Rajin buat rawatan ‘Ice Facial’ segarkan kulit muka, rahsia wajah comel & awet muda Mira Filzah. Pelakon Mira Filzah antara selebriti yang beruntung kerana dianugerahkan kulit yang cantik, halus dan bebas tanpa masalah jerawat.
Malah wajah comelnya yang kelihatan seperti budak sekolah ini kekal berseri, biarpun tanpa mengenakan sebarang solekan.
Bagi ibu kepada seorang cahayamata ini pernah berkongsi rahsia dalam satu portal memberitahu beberapa tip untuk mengelak wajah ditumbuhi jerawat.
Rajin Buat Rawatan ‘Ice Facial’ Segarkan Kulit Muka
Menurut Mira Filzah untuk atasi masalah utama wanita ini dengan menasihat pengikutnya agar tidak mengambil makanan berminyak, banyakkan minum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Selain itu, Mira yang berusia 29 tahun turut berkongsi rahsia untuk kekal awet muda adalah dengan mengamalkan ice facial.
Tambahnya ice facial ini mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap bawah mata dan banyak lagi manfaatnya.
Ads
Jadi bagi yang mahu wajah kekal maintain awet muda boleh cuba petua daripada pelakon cantik ini.
Orang lama jaga kulit bukan kena labur duit ribu-ribu, cukup sahaja menggunakan bahan alami tetapi buat secara konsisten.
Ada banyak sangat petua menarik orang dulu-dulu amalkan, salah satunya menggunakan beras. Ya, boleh dioleh macam-macam versi dengan beras ni, sama ada nak tumbuk atau ambil air rendaman beras jadikan toner.
Namun salah satu petua yang glamour masih relevan orang amalkan adalah lumur jadikan masker seperti perkongsian Mastura Rashid ini. Hasilnya kulit lebih anjal dan mulus tanpa cela.
1. Bila nampak nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi. Kemudian, lumur dekat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering dan bilas.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pula. Ambil secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit.
Dah kisar, tambah sedikit air sejuk untuk jadikan pes pekat. Cuci muka dan lumur pada bahagian muka dan leher dengan pes tadi. Biarkan 10 minit dan bilas.
Cara ini boleh buatkan daki tertanggal sekali dan meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari.
1. Bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu di muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh. Madu bagus untuk kulit kerana cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka.
2. Guna beras pulut hitam. Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis.
Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ini pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras macam-macam petua boleh anda cuba. Mudah dan ringkas kan? Boleh cuba seminggu sekali.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda ada masalah bibir kering dan gelap, tak perlu pun keluarkan duit beli lip balm bagai, cukup anda sapu tiga bahan yang ada di rumah dan amalkan setiap hari sampai warna semula jadi keluar.
Nak lagi faham bagaimana cara buat, ikuti tip mudah menerusi perkongsian di TikTok Teamon Malaysia.
1. Timun
2. Gula
3. Madu
1. Potong timun secara memanjang.
2. Oleskan madu di atas permukaan timun.
3. Tabur gula di atas permukaan timun.
4. Gosok timun pada bibir dengan perlahan-lahan.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan ubi bit merah bagi mendapatkan bibir yang lebih menarik.
Caranya mudah, anda hanya perlu menumbuk atau memarut ubi bit merah untuk mendapatkan airnya.
Kemudian, campur dua sudu pelembap Vaseline bersama air ubi bit merah.
Apabila sebati, anda boleh menyimpannya di dalam bekas dan sapu pada bibir sebanyak tiga kali sehari.
Ada kalanya kita sentiasa mengamalkan rutin senaman tetapi masih tidak dapat hasil diimpikan.
Jika kita fikirkan semula pastinya ada kesalahan yang kita lakukan sebelum melakukan senaman. Ayuh, kita lihat antara sebab jadi punca senaman gagal menampakkan hasil.
Salah jika anda anggap perut perlu terisi dan kenyang terlebih dulu sebelum bersenam kerana anggap ia membantu memberi tenaga. Hakikatnya? Anda salah. Elak makan makanan bergula sebeloum bersenam kerana ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat kemudian turun terlalu cepat.
Jangan lupa, dalam beras/nasi juga mengandungi gula tahu? Oleh itu, jika ingin mengalas perut sebelum bersenam, cukup dengann hanya mengunyah kacang atau smoothie protein.
Jika seseorang tak mendapatkan tidur yang cukup, kadar turun naik hormon tidak menentu. Keadaan itu kemudian akan meningkatkan selera.
Oleh itu, apabila kamu makan berlebihan kerana tidak dapat melelapkan mata, perut juga akan semakin membuncit malah menjadi sukar untuk mengempiskannya kembali.
Ini mungkin sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh kita mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Menurut pakar, tidak elok sebenarnya makan secara gopoh, lebih-lebih lagi makan sambil berjalan atau berdiri.
Makanan yang dikunyah dan ditelan dengan laju akan buat badan memikirkan yang kamu sebenarnya berada dalam keadaan tertekan lalu, akan menghasilkan tindak balas tidak normal. Badan serta-merta akan berhenti menghadam makanan seterusnya menjadikan keadaan perut buncit.
Ada fakta memberitahu bahawa mengunyah gula-gula getah akan bantu menguruskan badan kerana perbuatan mengunyah itu sendiri akan pengaruhi otak seolah-olah anda telah makan seterusnya menjadi kenyang.
Biarpun ia mungkin benar, akan tetapi, perbuatan mengunyah gula-gula getah buat perut membengkak umpama mengepam angin ke dalam belon. Hati-hati!
Hormon kartisol yang terhasil ketika seseorang tertekan akan mengumpul lemak yang banyak pada bahagian tengah badan. Sistem badan akan jadi terkejut seterusnya menghasilkan hormon kartisol berkenaan agar diri dapat berjaga-jaga.
Oleh itu, sila kawal emosi dan perasaan agar kadar tekanan diri dapat dikurangkan seterusnya membantu senaman jadi lebih efektif.
Wanita sering menjadi tidak lawas terutamanya ketika sedang datang bulan. Perut menjadi kembung dan buncit daripada biasa betul tak? Itu adalah disebabkan oleh kandungan air yang tidak lawas dan terkumpul lama dalam perut.
Ramai wanita kurang minum air ketika datang bulan namun apa yang anda tidak tahu, kita sepatutnya minum air lebih banyak supaya perut kmudian akan terasa ingin membuang air kecil. Dengan cara itu, perut akan beransur kempis dan senaman juga menjadi lebih efektif kemudian.
Seperti yang kita semua tahu, sistem perut manusia sebenarnya dibina oleh gabungan bakteria jahat dan baik. Walau bagaimanapun, amalan gaya hidup kita sebenarnya merosakkan keadaan bakteria dalam usus.
Jadi, sila elak mengambil makanan yang mengandungi antibiotik, kadar gula tinggi atau sebarang alkohol. Ini kemudian akan bantu mengurangkan lemak pada bahagian perut.
Garam mengandungi sodium klorid. Sodium adalah mineral yang akan mempengaruhi kestabilan kandungan air dalam tubuh. Apabila seseorang mengambil kadar garam yang banyak, anda sebenarnya sedang membawa muatan air yang banyak di dalam tubuh lalu menyebabkan pengumpulan bendalir yang berlebihan hingga menyebabkan buncit.
Masih minum minuman bergas? Itulah sebabnya mengapa lemak perut tidak hilang-hilang. Walau macam mana berat pun senaman yang dilakukan tetapi kamu masih meminum minuman soda, hal berkenaan tidak akan membantu mengempiskan perut. Kajian pakar mendapati, peminum soda akan mengumpul kadar lemak yang tinggi dalam perut mereka bahkan ia sukar dihapuskan.
Tidak kisah apa jenis makanan segera yang anda masih ambil, itu adalah penyebab utama mengapa lemak di perut tidak kempis-kempis. Semua makanan yang datang dalam bentuk sudah dipek seperti keropok, air kotak, mi segera atau apa sahaja makanan dan minuman yang boleh dibeli dan dimakan terus sebenarnya akan membuatkan lemak diperut jadi tepu dan sukar dihapuskan.