengan penyanyi wanita, Waheeda Wassini yang sekian lama menyepi dari industri hiburan?
Haaa.. rupanya Waheeda masih belum melupakan minatnya dalam bidang muzik. Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, Waheeda sebenarnya masih bergiat aktif dalam dunia seni yang diminatinya.
Lama Waheeda Wassini Menyepi, Rupanya Masih Aktif Dalam Dunia Seni
Menerusi sebuah video yang tular di laman TikTok, rata-rata warganet meluahkan kerinduan terhadap penyanyi muslimah ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mula mengimbau semula kenangan ketika zaman Waheeda begitu popular dengan kecantikan dan keayuaan dirinya dalam berpakaian dan bertudung.
Terdahulu menerusi sebuah laporan berita, wanita yang berusia 45 tahun itu akui sukar untuk menjauhkan dirinya dari seni muzik, namun dia memilih untuk berhijrah setelah mendirikan rumah tangga.
“Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh (berhenti).
“Pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali,” kata Waheeda yang menikahi penyanyi nasyid, Akhil Hayy.
“Saya sebenarnya pemuzik di hati. Lima tahun saya dihantar ke kelas muzik, sampai sekarang, tetap muzik dalam hati saya. Muzik tidak salah kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia.
“Namun, saya meletakkan diri sebagai pemuzik, bukan penyanyi. Jadi, apabila anda pemuzik, anda tidak akan berhenti.
Selain sayuran, kita juga digalakkan untuk mengambil buah-buahan sebagai diet untuk suplemen tambahan.
Buah-buahan adalah makanan yang mengandungi vitamin yang dapat membantu memberi nutrisi kepada kulit.
Tidak hanya itu, kandungan antioksidan di dalamnya juga dapat mencegah keradangan. Tanpa produk mahal, 5 pilihan buahan ini dapat mencantikkan kulit anda secara semulajadi.
5 Pilihan Buahan Untuk Rahsia Kecantikan Semulajadi
1. Epal
Kandungan vitamin A dan C pada epal boleh membantu kulit anda bercahaya. Antioksidan, kalium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga dapat melindungi kulit dan merawat kerosakan akibat paparan radikal bebas.
2. Tembikai
Tembikai kaya dengan vitamin C, A dan B1 yang mampu membuatkan kulit seseorang sihat dan bercahaya. Ini kerana nutrisi di dalamnya mampu memperbaiki tekstur kulit tidak sekata, mencegah kerosakan kulit dan mengurangkan keradangan.
3. Lemon
Tidak hanya mencerahkan kulit, kandungan vitamin C pada lemon juga mampu melindungi kulit daripada paparan radikal bebas.
Selain itu, lemon juga bekerja untuk mengurangkan bintik hitam, hiperpigmentasi, jerawat dan menutup parut kecil pada wajah.
4. Mangga
Tidak hanya mempunyai rasa yang enak, mangga juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit memandangkan ia kaya dengan vitamin A, E, C dan K serta serta flavonoid, polifenol, betakaroten, dan xantofil yang semuanya menjaga kulit tetap sihat dan bercahaya.
Mangga juga dapat membantu mengurangkan jerawat dan memperbaiki tekstur kulit.
5. Nanas
Selain vitamin C, nanas juga mengandungi vitamin A dan K yang mampu membantu mengatasi jerawat dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Tidak cukup dengan itu, ia mampu melambatkan proses penuaan wajah dan membuatkan kulit nampak lebih cerah dan bercahaya.