Zaman sekarang ramai nak kulit putih dan sanggup makan supplement macam-macam habis beratus ribu. Malah ada yang gigih berjumpa doktor pakar kulit untuk mengambil suntikan demi berkulit cerah.
Padahal memiliki kulit hitam manis dan sawo matang juga tetap nampak jelita dan menarik!
Ramai Nak Kulit Putih
Sepatutnya anda kena berfikir, tak kisah warna kulit apa sekalipun asalkan bersih berseri bebas cela, itulah yang cantik yang sedap mata memandang.
Ads
Selain faktor genetik, warna kulit ini juga mungkin dipengaruhi oleh aspek tempat tinggal di mana individu itu mendiami sekitar kawasan yang lebih panas.
Kelebihan Berkulit Hitam Manis Atau Sawo Matang
Kalau nak tahu, individu yang memiliki kulit ini tinggi melanin dalam tubuh badan dan melanin ini akan memberikan kebaikan kesihatan seperti berikut;
Ads
Melawan radikal bebas
Baiklah, individu dengan warna kulit ini tinggi kemampuan untuk melawan radikal bebas yang akan merosakkan sel kulit dan tubuh badan lantas meningkatkan risiko kanser kulit. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menghalang sinar UV daripada mask ke dalam kulit.
Menolak masalah kulit
Satu lagi warna kulit ini agak jarang mengalami masalah kulit seperti jerawat, cela, parut, selar matahari dan lain-lain. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menjaga kulit daripada anasir buruk termasuk alahan atau jangkitan.
Ads
Awet muda
Individu berkulit sawo matang akan tampak lebih galah bagi lelaki dan manis untuk wanita berkat daripada kandungan melanin tinggi. Ia juga mungkin hasil kesan antipenuaan yang dibawa oleh melanin sekaligus buat kamu lebih awet muda.
Tulang yang susah rapuh
Melanin turut membantu kulit serta tubuh badan menyerap vitamin penting seperti vitamin D daripada cahaya matahari yang bagus untuk membentu kalsium. Hasilnya, kalsium yang tinggi dalam tubuh badan mampu membuat tulang lebih kuat. Kesan jangka masa panjang, ia mampu mencegah masalah osteoporosis daripada berlaku.
Haaa… nampak tak, banyak kelebihan kulit hitam manis dan sawo matang. Lebih baik anda bersyukur dengan warna kulit yang Tuhan kurniakan dan tak perlu mengubahnya. Lagi pula, cantik itu subjektif! Pandai jaga penampilan, terserlah lah kecantikan anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gula sering dianggap sebagai ‘pemanis’ makanan. Tapi tahukah anda, gula juga boleh dijadikan sebagai ‘penyeri’ raut wajah?
Ramai terlepas pandang disebabkan rasa lebih mudah guna produk yang sudah siap dijual di pasaran, padahal gula sangat membantu buat kulit cantik secara semula jadi dengan menjadikan sebagai skrub untuk hilangkan masalah kulit kusam.
Okay, jom semak macam mana gula boleh menjadi rahsia kecantikan tersembunyi anda untuk dapatkan kulit yang lembut dan cerah.
Gula memiliki tekstur yang kasar yang sangat membantu untuk menaggalkan sel kulit mati dan kotoran pada permukaan kulit. Ini membantu menyegarkan kulit dan mencegah pori-pori tersumbat, menghasilkan kulit yang lebih bersih.
Jika digunakan secara konsisten, skrub gula dapat membantu menghaluskan permukaan kulit dengan cara menghilangkan sel kulit mati yang membuat kulit terlihat kusam dan kasar. Hasilnya, kulit menjadi lebih lembut!
Proses eksfoliasi dengan gula juga dapat merangsang menghasilkan sel kulit baru. Ini membantu proses kulit anjal dan menghasilkan kulit yang lebih segar dan flawless.
Kandungan asam glikolat alami dalam gula dapat membantu membersihkan pori-pori dan mengurangkan produksi minyak berlebihan sehingga membantu mengurangkan risiko jerawat dan mengatasi masalah parut di wajah.
Apa yang menarik, orang yang rajin skrub dengan gula memudahkan lagi serum dan pelembap menyerap masuk ke dalam kulit. Barulah berbaloi pakai skincare yang harganya mahal.
Tak perlu berbelanja mahal di pusat facial terkemuka, cukup berbekalkan sepaket gula CSR yang berharga kurang dari RM5 sahaja dah boleh buat kulit cantik tanpa cela.
Hah, nampak tak? Tak susah pun nak awet muda dan dapatkan kulit cantik, cukup ada gula di rumah. Owh ya, pastikan guna gula brand CSR ya!
Memegang tagline Consume Sugar Responsibility, jenama CSR membuktikan dirinya sebagai pengeluar produk gula berkualiti terkemuka di Malaysia. Sama ada mengambil gula sebagai perasa tambahan kepada pelbagai jenis hidangan kita seharian, anda juga boleh manfaatkan gula CSR kearah kecantikan. Dua dalam satu, untuk hidangan dan bercantik-cantik.
Lebih dari lima dekad beroperasi, CSR bukan hanya berupaya memastikan rasa yang lazat dan kualiti yang cemerlang, malah selaras dengan komitmennya sebagai Pilihan Yang Lebih Baik untuk anda. Jom lah ber-CSR bersama!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada yang masih amalkan makan ubat kurus dalam gaya kehidupan semata-mata nak pakai saiz baju idaman raya nanti?
Haaa… sebelum ambil prouduk pelik-pelik yang anda target boleh turunkan kilo, jemput baca perkongsian Doktor Erna Nadia ini ya. Hadam sampai jernih, demi kesihatan yang baik.
KENAPA UBAT KURUS BAHAYA?
Dalam produk untuk kuruskan berat badan ini, dua bahan utama yang biasa ada adalah:
1. Sibutramine
2. Phentermin
Dua bahan ini akan dan boleh menyebabkan:
1. Selera makan menurun
2. Menghalang penyerapan lemak
3. Meningkatkan metabolisma badan
4. Mengubah fungsi otak untuk hilangkan selera makan
Selain itu, bahan lain yang kerap dicampur bersama adalah laxative atau nama lain adalah julap.
Bahan ini akan membuatkan seseorang membuang air besar dengan jayanya dan asyik nak membuang.
Penggunaan bahan bahan inilah yang membahayakan kesihatan dan nyawa apabila kadar dos yang tinggi dan tidak terkawal serta tidak dipantau oleh sesiapa.
Simptom terlebih dos atau tersalah dos adalah:
1. Mual/loya
2. Berdebar debar
3. Tekanan darah menjadi rendah sangat/tinggi
4. Sentiasa gelisah/ tidak senang duduk
5. Sesak nafas
6. Sakit dada
7. Masalah/gangguan tidur (terlebih/terkurang)
8. Kerap kencing/buang air besar
9. Bibir / kulit menjadi kering
Ramai anggap bila ada simptom simptom ini adalah normal kerana mereka beranggapan itulah proses yang berlaku kononnya ubat tengah berfungsi/berkerja.
Lama lama organ dalam menjadi rosak dan mati.
Usus pecah akibat terlebih berkerja.
Buah pinggang rosak sebab tak dapat nak tapis lagi.
Fungsi hati menjadi gagal akibat terlebih dos.
Garam galian/ elektrolik dalam badan menjadi tidak seimbang.
Semua ini adalah komplikasi akibat dari ubat/produk kurus. Anda memang akan kurus tetapi organ anda sekali akan rosak.
Sedih dan kecewa bila tengok pesakit datang dengan komplikasi. Segalanya sudah terlambat bila organ dalam dah rosak.
Sama ada perlukan cuci darah atau perlukan rawatan berterusan dan yang paling sedih adalah kematian.
Usus kita tak perlu dicuci dengan produk pun. Cukup sekadar minum air kosong dengan cukup, makan cukup serat dan bersenam.
Allah cipta elok dah. Sama juga berat badan. Jaga makan dengan betul, bersenam, minum air dan rehat dengan baik.
Masalah orang kita adalah semua nak laju bak peluru pandu. Entahlah nak ke mana tu laju laju.
Sabar.
Semua perlukan proses yang betul.
Tak perlu short cut.
Sayangi organ dan kesihatan anda. Semua ni Allah bagi kita pinjam sahaja.
Jadi jagalah sebaiknya.
Kepada penjual, hati-hati kerana jangan kerana anda mahu kaya raya, habis kesihatan pembeli. Juallah benda yang tidak merosakkan kesihatan orang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini industri perfileman tanah air dikejutkan dengan kehilangan pelakon, Ridzuan Hashim yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit jantung.
Malah baru-baru ini video sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga pelakon dan pengacara Didie Alias, 51, kembali mendapat perhatian netizen.
Apa yang lebih mengejutkan, sambutan itu turut disertai oleh Allahyarham yang diadakan di sebuah vila ditempah khas di Melaka dan turut disertai oleh anak-anak mereka selain ahli keluarga lain.
Ridzuan juga dilihat seakan-akan memberikan senyuman tawar ketika bergurau senda bersama anaknya yang seolah-olah bukan kebiasaan sifat dirinya.
Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya.
Namun begitu, berita sedih diterima pada Khamis apabila, anak saudara Allahyarham iaitu pelakon Iman Zulkarnain mengesahkan Ridzuan meninggal dunia sekitar pukul 11 pagi.
Memetik laporan Berita Harian, Didie memaklumkan arwah ada berdepan dengan penyakit jantung sejak tiga tahun lalu, namun tidak berkongsi dengan orang ramai.
“Saya tahu arwah ada penyakit jantung sebab pernah terkena serangan ketika bermain bola sepak, kemudiannya sesak nafas dan terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tiga tahun lalu.
“Tiga saluran jantung dimaklumkan tersekat dan kemudiannya, arwah dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN).
“Dan satu saluran diubati dan hanya tinggal dua yang tersumbat. Jadi, bila begitu kami risau mahu biarkan arwah tinggal berseorangan sebab semua anak-anak tinggal dengan saya.
“Saya berbincang dengan anak-anak dan sejak tahun lalu, anak kami, Muhammad Dhanial tinggal bersamanya,” katanya lagi.
Didie berkata, mereka sekeluarga sangat bersyukur diberi kesempatan untuk menjaga dan menyambut Aidilfitri bersama.
“Selepas lebih 20 tahun, kami bertemu semula dan banyak meluangkan masa sejak tahun lalu. Saya syukur Allah kurniakan peluang untuk kami berkumpul satu keluarga sebelum arwah pergi.
“Malah, arwah juga ada beraya dengan kami. Arwah ikut kami beraya di rumah ibu bapa mentua saya di Melaka.
“Syukur kami dapat meluangkan masa bersama sejak kami berbaik semula dalam tempoh dua tiga tahun ini.
“Terima kasih Allah kerana kumpulkan kami. Arwah pun tak kahwin lain, jadi kami jadi seperti satu keluarga yang gembira dan tak kisah dengan kisah lalu,” katanya.
Bagaimanapun, Didie berkata, anaknya, Muhammad Dhanial mungkin agak ralat kerana arwah tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya pada 20 Mei ini.
“Mungkin anak saya ralat sebab satu saja, dia nak nikah pada 20 Mei ini di Tawau, Sabah. Baju semua sudah siap dibeli untuk arwah pakai. Sudahlah itulah satu-satunya anak lelaki arwah, jadi tak tahu bagaimana dia nak hadap.
“Muhammad Dhanial rapat dengan arwah. Dia juga yang terakhir bersama arwah dan sempat makan sarapan bersama, pagi tadi,” katanya.
Tambah Didie, arwah seorang bapa yang penyayang dan rapat dengan anak-anaknya.
“Sebenarnya, arwah seorang yang penyayang dengan anak-anak. Kalau nak tahu kami panggil arwah ‘baby’ sebab sensitif orangnya,” katanya.
Sebagai rekod, Didie dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada 1991 dan bercerai 2002. Mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Allahyarham Ridzuan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
Menerusi perkongsian Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman di laman Medical Mythbusters Malaysia, ini tanda-tanda anda mempunyai masalah jantung.
1. Sakit dada
Kalau anda terasa sakit dada & sangat tidak sihat, segera lah telefon 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
2. Berasa tidak sihat
Kadang seseorang pesakit jantung boleh merasa tidak sihat. Yang lebih teruk adalah apabila mempunyai sakit dada yang teruk walaupun tidak berbuat apa-apa aktiviti, ataupun ketika sedang berehat.
3. Sakit perut
Disebabkan posisi anatomi jantung dan esophagus (laluan makanan dari mulut ke perut) adalah berdekatan antara satu sama lain, seringkali juga berlaku sakit jantung dengan tanda-tanda sakit perut. Jikalau ada, adalah disarankan untuk berjumpa doktor bagi membezakan antara ‘heartburn’ dengan sakit jantung.
4. Berpeluh
Disamping sakit dada, anda juga boleh berpeluh walaupun tidak melakukan apa aktiviti berat. Segeralah dapatkan bantuan professional kesihatan bagi menangani masalah ini.
5. Sakit kaki
Jikalau anda mengalami masalah seringkali ‘cramp’ (kejang) kaki ketika berjalan, adalah amat disarankan untuk berjumpa doktor. Anda berkemungkinan mengalami masalah ‘Peripheral Vascular Disease’ (penyakit saluran darah). Ianya adalah sangat biasa dikalangan perokok & pesakit kencing manis.
6. Sakit lengan
Sakit dada beserta yang dirasakan juga boleh bergerak ke lengan. Rasanya seperti kesakitan itu merayap ke sana. Dan untuk pesakit jantung, jikalau dengan memakan ubat jantung (GTN) pun tak hilang kesakitan itu, bersegera lah berjumpa dengan professional kesihatan.
7. Sakit rahang & belakang
Terdapat kemungkinan untuk sakit dada beserta dengan sakit rahang dan belakang. Ada juga kajian yang menunjukkan wanita lebih kerap mengalami sakit jantung yang ‘tidak tipikal’ berbanding lelaki.
8. Rasa tercekik
Sakit jantung = angina pectoris. Perkataan angina itu sendiri bermaksud cekik. Jikalau anda mempunyai sakit dada (terutamanya yang baru di diagnos pesakit jantung), dan terasa seperti ditekan/dicekik, jangan tunggu lagi. Terus berjumpa doktor.
9. Kaki sembap/bengkak
Kaki yang sembap/bengkak adalah salah satu tanda kegagalan jantung. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai penyakit selain jantung yang boleh menyebabkan kaki sembap/bengkak. Jika ada, sila berjumpa dengan doktor anda.
10. Degupan jantung yang berubah-ubah
Walaupun hanya lebih kurang 3% sahaja pesakit jantung mempunyai masalah Atrial Fibrillation, namun ianya merupakan petanda yang tak boleh dibiarkan.
Namun, jika anda merasakan jantung berdebar dengan sangat laju tanpa sebab yang kukuh, segera lah berjumpa doktor.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu gim mahal! Cukup sekadar berjalan kaki satu jam sehari untuk bakar kalori, kuatkan jantung, dan kurangkan stres. Ketahui kenapa langkah mudah ini adalah rahsia awet muda yang paling berkesan.