Pudarkan Parut Jerawat, Sapu Masker Tomato Dan Jus Buat Minum

Share

Siapa yang suka picit jerawat, sampai jadi merah dan berparut, anda kena berhenti tabiat buruk itu sebelum kulit wajah rosak.

Tak perlu kos yang mahal pun, anda boleh cuba pakai masker tomato campur dengan tepung beras, tip jimat poket yang dikongsi oleh Puan Arsha Armalie

.

Pudarkan Parut Jerawat, Sapu Masker Tomato Dan Jus Buat Minum

Bahan-bahan:

Tomato
Tepung beras

Cara buat:

Cuma perlukan sebatikan dua bahan ini dan kemudian dah boleh sapu pada wajah. Nak sapu tempat jerawat sahaja boleh, nak sapu satu muka pun dialu-alukan.

Pakai dalam 15-20 minit sahaja ya.

Bila dah cuci anda boleh letak toner kalau ada, untuk lembapkan wajah anda.

Apa yang best, jerawat tak akan tumbuh balik dan merah pada wajah akan surut.

Owh ya, tomato yang lebih tadi anda boleh buat jus untuk minum. Barulah ngam!

IKLAN