Rupanya ini rutin Mimi Lana berkulit cantik tanpa cela, patutlah jelita! Kalau ikutkan kecantikan asli yang dimiliki oleh pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, Mimi Lana tidak dapat disangkalkan lagi.
Walau tanpa secalit solekan pun, selebriti ini tetap kelihatan manis dan berseri-seri.
Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi tip jaga kecantikannya menerusi portal Eh!, bila dengar perkongsiannya, rasa memang patut lah wanita ini berkulit cantik tanpa cela.
Ads
Rutin Mimi Lana Kulit Cantik
“Bila anda yakin dengan diri sendiri, auto anda akan nampak cantik. Rutin palimg penting sekali adalah pakai mask. Sebelum tidur Mimi akan pastikan pakai mask setiap malam.
Sebab kulit Mimi jenis kombinasi, jadi tengok pada keadaan kulit. Ada hari kalau kulit terlalu bermimnyak, Mimi akan pakai skincare untuk kontrol minyak. Dan ada hari kulit kering, Mimi akan pakai skincare untuk hydration.
Ads
Sebelum keluar, banun pagi Mimi akan minum air, cuci muka, pakai skincare dan paling penting sapu sunscreen. Ini sangat penting.
Owh ya, untuk rambut pula Mimi akan syampu, perapi dua hari sekali dan sapu mask 2 minggu sekali.
Ads
Jadi kalau anda orang yang suka tengok penampilan wanita cantik macam Mimi Lana, kuncinya kena rajin jaga dan belai fizikal. Setakat suka tapi malas nak jaga, memang sampai bila-bila kulit biasa-biasa sahaja lah, ya.
Okay, jom berubah jadi cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan daripada darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra.
Mengulas lanjut mengenai itu, Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad ada hujahnya.
Katanya, buih dalam air kencing menunjukkan seseorang individu itu mempunyai banyak kandungan protein dalam air kencing.
“Antara puncanya adalah akibat mula mengalami masalah fungsi buah pinggang. Secara mudahnya ginjal mula rosak,” jelasnya.
Memperincikan lebih terperinci, ujar Dr Zubaidi, protein yang keluar ke dalam air kencing berlaku kerana proses penapisan yang dilakukan oleh struktur dalam ginjal tidak dapat melakukannya dengan sempurna, menyebabkan protein dalam darah dapat melepasi penapisan dan masukkan ke dalam untuk air kencing.
“Oleh itu, buih dalam air kencing adalah sesuatu yang agak serius jika individu itu bukan wanita hamil atau tidak dalam keadaan dehidrasi selain tidak mengambil suplemen minuman atau makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti daging atau produk tenusu,” kongsinya lagi.
Selain daripada tanda kerosakan buah pinggang, buih dalam air kencing juga boleh menandakan beberapa penyakit lain.
“Antaranya adalah jangkitan pada pundi kencing atau ia dikenali sebagai kencing kotor.
“Ini kerana kuman yang berada ke dalam pundi dan saluran kencing lalu melepaskan gas yang menyebabkan buih,” beritahunya
Selain kencing berbuih, seseorang yang mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing juga akan mengalami rasa sakit ketika membuang air kencing.
“Dehidrasi juga boleh menyebabkan kencing berbuih. Jika seorang individu itu melihat buih dalam air kencing dalam masa atau keadaan tertentu atau ia berlaku hanya sesekali maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Bagaimanapun, jika melihat air kencing berbuih setiap kali membuang air kecil, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut
.
“Ia kerana besar kemungkinan beliau mula mengalami masalah kerosakan buah pinggang (ginjal),” pesannya.
Sesekali anda kena ambil peduli tentang cara nak hilangkan daki sebab daki adalah kotoran yang sudah menimbun dan bercampur dengan peluh. Kulit yang berdaki biasanya akan berwarna kehitaman dan nampak kusam.
Antara bahagian kulit yang berdaki biasanya terdapat pada lipatan ketiak, lutut, lipatan paha dalam dan leher.
Daki sememangnya tidak akan hilang dengan mudah meskipun anda kerap mandi. Daki membuatkan kulit anda menjadi gelap dan kusam.
Apalah gunanya jika wajah bersolek kemas andainya leher dan tengkuk tampak berkarat dengan daki serta garis gelap.
Cara Hilangkan Daki
Berikut beberapa cara untuk menghilangkan daki yang boleh anda praktikkan:
1. Serbuk kopi
Bagi anda yang menggemari kopi, boleh ambil sedikit serbuk kopi anda untuk menghilangkan daki yang melekat pada tubuh. Serbuk kopi boleh dijadikan sebagai skrub. Ambil beberapa sudu serbuk kopi dan gosoklah pada kulit yang berdaki.
2. Minyak zaitun
Minyak zaitun juga bermanfaat untuk mengatasi daki yang melekat. Cara membuatnya juga sangat mudah, ambil sedikit minyak zaitun dan campurkan dengan segenggam beras yang sudah disangai dan telah ditumbuk halus. Anda boleh juga meletakkan beberapa titik perahan limau nipis atau lemon. Setelah itu, sapukan pada bahagian kulit yang berdaki.
3. Limau nipis
Rasa masam yang pekat pada limau nipis boleh dijadikan senjata berkesan untuk menghilangkan daki. Belah buah limau nipis menjadi dua bahagian, kemudian disapu dan digosok pada bahagian kulit yang berdaki. Pastikan tidak ada sebarang luka pada kulit kerana rasanya sangat pedih apabila terkena perahan air limau nipis tersebut.
Jika berkemampuan, dapatkan rawatan di spa atau pusat kecantikan tetapi kalau anda nak jimat boleh amalkan tips hilangkan daki ini dengan cara di atas. Mudah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon Rozita Che Wan. Sisi wajahnya yang sedikit rare dan kekal cantik walau usia sudah mencecah 48 tahun menjadikan dirinya antara selebriti yang sentiasa jadi buruan pengarah.
Malah susuk tubuhnya yang kekal langsing walaupun sudah melahirkan tiga orang anak menjadikan figura yang dikenali dengan nama Che Ta sentiasa jadi inspirasi orang lain untuk sentiasa menjaga kecantikan.
Ketika di tanya petua bagaiaman menjaga kecantikan dari dulu hingga sekarang, Che Ta hanya tertanya sambil memberitahu dia sangat menitik beratkan penjagaan kulit wajah mengikut aturan ditetapkan.
Menurut wanita berusia 48 tahun ini dia tidak pergi membuat facial sebaliknya hanya memakai skincare dan membuat masker sendiri di rumah.
“Sebenar ada kisah lucu kalau ditanya mengenai sisi kecantikan saya. Menurut Zain, kecantikan saya inilah yang menambat hatinya. Mula-mula dia lihat saya tidak bermekap dan dia lihat saya memang cantik tanpa mekap.
“Tambahnya lagi, bentuk wajah saya ini jenis sharp feature. Nampak nakal tetapi nakal-nakal cantik.
“Nak kata jenis eksotik tidaklah eksotik tetapi diibarat melihat muka si ratu cantik dan itu yang membuatkanya terpikat. Pendek kata Zain nak bagi tahu muka saya ini special dan rare,” ujar Che Ta yang memberitahu Zain tidak lihat kecantikan luaran dirinya semata-mata.
“Mungkin cantik bagi Zain ini bila saya pandai menguruskan diri dan rumah tangga. Jadi bila tengok waktu malam atau baru bangun tidur, dia akan cakap ‘Cantiknya isteri I”. Sikapnya yang jujur ini juga menjadikan perkahwinan kami sudah bertahan selama lapan tahun,” jelasnya yang turut memakai produk Mylea untuk menjaga kecantikan wajah.
Baru-baru ini Che Ta dan suaminya, Zain bersanding lagi sempena meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka dalam sebuah majlis keraian di sebuah lokasi eksklusif di ibu kota.
“Cuma majlis kali ini memang cukup sederhana kerana situasi semasa pandemik. Tapi tetap nak rasai mood jadi pengantin dengan mengenakan gaun rona putih.
“Tahun ini sempat juga melaram denganbaju songket warna maroon rekaan Man Kajang untuk sesi fotografi. Kalau tahun lalu dilakukan di Pulau Langkawi,” jelasnya yang memberitahu sambutan ulang tahun kelapan mereka baru baru ini terganggu apabila suaminya disahkan positif COVID-19bulan lalu.
Che Ta mendedahkan sehari selepas Zain kena serangan virus itu, anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana juga turut terpalit sama.
Kerana situasi tak terduga itu, pelakon drama Tahyul di TV3 menerusi watak Detektif Mazni iniberkata perancangan bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi juga terpaksa ditunda.
“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu.Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.
“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.
“Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.
“Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya,” katanya lagi yang bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.
Che Ta dalam pada itu, tidak menyangka masa seakan berlalu hingga usia perkahwinannya terus bertambah.
“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.
“Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin. Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah.
“Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” katanya. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.