Pudarkan Jerawat Dan Jeragat. Sapu Kunyit, Aloevera Dan Madu!

Share

Setiap wanita pasti impikan wajah yang cantik tanpa ada masalah jerawat dan jeragat, tetapi tidak semua yang bernasib baik.

Nak-nak bila sudah berusia, lagi lah kulit makin bermasalah kalau tidak jaga. Kalau anda mampu, boleh beli produk yang mahal ikut duit poket masing-masing tetapi tip daripada Puan Zuriyaty Musa

ini sesuai untuk mereka yang nak cantik secara alami.

Biarpun usia semakin meningkat, dia yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Kak tie tak lokek berkongsi dengan orang ramai petua cantik selepas ada yang tegur perubahan kulit pada wajahnya.

Masalah Jerawat dan Jeragat

Masa balik kampung hari tu, ada yang tegur… ” Waaahh.. cantiknya skin kau sekarang. Mesti kau pakai produk yang mahal. Tapi sebenarnya inilah rahsia Kak tie. Tak ada mahal-mahalnya. Kak tie hanya pakai produk yang ada di dapur je.

Kunyit
Madu
Aloevera

Ramuan ini Kak Tie dah pakai hampir 3 tahun. Tak pernah miss pun pakai. Kalau nak cantik kena rajin, kalau malas-malas, selamat tinggal.

Bahan-bahan yang digunakan:

Aloevera 2 sudu
Serbuk kunyit 1 sudu
Madu 1 sudu

Caranya:

Kacau sebati semua bahan dan kemudian pakai di muka setiap malam. Apa yang bagus, masker ini juga boleh pudarkan parut, kecutkan jerawat, kawal minyak di wajah, cerahkan kulit wajah dan tegangkan kulit wajah.

Hah, apa lagi? Bolehlah cari bahan-bahan untuk cuba sapu kat wajah sendiri pula. Selamat bercantik-cantik semua!

IKLAN