Melihat pada susuk tubuh dan wajah tidak mengagak personaliti ini sudah pun menginjak usia 59 tahun.
Jika orang lain seusia dengannya, pasti seronok duduk di rumah saja atau melakukan aktiviti senggang bersama keluarga seperti bercucuk tanam atau berehat saja.
Tetapi bagi Datuk Aznil Haji Nawawi ini seorang insan yang tidak betah duduk diam. Beliau kelihatannya masih aktif terbabit dalam kerja seni yang sudah sekian lama diceburinya.
Malah dia juga dilihat sangat sihat, aktif, bertenaga dan mempunyai kulit wajah yang kelihatan awet muda.
Amalkan Rutin Penjagaan Wajah 3 Step
Ketika bertemu dalam satu majlis, Datuk Aznil atau mesti dipanggil Pak Nil tidak kekok bercerita dirinya yang kekal sihat dan aktif melakukan pelbagai perkara disukai.
Menurut Pak Nil seperti orang lain, beliau juga turut mengamalkan penjagaan kulit wajah mengikut aturanya.
“Alhamdulillah syukur dengan Tuhan kerana masih diberikan kesihatan yang baik lewat usia begini. Saya sejak dulu memang sangat menjaga kebersihan kulit wajah.
“Saya mengamalkan rutin membasuh wajah yang lengkap bermula cleaner, toner dan moistirzer. Berkat penjagaan wajah teratur, kulit wajah kekal sihat dan tidak kusam. Saya juga tidak mengamalkan filter untuk tampil menarik.
Ads
Selain itu saya turut mengamalkan waktu tidur mencukupi iaitu 6 jam setiap malam. Tidur yang cukup memastikan saya bangun cergas keesokan harinya,” jelasnya yang turut mengamalkan pengambilan minum air tanpa gula.
Buat Latihan Cardio
Pak Nil juga bagi memastikan fizkal sentiasa fit, beliau akan buat latiha cardio berlari atas threadmill 1 jam sehari dan boleh bakar sehingga 600 kcal.
Menyingkap sisi lain kehidupannya, bapa tunggal lebih 25 tahun sudah terbiasa dengan rutin harian dilakukan.
Malah saban tahun melalui fasa hidup solo tanpa insan bernama isteri di sisi, Pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu tidak menjadikan soal jodoh sebagai keutamaan untuk dipertimbangkan.
Baginya apa yang lebih utama ialah meneruskan kehidupan dan survival yang dimulakan sejak lebih tiga dekad lalu dengan meletakkan kerja seni dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.
Malah sedari dulu, selebritiyang bakal genap 60 tahun pada November depan itu juga memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga anaknya,Fildza Haifa 32, Fariq Haizen, 27 dan Firdaus Hariz,13.
Ads
Jaga Privasi Anak
Cuma prinsipnya sejak dulu dan diketahui ramai memang memilih untuk menjaga privasi anaknya.
“Anak saya pun tak pernah tanya fasal jodoh. Mereka pun tahu dan selalu nampak papa (diri saya) asyik sibuk tak habis habis.
“Anak sulung saya sendiri pun jenis wanita bekerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan.
“Namun hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun duduk dengan saya,” katanya yang ditemui pada majlis santai memperkenalkannya sebagai duta produk jenama Nakada di ibu kota baru baru ini.
Bersama Pengarah Urusan Datuk Yap Kok Siang
Pengacara Paling Lama Berkhidmat
Figura kelahiran Kampung Datuk Keramat KL yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (Kategori Pengacara Paling Lama Berkhidmat) itu sendiri juga mengakui mempunyai skil memasak yang terus diasah saban hari.
“Apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas. Tapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini… mungkin saya boleh siapkan.
Ads
“Tambah pula, memasak sekarang tak perlu skil. Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan.
“Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, lagi tambah senang kerja dan hidup ini,”katanya yang mengikat kontrak jenama tempatan itu selama dua tahun.
Bagi selebriti yang aktif dengan kerja kebajikan itu, pembabitannya sebagai duta bukan sekadar melobi dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap jenama itu.
Sehubungan itu menurut Pak Nil setiap minggu atas kapasiti sebagai duta, saya akan buat satu jam sesi siaran langsung di media sosial termasuk Facebook, Instagram dan TikTok.
Dalam tempoh itu belian harga dutamembolehkan pengikut media sosial membeli barangan jenama itu dengan potongan diskaun hingga 70 peratus.
Ada tak yang berniat nak hilangkan dagu berlapis dengan cepat dan mudah? Haa… dagu berlapais ni bukan hanya yang badan berisi saja yang ada, tetapi jika anda selalu tidur dengan bantal yang tinggi pun akan jadi penyebab timbulnya lemak bawah dagu.
Macam mana nak hapuskan masalah ini? Jom tengok beberapa tips mudah untuk menghilangkan lemak di dagu secara semula jadi.
Hilangkan Dagu Berlapis, 7 Petua Ini Sangat Membantu!
Tidak memerlukan bajet yang besar pun, anda boleh amalkan setiap hari dengan pilihan yang ada.
Kunyah gula-gula getah
Pakej paling jimat, lemak dagu hilang dan gigi pun bersih serta nafas jadi segar. Sebenarnya gerakan mulut itu yang membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.
Guna ketulan ais
Letakkan ais di dalam kain kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Tekan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 hingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.
Senaman Wajah
Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam, secara konsisten. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.
Atau anda boleh guna bola kecil yang berukuran 9-10 inci diletakkan di bawah dagu anda. Kemudian tekankan dagu anda ke bawah dan ulangi senaman ini 25 kali setiap hari.
Dongak kepala
Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, otot leher menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.
Jaga pemakanan
Tak mahu lemak naik, pemakanan pun kena tolak tepi. Elakkan makanan berlemak, ini membuatkan berat badan mudah naik. Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis kalau anda suka mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.
Urutan
Gunakan krim atau losen, lakukan urutan dagu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian dagu serta leher semakin anjal. Jangan lupa amal setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur.
Tidur tanpa bantal
Jangan tidur nak sedap, pakai bantal tinggi. Kadang baru lepas makan ada yang boleh terus lena. Mana tak jadi double chin! Lebih berkesan jika tidur tidak berbantal, ya. Kalau anda mampu lah.
SELAMAT MENCUBA!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin ramai artis buat pembedahan bariatrik, terbaru personaliti TV3, Anim Ezati mengakui bahawa dirinya juga salah seorang yang mengambil jalan itu untuk kurangkan berat.
Bekas pramugari Air Asia itu berkongsi, dia membuat pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan sekitar tahun 2022 selepas mendapatkan nasihat dari doktor dan juga pakar.
Anim Ezati Makan Dua Tiga Sudu Pun Dah Kenyang, Yang Nak Kurus Boleh Tiru!
Namun keputusan itu dibuat kerana dia sukar untuk menurunkan badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 2020 walaupun telah mengamalkan diet sihat.
“Lepas bersalin, berat saya hampir mencecah 100kg. Tetapi, selepas mengamalkan diet dan juga bersenam, berat saya hanya turun jadi 89 kg.”
Ujarnya lagi, pembedahan tersebut turut membantu untuk dirinya menjaga penampilan sebagai seorang personaliti TV selain meningkatkan keyakinannya untuk berada di hadapan kaca televisyen.
Pun begitu, Anim turut memberitahu bahawa kuantiti makanannya kini perlu diambil dengan sedikit kerana sebahagian perutnya telah dibuang sebagai salah satu prosedur pembedahan bariatrik.
“Bila dah buat pembedahan ni, keluasan perut tinggal dalam 20%. Jadi, saya makan dalam dua ke tiga sudu sahaja pun dah kenyang.”
Walaupun kuantiti makanan diambil dengan sedikit, pengacara Helo Doktor itu turut menegaskan bahawa dia perlu mengisi perut semula setiap dua jam agar tidak terlalu lapar.
Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan yang dirinya masih lagi mengamalkan diet sihat selain masih melakukan ‘follow up’ bersama penasihat pemakanannya untuk mengekalkan berat badan.
Sebenarnya tak salah pun buat pembedahan bariatrik jika anda mampu, sekurang-kurangnya boleh ringankan badan untuk buat aktiviti dan beribadah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada banyak mitos kecantikan yang anda patut tahu, jangan cepat percaya apa yang lalu di medsos. Sepatutnya jumpa pakar kulit jika anda was-was dan ada masalah tentang wajah.
Sama ada jeragat dan jerawat yang teruk, jangan main pakai sesuatu produk ikut orang lain sapu pada kulit wajahnya. Okay, sekarang jom semak!
Ini Mitos Kecantikan
Jika ada yang nyatakan 5 perkara ini, cuba baca dengan tenang dan hadam sekejap.
1. Muka naik jerawat bila tak cuci muka
Mitos pertama tentang penjagaan kulit yang tidak perlu percaya ialah jerawat muncul kerana tidak mencuci muka. Anggapan yang satu ini ternyata tidak lebih daripada mitos.
Sebenarnya, jerawat tidak hanya disebabkan oleh tidak mencuci muka dengan betul atau kerap. Munculnya jerawat sekurang-kurangnya perlu ada kombinasi dari 4 faktor ini:
Pori-pori tersumbat dari keratin atau sel kulit
Sebum
Bakteria
Keradangan
Jadi, walaupun tidak mencuci muka cenderung memudaratkan, ia bukan satu-satunya punca jerawat muncul di muka.
2. Solekan menjadikan wajah lebih cepat tua
Ramai beranggapan wajah akan cepat tua jika sering disolek. Sebenarnya, andaian ini tidak boleh dibenarkan, selagi anda rajin melakukan pembersihan berganda selepas menggunakan alat solek.
Dengan membersihkan muka secara berkala selepas memakai make-up atau sebelum tidur, sisa-sisa produk make-up, kotoran, minyak, dan pencemaran yang menyebabkan penuaan akan hilang.
3. Cuci muka dengan air panas membuka pori-pori
Sebenarnya, mencuci muka dengan air panas berisiko merosakkan kulit dengan menanggalkan perlindungan semula jadi kulit dan mengeringkannya. Petunjuk utama anda menggunakan air yang terlalu panas untuk mencuci muka ialah kulit menjadi merah selepas dibilas.
Jadi, lebih baik jika anda menggunakan air suam untuk membersihkan muka.
Malah untuk membuka pori-pori, gunakan tuala yang direndam dalam air panas dan kemudian sapukan. Dengan cara ini, pori-pori anda akan terbuka tanpa menyebabkan kerosakan kulit.
4. Semakin kuat exfoliate kulit muka semakin baik
Pengelupasan wajah yang terlalu keras atau terlalu kerap akan menyebabkan kerosakan kulit dan bukan menjadikan kulit semakin baik.
Pengelupasan muka terlalu kerap akan menghilangkan kelembapan penting kulit dan menjadikannya lebih mudah terdedah kepada jangkitan, liang tersumbat dan radikal bebas yang boleh menyebabkan kedutan.
Sebaiknya lakukan pengelupasan secara lembut sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
5. Kulit berminyak tak perlu pakai pelembap
Pelembap tidak boleh dilupakan dalam rutin penjagaan kulit harian sesiapa sahaja, termasuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.
Kebanyakan pencuci muka akan menghilangkan minyak semula jadi dari kulit. Jadi, sangat penting untuk menggunakan pelembap selepas itu bagi menggantikan lapisan pelindung yang hilang.
Hal ini kerana, kulit berminyak tidak memerlukan kelembapan yang sama dengan kulit kering. Pemilik kulit jenis ini boleh menggunakan produk pelembap ringan agar dapat mengekalkan keseimbangan dan memberi nutrisi kepada kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!