Rajin Workout Lepas Bersalin. Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova Cepat Langsing Lepas Lahirkan Anak! Ketika berada di zaman kegemilangannya, bintang tenis dunia ini sangat dikenali dan popular seantero dunia.
Kelincahannya menghayun raket menentang lawannya begitu digeruni. Kejayaan demi kejayaan diperoleh sepanjang karier bergelar bintang tenis handalan dunia sebelum mengumumkan persaraan sekitar Februari tahun 2020.
Siapa tidak mengenali Maria Sharapova, nama yang sentiasa meniti dibibir peminat sukan nombor satu ini. Bukan saja lincah di padang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.
Justeru tidak hairanlah, ramai peminatnya teruja apabila Maria baru-baru ini mengumumkan bergelar ibu setelah melahirkan anak pertamanya, Theodore Julai lalu.
Pun begitu gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure.
Setelah empat bulan melahirkan, penampilan wanita ini tetap berada dalam kelas tersendiri dan tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan.
Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.
Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova
Dalam perkongsian di laman Instagram berjumlah 4.4 juta follower ini, Maria dilihat sedang melakukan workout selepas empat minggu melahirkan.
Terdahulu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020 dan ketika itu dia sempat mengajukan persoalan mengenai apa yang akan dilalui setelah meninggalkan satu-satunya kehidupan yang dijalani selama ini iaitu bermain tenis.
“Bagaimana rasanya meninggalkan gelanggang yang menjadi tempat latihan anda sejak kecil.
“Ia permainan yang anda gemari, sukan yang membuatkan air mata anda mengalir, sama ada kerana suka atau duka,” katanya dalam satu temubual.
Mestilah nak muka bebas jeragat dan jerawat, kan? Selagi bergelar perempuan, ramai suka mekap dan mungkin akan terdedah kepada debu dan habuk di luar. Jadi kita kena triple jaga kulit muka dengan betul.
Jom tengok tip yang dikongsi oleh saudari Ikin Zain ini, nampak mudah dan hasilnya nampak ketara sebelum dan selepas cuci muka.
Muka Bebas Jeragat Dan Jerawat
Pernah dengar double cleansing? Okay, bila muka dah pakai makeup seharian, malas macam mana pun tetap kena bersihkan kulit muka siap dengan pakej urutan.
Langkah 1:
Pakai olive oil rose. Cara ini memang untuk remove mekap. Letak olive oil atas kapas atau tapak tangan kemudian sapu dekat muka. Anda akan nampak kesan yang melekat di kapas.
Olive oil sebenarnya sama macam cleansing oil tapi ini faedahnya:
-lembab kan kulit
– haluskan kulit
– kurangkan kulit kusam
– lembutkan kulit
-boleh membersihkan pori-pori
-boleh membuang kotoran makeup
Langkah 2:
Selepas pakai olive oil, sapu micellar water untuk pastikan kulit kita dibersihkan kali kedua. Nanti tengok lah kapas itu masih ada lagi
kotoran.
Micellar water bukan sahaja boleh membersihkan tapi ini kelebihan lain:
-Secara efektif menghilangkan make-up.
-Membersihkan, membuka pori-pori tersumbat, dan meningkatkan hidrasi kulit semuanya dalam satu langkah.
-Air micellar water ini meningkatkan 90% tingkat hidrasi kulit.
Langkah 3:
Ini yang terakhir, fash wash ni untuk membersihkan kulit. Facial wash adalah sabun pembersih kulit muka, khusus untuk area wajah agar lebih bersih.
Biasanya penggunaan facial wash ini sebelum tidur, setelah memakai make up seharian. Jangan buat sebarangan sebab penting menggunakan facial sebagai pembersih wajah yang digunakan secara rutin.
Untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat kita kena bersihkan kulit dengan betul dan konsisten.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susah betul nak dapatkan toner Jepun ini, cari di drugstore pun asyik habis! Memang laku keras nampaknya, maklumlah ramai yang review kata berkesan dan kulit nampak makin sihat.
Haa… anda tahu tak produk ‘kelahiran’ Jepun ini bukan sahaja menjadi kegemaran di sana. Malah, menjadi pilihan kebanyakan wanita di Malaysia. Kalau masuk ‘kedai hijau’, susah betul nak mendapatkan toner serba boleh ini. Mana-mana pergi, mesti kehabisan stok.
Kebaikan Toner Jepun Pada Kulit, Patutlah Laku Keras!
Naturie Hatomugi Skin Conditioner dirumus khas untuk menyasarkan pelbagai jenis masalah kulit, seperti mengecilkan pori-pori, garis-garis halus, dan penuaan kulit.
Lepas itu, produk ini membantu menghilangkan jerawat dan memperbaiki masalah tona kulit tidak sekata.
Apa yang best sangat, boleh digunakan sebagai toner untuk mengimbangi keasidan kulit, melicinkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit dan melembapkan kulit sepanjang hari.
Toner serba boleh ini juga baik untuk mengurangkan kemerahan, jerawat dan parut jerawat. Malah boleh digunakan sebagai face mist untuk menyegarkan kulit.
Sesekali anda kena ambil peduli tentang cara nak hilangkan daki sebab daki adalah kotoran yang sudah menimbun dan bercampur dengan peluh. Kulit yang berdaki biasanya akan berwarna kehitaman dan nampak kusam.
Antara bahagian kulit yang berdaki biasanya terdapat pada lipatan ketiak, lutut, lipatan paha dalam dan leher.
Daki sememangnya tidak akan hilang dengan mudah meskipun anda kerap mandi. Daki membuatkan kulit anda menjadi gelap dan kusam.
Apalah gunanya jika wajah bersolek kemas andainya leher dan tengkuk tampak berkarat dengan daki serta garis gelap.
Cara Hilangkan Daki
Berikut beberapa cara untuk menghilangkan daki yang boleh anda praktikkan:
1. Serbuk kopi
Bagi anda yang menggemari kopi, boleh ambil sedikit serbuk kopi anda untuk menghilangkan daki yang melekat pada tubuh. Serbuk kopi boleh dijadikan sebagai skrub. Ambil beberapa sudu serbuk kopi dan gosoklah pada kulit yang berdaki.
2. Minyak zaitun
Minyak zaitun juga bermanfaat untuk mengatasi daki yang melekat. Cara membuatnya juga sangat mudah, ambil sedikit minyak zaitun dan campurkan dengan segenggam beras yang sudah disangai dan telah ditumbuk halus. Anda boleh juga meletakkan beberapa titik perahan limau nipis atau lemon. Setelah itu, sapukan pada bahagian kulit yang berdaki.
3. Limau nipis
Rasa masam yang pekat pada limau nipis boleh dijadikan senjata berkesan untuk menghilangkan daki. Belah buah limau nipis menjadi dua bahagian, kemudian disapu dan digosok pada bahagian kulit yang berdaki. Pastikan tidak ada sebarang luka pada kulit kerana rasanya sangat pedih apabila terkena perahan air limau nipis tersebut.
Jika berkemampuan, dapatkan rawatan di spa atau pusat kecantikan tetapi kalau anda nak jimat boleh amalkan tips hilangkan daki ini dengan cara di atas. Mudah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!