Kecantikan

DIY Krim Wajah Sendiri, Hilang Masalah Jeragat Dan Parut Gelap

Share

Kalau anda masalah jeragat dan parut jerawat yang gelap, boleh cuba petua cantikkan kulit yang dikongsikan wanita ini.

Menerusi laman TikTok, Puan Murnie Ezaliana

berkongsi bahan dan cara nak buatnya sampai jadi krim. Jom tengok apa yang anda perlu sebelum hasilkan sebekas krim cantikkan wajah.

Masalah Jeragat Dan Parut Gelap

Bahan-bahan yang perlu:

Soda bikarbonat
Madu
Tepung beras

Cara buat:

Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut dan gaul sehingga sebati.

Pastikan hasilnya macam krim wajah yang dijual, pekat dan likat.

Kemudian anda boleh masukkan ke dalam bekas dan labelkan siap-siap senang nak pakai tidak tertukar dengan bekas lain.

Waktu nak pakai, boleh sapu pada jeragat atau parut sahaja.

Untuk hasil terbaik boleh pakai 3 kali seminggu.

Selamat bercantik-cantik!

IKLAN