Pelakon cantik Bollywood Kareena Kapoor mendedahkan amalan tip cantik yang diamalkan secara turun menurun. Jadi tak pelik melihat wajahnya yang glowing walau usianya telah mencecah 40-an.
Untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, Kareena Kapoor lebih suka akan bahan semula jadi dan salah satunya adalah minyak badam.
Sapu Minyak Badam Dan Yogurt, Ini Cara Kareena Kapoor Jaga Kulitnya
Selain itu, ketika sesi temuramah bersama wartawan dari Vogue India, Kareena mengakui dia sering memakai mask yang dibuat sendiri dengan campuran minyak badam dan yogurt.
Menurutnya lagi, cara ini sangat berkesan untuk melembapkan kulit wajah secara semulajadi.
Ads
“Kombinasi minyak badam dan yogurt sangat baik untuk wajah anda terutama jika anda mempunyai jenis kulit kering. Hanya sapukan ke muka dan biar selama 30 minit.” Kata Kareena Kapoor.
Ini Amalan Tradisi Keluarga
Ternyata rawatan yang menggunakan bahan semulajadi ini telah menjadi tradisi keluarga mereka. Kareena telah menjalani rutin kecantikan ini selama bertahun-tahun dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Ads
Seorang ahli dermatologi dari India iaitu Dr. Geetika Mittal Gupta, yang juga pengasas klinik kecantikan ISACC LUXE juga mengesahkan bahawa minyak badam sememangnya sangat baik untuk semua jenis kulit wajah terutama kulit kering.
“Minyak badam terkenal dengan sifat yang ringan dan hypoallergenic dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit bayi. Minyak badam juga bukan komedogenik, jadi mustahil untuk menyumbat liang pori pada kulit wajah.” Kata Dr.Geetika Mittal Gupta.
Ads
Minyak Badam Bagus Untuk Kulit Kering
Minyak badam terkenal sebagai pelembap kerana sifat anti-radang yang sangat efektif dan sangat sesuai untuk kulit kering.
Malah minyak badam juga mempunyai kandungan vitamin E yang berguna untuk mengurangkan bintik-bintik gelap di bawah lingkaran mata dan dapat menajdikan kulit kelihatan lebih cerah dan segar.
Anda yang mempunyai kulit kering boleh lah mencuba petua daripada Kareena Kapoor untuk penjagaan harian kulit wajah dengan cara yang lebih semulajadi. Yang penting selamat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini hanya membaca kisah mereka yang positif dijangkiti virus Covid-19 di paparan media sosial.
Sesekali terfikir kesakitan yang dialami sementelah seseorang itu mengalami tanda seperti demam berpanjangan, selesema serta batuk berkahak.
Walaupun mengamalkan SOP dan sangat berhati-hati, namun siapa sangka akhirnya diri sendiri menjadi mangsa jangkitan virus yang sangat merbahaya ini.
Bagi Elly Jalil, dia mula mengalami demam secara on off dan keadaan ketika itu memang badan rasa sejuk menggigil.
Bukan itu saja, dia juga turut mengalami rasa sesak nafas yang menyebabkan dirinya terbayang mati disebabkan virus ini.
“Rasanya ini disebabkan masalah batuk dan kahak yang banyak dalam tekak. Saya juga turut merasakan susah untuk tidur malam. Sebelum ini bila saya tengok orang lain yang disahkan positif seperti demam dan batuk nampak macam biasa saja.
“Tetapi rupanya bila dah mengalami sendiri, masya-Allah betapa deritanya saat itu. Bagi saya, saya masih lagi sanggup sakit beranak daripada menjadi mangsa virus Covid-19 ini,” ujar Elly, salah seorang team Web Digital di Ideaktiv.
Menurut Elly lagi rasa sesak nafas seperti merasakan nafas kita pendek, mengah dan penatnya seperti baru berlari. Padahal baru saja jalan beberapa langkah.
Tambahnya, seperti orang lain dia juga sangat menjaga SOP dan hanya duduk rumah bagi mengelak jangkitan.
“Kalau ikutkan kami suami isteri memang tak ada pergi kemana-mana. Lagi-lagi dengan perlaksanaan PKP dan hanya ‘work form home’ dan duduk rumah saja. Cuma kami ada keluar beli barang keperluan harian.
“Tetapi sudah ditakdirkan saya dan suami turut dijangkiti virus ini. Mula-mula suami yang alami muntah dan cirit serta hilang selera makan. Jadi pada 16/6 dia buat swab test dan keputusan positif. Selepas suami dah buat swab test memang saya dan anak asingkan diri terus.
“Suami duduk bilik dekat atas. Masa ini memang saya dah start pakai mask 24 jam dalam rumah, sarung tangan, kerap sanitize rumah dan tak peluk atau cium anak.
“Waktu ini saya hanya mengalami simptom yang ringan seperti batuk dan selsema je. Masih larat nak jaga anak kami,” ceritanya yang turut mendapat panggilan untuk melakukan swab test pada 18/6 bersama dengan anak yang berusia 1 tahun 10 bulan di Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat.
“Pada 20/6, saya juga telah disahkan result positif. Alhamdulillah anak kami negatif. Bila dapat tahu saya positif 20/6, masa inilah simptom saya pula mula teruk. Batuk sesak nafas demam semua. Jadi saya dan suami membuat keputusan untuk duduk sekali jaga anak.
“Oleh sebab masing-masing tak larat jadi kena gilir-gilir jaga anak. Memang penat dan sakit tapi nasib baik anak macam memahami. Main sendiri, tidur sendiri dan dia juga dah tak menyusu badan,” kata Elly yang sepatutnya menerima suntikan sehari selepas suami disahkan positif.
Setelah hampir 10 hari kuarantin di rumah, dia dan suami akhirnya bersyukur bebas dari virus Covid-19. Namun saat berdepan situasi dijangkiti virus ini memberi pengalaman sangat berharga buat dirinya sekeluarga.
“Memang kena kuat fizikal and mental untuk hadapi sakit akibat virus Covid 19 ni. Macam saya alhamdulillah ada suami yang boleh bantu sama-sama jaga anak. Ada keluarga dan jiran-jiran yang baik hantarkan makanan dan bekalan ubat.
“Waktu ini memang kami sangat mementingkan keselamatan anak. Walaupun positif, tetapi saya sentiasa memakai mask di rumah, mandi dan cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelak anak dijangkiti. Alhamdulillah anak tidak dijangkiti virus yang saya kira sangat-sangat merbahaya dan boleh bawa maut.
“Oleh itu saya nak pesan jika tiada urusan duduk saja di rumah. Kalau boleh beli barang secara online. Ini bag mengelak diri dijangkiti virus yang boleh ada di mana-mana.
“Apatah lagi bagi yang belum menerima apa-apa suntikan vaksin sebagai perlindungan, jadi sentiasalah jaga SOP kendiri,” tambah Elly sebelum mengakhiri perbualan
Bagi mereka yang menerima suntikan vaksin, pasti akan menerima kesan sampingan mengikut tahap badan masing-masing.
Ada yang terus demam, sakit kepala, mengantuk dan juga mengalami beberapa kesan sampingan lain.
Malah ada yang memberitahu perlu untuk makan ubåt atau panadol sebelum terima suntikan vaksin.
Namun dakwaan ini disangkal, apabila Ahli Kimia ini melalui akaun twitter @masfaizhakim berkongsi sepatutnya makan panadol ini selepas menerima suntikan.
Dia juga turut menjelaskan beberapa jenis-jenis panadol. Ada yang boleh diambil dan ada juga tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi.
Rutin penjagaan wajah yang dimulakan dengan toner memainkan peranan penting untuk mendapatkan hasil kulit yang diinginkan.
Nak jimat dan selamat, boleh buat toner sendiri untuk menyesuaikan segala-galanya mengikut jenis kulit anda.
Jadi, jom tengok resipi toner buat kulit cantik!
Penyelesaian ini memastikan kulit anda sentiasa lembap, segar dan membantu mengekalkan cahaya yang berterusan.
1 cawan air mawar
1 sudu besar gel aloe vera (berasaskan pasaran)
Cairkan 1 sudu besar gel dengan 1 cawan air mawar atau air sejuk.
Sama ada sapukan penyelesaian terus pada muka dengan pad kapas atau anda boleh menggunakannya sebagai kabus muka dengan memindahkannya ke botol semburan.
Gunakan toner ini setiap hari untuk mengurangkan bintik hitam dan untuk mencerahkan kulit.
1 cawan air kosong
½ sudu teh kunyit
1 sudu teh daun teh hijau
Langkah pertama ialah membancuh secawan teh hijau dan biarkan ia sejuk.
Seterusnya, masukkan kunyit ke dalam teh dan gaul rata.
Toner pudina bantu mengawal pengeluaran sebum pada muka sekali gus mengurangkan pori-pori besar. Ini akan membersihkan semua sisa dari wajah, mengurangkan kilauan dan memastikan wajah kelihatan bersih dan segar.
1 cawan air
Segenggam daun pudina
Didihkan secawan air dan masukkan daun pudina ke dalamnya.
Tutup api dan tutup dengan penutup sementara daun masih ada.
Biarkan daunnya meresap dan memberikan manfaat dan kebaikannya kepada air.
Selepas sejuk, tapis air pudina dan simpan dalam botol semburan.
Sembur mint mist 2-3 kali pada muka anda setiap hari.
Haa… cara ini jimat poket! Kalau rajin pakai toner, kulit anda lebih lembap dan tak ada masalah jeragat dan jerawat.