Menurut Pakar Kecantikan & Spa Tradisional Safah Herbs, Puan Foziah Mohd Foad atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Gee berkongsi teknik urutan sengkak wajah yang dikatakan mampu menjadikan wajah berbentuk tirus dan runcing, menaikkan pipi sekaligus tampil awet muda.
“Sebenarnya ramai yang bertanya boleh ke muka kita ini disengkak atau ada ke rawatan untuk itu. Sebenarnya muka kita ini sama juga seperti anggota badan.
Ads
“Yang mana kita akan rasa penat, lesu, letih. jadi facial sengkak adalah satu satu teknik rawatan paling bagus untuk kembalikan seri wajah untuk kekal awet muda,” katanya yang turut menunjukan teknik rawatan ini yang mengambil masa hampir sejam bermula dengan pembersihan dan penyentalan wajah.
Ini adalah untuk membuang kotoran, sisa mekap serta mendapat minyak pori, bahan yang digunakan adalah cleansing milk serta scrub kacang bijan.
Proses seterusnya dilakukan adalah pengewapan untuk melembutkan urat saraf limfatik dan melembutkan kulit wajah.
Kemudian dilakukan pula proses laser frequency yang bertujuan untuk matikan kuman dan bakteria pada muka.
Puan Foziah juga turut menunjukkan proses berikutnya iaitu proses pembuangan bintik hitam/putih bagi memastikan wajah licin dan memastikan pori tidak tersumbat.
Dan langkah berikutnya adalah jurus sengkak wajah yang bertujuan untuk mengaktifkan saraf di titik limpatik pada wajah agar berseri dan segar.
Turut dilakukan proses jurus pipi membutlat bagi melancarkan aliran darah sekitar wajah terutama pipi. kemudian dilakukan pula jurus pipi bersilang untuk membentuk dan menaikkan tulang pipi.
Ads
Selain itu turut dilakukan jurus rahang bersilang bagi memastikan dapat membentuk muka tirus dan runcing.
Manakala jurus pipi berkait pula adalah untuk membentuk tulang pipi yang tinggi dan montok. Sementara jurus sinaran mata pula dilakukan bertujuan untuk mengurangkan lingkaran gelap, bengkak dan sembap mata.
Akhir sekali dilakukan jurus sengkak bertaut untuk mengaktifkan saraf limpatik, sel kulit dan kolagen pada wajah.
Dan proses ini ditutup dengan proses berpupur wajah bagi membantu mengembalikan vitamin kulit, menganjal dan mencerahkan kulit wajah. Tidak dilupakan jurus tepuk getar untuk membangkitkan saraf, menyegar dan menegang otot wajah.
Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia. Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah! Dalam diam rupanya penyanyi Cinta Muka Buku, Najwa Latiff kini telah selamat bergelar seorang isteri kepada pasangannya, Akwa Ariffin yang juga seorang penyanyi.
Majlis ringkas dan tertutup itu yang hanya dihadiri sanak saudara dan kenalan terdekat berlangsung di batu Pahat Johor kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Pada majlis itu, Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latiff.
Berita mengenai perkembangan dirinya itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi ini meraih pelbagai reaksi pengikutnya.
Menerusi hantaran tersebut, pasangan ini turut mengenakan persalinan sedondon berwarna putih. Keduanya juga turut memilih tarikh istimewa 11/11/2022 untuk diingati sebagai hari bahagia buat mereka.
Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan penyanyi Cinta Muka Buku ini dan masing-masing memuji Wawa cukup cantik dengan persalinan serba putih.
“Majlis nikah berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan bimbang kes Covid-19 tengah naik,” kata kakaknya, Syafika Latif.
Najwa dan Akwa sebelum ini pernah tampil bekerjasama menerusi dua single duet berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.
Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah
Najwa juga kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dia juga kini turut menjawat jawatan sebagai pensyarah, sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) pada 2017.
Najwa Latif kemudian meneruskan pendidikan tinggi dalam jurusan sama di Universiti Malaya (UM) di peringkat Sarjana.
Masih lagi hangat membicarakan mengenai kes picagari kosong yang dikatakan diterima oleh penerima vaksin disebuah hospital.
Terpanggil dengan isu ini, doktor dan pengacara popular, Dr Say Shzril turut memberikan pandangannya berkenaan perkara ini.
Bukan itu saja, dia juga turut memberikan panduan mengenai apa yang boleh dilakukan seseorang bagi mengelak masalah ini daripada berulang.
Topik : Vaksin Angin?
Baru-baru ni kecoh kisah mereka yg terima vaksin “angin”. Actually tak baru pun, rasanya dari dulu tular video-video yang kena cucuk tapi syringe-nya tiada isi, kena cucuk tapi tak ditekan langsung syringe-nya & pelbagai lagi lah.
To be honest bila saya & wife tengok video-video sebegitu pun kami tertanya-tanya “apa rationale diorang buat macam tu?”.
Saya faham frontliners ramai yg burnt out sekarang ni. Baru habis syif di hospital, mereka ke Pusat Pemberian Vaksin pula.
Jadi sebagai rakyat jelata, anda ada hak untuk take part in this. Apa yg anda boleh buat bila masuk cubicle nak menerima vaksin tu, cakap kepada pemberi vaksin, boleh tak saya nak tengok syringe vaksin tu & lepas dicucuk minta nak tengok sekali lagi syringe tu.
Masa saya & bini dapat vaksin kami aritu, pemberi vaksin siap sedut vaksin depan muka kami, bagitau berapa ml vaksin akan dicucuk & lepas cucuk dia tunjuk syringe kosong tu kat kami. Rezeki kami dapat pemberi vaksin telus sebegitu.
Sekali lagi, “human errors” are bound to happen in chaotic situation like now, but we should play our part in this too.
Kalau PPV tu tak bagi buat rakaman, ambil inisiatif untuk request pemberi vaksin tunjuk semua di depan mata anda. Saya berharap tiada kuncu-kuncu anti-vaxxx Mosus di PPV ni lah, mane lah tau kan? Lindungi Diri, Lindungi Semua.
Salah seorang peserta Gegar Vaganza 11 (GV11), Ning Baizura nampak awet muda dalam usianya sekitar nak masuk fasa 50an.
Tak lokek dengan senyuman, penyanyi dan pelakon ini lebih mengutamakan ibunya dalam segala hal. Ini terbukti apabila dia berkongsi sebab utama sertai GV11.
Mahu Hadiahkan Kenangan Terindah Buat Ibu
Bercerita tentang GV11, Ning terbuka hati menerima tawaran itu adalah kerana mahu memberikan satu kenangan terindah buat ibunya iaitu Satilah Abdullah.
Dengan keadaan ibu saya yang kini menghidap dimensia dan berusia 80-an, inilah adalah masa terbaik untuk dia melihat kembali anaknya berada di televisyen.
Dia mungkin dah tak ingat bila kali terakhir saya membuat muncul di televisyen. Sebagai anak saya mahu berikan kenangan indah buat ibu.
Tambah Ning lagi, ibunya yang sudah tiga tahun disahkan menghidap penyakit itu teruja untuk hadir sebagai penonton sempena ulang tahun kelahiran pada 1 Disember depan.
Dalam masa sama, Ning berkata pentas GV11 adalah peluang terbaik untuk dia terus memperjuangkan bakat seni.
Ning Baizura Kongsi Rahsia Nampak Muda
Dalam pada itu, bila ditanya mengenai rahsia Ning kekal bertenaga dan sentiasa kelihatan muda pada usia hampir 50 tahun, Ning berkongsikan kepada peminatnya.
“Saya bangga nak masuk umur 50. Saya dah 30 tahun jaga pemakanan, senam selalu makan banyak ulam.
“Itu rahsia saya. Tiada rahsia, mak bapa kita sudah lama mengamalkan ini.
“Selalu berpuasa. Puasa itu bagus, ia adalah satu cabaran dimana kita cabar diri kita. Ia sangat bagus untuk badan kita.
“Jika kita jaga tutur kata, hemah kita, insyallah peminat dan orang kuar akan nampak sinarannya,” kongsinya dengan hadiahkan sebuah senyuman manis.
Jelas Ning, baginya untuk kekal nampak muda adalah dengan menjaga pemakanan dan sentiasa berpuasa meskipun bukan pada bulan Ramadan.
Malah Ning juga turut menyatakan, perlulah menjaga hemah dan pertuturan agar sinaran itu akan nampak dari luar.
Jadi, buat anda yang mahu kelihatan awet muda dalam fasa 50an, jom amalkan puasa dan jaga makan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!