Jangan sesekali abaikan bab rutin penjagaan wajah jika anda betul selesa melihat cermin dengan wajah yang bersih tanpa cela. Namun untuk pemilihan produk yang serasi, itu bukan sesuatu yang mudah.
Jadi untuk memudahkan anda mencari skincare terbaik, anda boleh cuba produk-produk ini bagi mendapatkan kulit bersih berseri (kulit yang lembap dan glowing sihat). Rutin ini sesuai untuk individu yang miliki kulit jenis berminyak dan berjerawat.
Jom kita selongkar satu persatu produk yang mungkin bakal membantu anda untuk mendapatkan kulit bersih dan glowing.
Rutin Penjagaan Wajah Terbaik Sebelum Tidur, Esok Bangun Kulit Jadi Bersih Dan Glowing!
Malas dan penat, tapi jangan sesekali lupa untuk menanggalkan solekan selepas seharian. Anda boleh cuba produk magik Bioderma Sensibio H20 Micellar Water. Sensibio H20 membersihkan muka secara mendalam pada waktu pagi dan petang, sekali gus menghalang bahan pencemar yang mungkin memburukkan sensitiviti kulit daripada menembusi kulit.
Untuk pembersihan pula, hanya Low pH Morning Gel dari CosRx berfungsi dengan baik untuk kulit. Seperti yang dimaklumkan, kulit sensitif dan mudah untuk berjerawat adakalanya melecehkan dalam mencari cleanser yang sesuai.
Tekstur gel yang lutsinar pada produk ini best dan sedikit berbau tea tree, tapi tidak terlalu kuat. Semuanya kerana kandungan bahan yang mesra kulit sensitif, jadi ia sangat ringan pada kulit.
Ads
Tea Tree Oil adalah antiseptik hebat dan boleh melegakan serta merawat jerawat manakala Betaine Salicylate ialah pengelupasan kimia semula jadi yang mengekalkan pori-pori, bebas daripada sel-sel kulit mati yang tersembunyi di dalam dinding liang pori.
Hah, ada sesiapa di sini yang pernah menggunakan Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA (Salicylic Acid) Liquid? Apa yang bagus sangat tentang produk ini?
Produk pengelupasan yang lembut ini menanggalkan sel-sel kulit lama pada permukaan kulit dan di dalam liang, mengurangkan penampilan kedutan, memperbaiki warna kulit untuk kulit yang licin, cerah dan tegang. Anda akan melihat hasil pada kali pertama menggunakannya.
Semua jenis kulit boleh menggunakan produk ini, tetapi teksturnya amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal hingga berminyak atau kombinasi, bintik hitam degil dan kulit yang mudah berjerawat.
Ads
CosRx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence, terlalu bagus dan tak pelik lah kenapa hype di media sosial.
Ya, siapa sangka lendir siput boleh memberi perubahan ketara pada kulit wajah. CosRx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence ialah pati ringan yang memberikan penghidratan berpanjangan, membantu meningkatkan keanjalan kulit, menenangkan kulit sensitif dan banyak lagi. Padat dengan penapisan rembesan siput 96% dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Ads
Ini pun best, Beauty Of Joseon Glow Serum. Serum ini membuatkan kulit rasa bersih, lembut, lembap dan kesan glowing. BOJ Glow Serum disarankan untuk kulit bermasalah kerana kandungan bahan niacinamide dan propolis.
Jangan tak tahu, propolis cukup membantu menenangkan dan meningkatkan gantian sel bagi menyembuhkan kulit yang bermasalah.
Niacinamide pula mencerahkan dan menghidupkan semula kulit, kunyit kaya dengan antioksidan memerangi kerosakan radikal bebas untuk memastikna kulit sihat, gebu dan cerah.
Untuk melembapkan kulit, anda boleh pilih Cerave Moisturizing Cream. Kita sedia maklum, saharian di luar menyebabkan kulit terdedah kepada bahan pencemar, dan ini akan menjejaskan skin barrier, maka timbullah breakout yang tidak diingini.
Cerave Moisturising Cream, krim pelembap dengan hyaluronic acid dan 3 ceramide penting ini berfungsi bersama untuk mengunci kelembapan kulit dan membantu memulihkan penghalang pelindung kulit.
Dah jelas semuanya, jadi anda boleh cari dan pakai ikut keperluan kulit ya. Jangan abaikan penjagaan kulit kalau nak awet muda. Sebaiknya umur masuk 20an, anda patut ada ilmu tentang produk yang bagus untuk kulit. Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuba semak semua, macam mana cara cuci pakaian yang anda biasa amalkan setiap hari. Salah gaya memang akan buat baju cepat buruk dan rosak!
Haaa… mesti ramai tak sedar perkara ni. Nak basuh baju, bukan pakai campak, ya. Ada beberapa tip yang perlu anda lakukan. Ini adalah 13 kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakan orang ketika mencuci pakaian.
TAK ASINGKAN PAKAIAN DENGAN BETUL
Selaian pengasingan mengikut warna, jenis fabrik juga perlu diperhatikan.
TIDAK BERSIH KOTORAN DEGIL TERLEBIH DAHULU
Jika terdapat kotoran degil seperti minyak, cat dan sebagainya, bersihkan sisa otoran tersebut terlebih dahulu sebelum di cuci. Khuatir nanti ia merebak ke pakaian lain
GUNA SERBUK PENCUCI TERLALU BANYAK
Bahaya guna sabun serbuk ni. Nanti tinggal debu-debu putih melekat pada pakaian. Dah kene cuci semula. Nak selamat, buat air sabun terlebih dahulu. Baru masukkan pakaian.
TAK TUTUP ZIP
Ini antara punca zip pada pakaian cepat rosak. Sebaiknya, tutup zip sebelum pakaiana dibasuh. Jika dibiarkan zip terbuka ketika basuh, ia akan menyebabkan giginya rosak
TIDAK MEMBUKA BUTANG
Berbeza pula bagi butang, ia perlu dibuka atau dileraikan daripadanan. Jika tidak, butang mudah tercabut
PELUNTUR BERLEBIHAN
Penggunaan peluntur yang berlebihan dan secara kerap akan menyebabkan pakaian akan mudah mereput dan fabrik menajdi keras
CUCI PAKAIAN DALAM MENGGUNAKAN MESIN BASUH
Ni mesti ramai yang buat kan? campak sahaja semua pakaian dalam mesin basuh. Walaupun anda menggunakan bekas atau beg khas untuk mencuci pakaian dalam ia tetap akan merosakkan bentuk asal. Sebaiknya, ia menggunakan teknik rendaman dan cucian ringan
GUNA PELEMBUT FABRIK PADA TUALA
Kandungan kimia di dalam pelembut pakaian akan menyebabkan tuala mempunyai daya resapan yang kurang.
CUCIAN TERLEBIH BANYAK DAN TERLALU KURANG
Untuk penjimatan dan kecekapan tenaga, pastikan cucian yang dilakukan secara maksimum. Namun, tidak terlalu padat. Okay, kalau anda ada buat beberapa kesalahan ini, jangan ulang ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada cara yang mudah rupanya nak buat kulit lembap, lebih-lebih lagi anda yang berkulit kering. Wajib pakai pelembap untuk elakkan masalah jeragat menyinggah.
2 Bahan Buat Kulit Lembap, Gaul Sebati Dan Boleh Sapu Di Muka
Menerusi perkongsian Puan Sarifa Rezuan, dia hanya buat sendiri pelembap. Malah cukup jimat bukan hanya boleh disapu pada wajah tetapi boleh dijadikan serum rambut.
Untuk sapu pada kulit atau buat minum paling baik adalah EVOO jenis organik.
Ada satu resipi mudah dari zaman purba yang sangat bagus untuk kecantikan dari hujung rambut hingga ke kaki. Hanya dua bahan saja di perlukan.
Bahan-bahan:
1. Aloevera (lidah buaya)
2. Minyak zaitun
Minyak zaitun mempunyai sifat mudah diserap oleh kulit, dan memberi nutrisi kepada kulit kerana ia mengandungi vitamin E, A, K dan polifenol.
Aloe vera telah dipanggil “tumbuhan keabadian” dan ia sangat kaya vitamin B, C, E dan beta-karoten, mineral, unsur surih dan asid amino.
Orang dahulu menggabungkan keduanya untuk mendapat hasil yang terbaik pada tubuh badan.
Namun proses untuk dapatkan gel aloevera semula jadi memerlukan masa lebih dari 3 hari ke seminggu baru boleh guna. Kerana gel alovera tidak boleh diguna direct kerana akan memberi kesan gatal pada kulit.
Namun, usah bimbang sekarang ni zaman teknologi. Boleh beli gel aloevera gel ready made 98%-100% di farmasi/whatson/guardian. Pastikan yang original.
1. 3-5 Sudu besar Aloevera Gel ready made
98%-100%.
2. 2 Sudu besar extra virgin olive oil (EVoo)
Gaul sebati dan boleh guna dari hujung rambut hingga ke kaki.
1. Boleh sapu di kulit kepala dan seluruh rambut sebagai serum rambut. Cara ini mampu halang rambut dari gugur, lembapkan rambut dari kering, membantu masalah kegatalan kulit kepala serta kelemumur. Ia juga bantu melebatkan rambut.
2. Sapu di wajah sebagai pelembap wajah sambil urut urut wajah. Gunakan setiap pagi dan malam untuk hasil yang terbaik.
3. Dijadikan sebagai losyen badan, mampu melindungi kulit dari masalah kekeringan dan kulit kasar disamping melembapkan kulit.
4. Boleh sapu di kawasan kulit yang gelap seperti ketiak, celah peha, siku serta leher. Cara ini juga dikatakan mampu menyingkir kulit mati dan mencerahkan tempat yang gelap.
5. Boleh dijadikan sebagai kuticle krim. Untuk melembutkan kutikel dan memudahkan proses pedicure dan manicure. Tokey spa boleh lah guna ni.
6. Sapu di tapak kaki terutamanya di kawasan tumit setiap malam dan pakai stokin. In Sha Allah, bahagian tumit dan tapak kaki yang kasar jadi lembut.
7. Paling Best boleh dijadikan sebagai make up remover. Memang bagus kerana kulit terpelihara dan sentiasa nampak fresh!
BERAPA LAMA BOLEH TAHAN?
Yang ni boleh buat uji kaji sendiri. Buat simpan sedikit dalam bekas dan letak 1 bekas di suhu bilik dan satu bekas di suhu peti sejuk.
Catit tarikh buat dan tengok sendiri tahap ketahanan. Biasanya dalam peti sejuk memang lagi lama boleh tahan. Dan sejuk sejuk pakai di kulit lagi bagus. Kesan lebih efektif.
Cubalah, anda pun boleh buat pelembap sendiri di rumah tanpa habiskan duit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang ada banyak petua cantik guna timun dan kunyit tetapi masih ramai tak amalkan sebab tak rajin nak DIY sendiri.
Namun sebenarnya masker yang menggunakan timun dan kunyit cukup membantu cantikkan kulit, pakai pun kejap sahaja. Paling syok, anak remaja pun boleh tepek sama di wajah, ya.
Jadi untuk mendapatkan kulit wajah tanpa parut dan cerah, apa kata anda cuba petua yang diamalkan oleh Norshahida Lambri ini, nampak mudah!
Masker Timun Dan Kunyit
Bahan yang diperlukan :
1 sudu serbuk kunyit
1 biji timun
Cara penyediaan:
Kisar timun hingga menjadi jus. (jangan letak air tau).
Setelah itu campurkan serbuk kunyit tadi bersama jus timun tadi sampai jadi pes.
Kemudian sapukan pada muka, biarkan selama 15 minit dan bilas.
Ini Yang Patut Anda Tahu Pasal Kunyit
Tahu tak, kunyit memang bagus untuk kulit. Kebaikan kunyit untuk muka ialah mampu untuk memudarkan parut jerawat yang hitam setiap kali selepas masalah jerawat itu sudah mula sembuh. Jadi, kalau anda rajin buat masker kunyit, hilanglah segala cela di wajah.
Manfaat Pakai Timun
Manfaat timun untuk wajah lainnya iaitu mampu meringankan kulit terbakar akibat sengatan matahari dan kulit yang berminyak.
Tetapi salah satu cara agar kulit wajah cerah adalah menggunakan timun. Malah boleh membantu hilangkan masalah eye bag di sekitar mata anda juga.
Jadi anda boleh gabungkan dua bahan mudah ini untuk cantikkan kulit dengan cara jimat. Awet muda pun, ya. Jadi, boleh amalkan secara kosisten menggunakan masker kunyit atau timun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!