Orang perempuan betul-betul cantik pada umur 30an, nak-nak pula kalau sudah pandai cari duit sendiri. Malah bila makin bertambah usia, nampak perempuan golongan ini pandai jaga badan walau sudah ada anak.
Kata orang lama, nak tengok wanita yang paling cantik adalah pada usia 30an. Ini bukan main petik tapi betul-betul dibuktikan melalui kajian saintifik tau!
Selain itu, ramai wanita juga mengakui bahawa usia 30an adalah ‘usia keemasan’ di mana mereka berasa serba cukup dalam kehidupan. Betulkah begitu?
Mari kita tengok beberapa alasan dan buktinya di bawah.
Perempuan Betul-betul Cantik Pada Umur 30an, Ini Buktinya!
1. BANYAK PENGALAMAN
Berbanding usia 20an, wanita yang berusia 30an biasanya lebih matang dan berpengalaman. Kalau dulu ramai yang dalam fasa tercari-cari, wanita 30an lebih berani untuk mengatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ tanpa berasa ragu.
Mereka kini lebih fokus terhadap prioriti dan tahu mengendalikan segala rutin harian dengan lebih baik. Jadi, mereka tak mudah melatah kerana self control masing-masing berada pada tahap yang paling optimum. Menurut Women.com, secara tak langsung, ini menyerlahkan lagi daya penarik mereka.
Ads
2. PANDAI BERGAYA
Kebanyakan wanita 30an nampak lebih sofistikated dan bergaya berbanding zaman mudanya kerana pada masa ini mereka lebih selesa dengan diri masing-masing.
Tak perlu berlebih-lebih, pakailah sesimple mana pun, tetap ayu dan nampak cantik!
3. TIADA LAGI MASALAH KULIT YANG TERUK
Perasan tak, kalau sebelum ini macam-macam produk dipakai untuk menghilangkan jerawat, mengurangkan keputihan, bau badan dan sebagainya. Tapi semua masalah ini seolah-olah hilang begitu saja apabila usia mula menjengah usia 30an. Wajah pun nampak lebih bersih, berseri sedangkan kita dah tak pakai sebarang make-up.
Ads
4. ADA DUIT SENDIRI, BOLEH BELI APA YANG DIA SUKA
Bagi yang bekerja, biasanya pada usia ini ramai yang sedang berada di ‘puncak’ kerjaya masing-masing. Ada yang dinaikkan pangkat, dah habis belajar Master / PhD, berjaya mengembangkan bisnes atau rasa seronok menguruskan anak-anak di rumah.
Tak kiralah apa pun yang sedang dilakukan, wanita pada usia ini kebanyakannya seronok dan puas dengan apa yang sedang diusahakan. Kurang rasa stres, serabut dan tension macam yang biasa dirasakan pada usia 20an dulu.
Ads
5. WAKTU TENANG
Wanita pada usia 30an juga biasanya sudah berkeluarga dan dah settle down di rumah dan banyak melakukan pelbagai aktiviti sendiri. Menurut survei yang dilaporkan melalui Telegraph.UK, kebanyakan wanita berasa paling konfiden, menarik dan selesa dengan diri sendiri ketika berusia 31 tahun.
Lihat saja selebriti kita, kebanyakannya lebih terserlah perwatakannya dan nampak lebih menawan pada usia 30an – contohnya Zizi Kirana dan Lisa Surihani. Begitu juga dengan selebriti antarabangsa seperti Hayley William, Rihanna dan Adele juga nampak lebih anggun dan classy setelah mencecah usia 30 tahun. Bahkan, Song Ji Hyo yang dah berusia 37 tahun tetap nampak comel dan konfiden!
KECANTIKAN SEBENAR DATANG DARI DALAM
Apa pun alasannya, fakta ini hanyalah penanda aras yang diukur secara kolektif melalui pengumpulan data.
Namun tak kiralah berapa pun usia anda, cantik itu akan terbias elok bila orangnya baik dari hati dan bijak mengurukan emosi. Pendek kata, kalau cantik di hati, yang lain-lain pun akan ikut sama terkena tempiasnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai orang kata lelaki belah Kelantan kebanyakannya kacak dan sedap dipandang. Manakala jenis lelaki kelakar pula banyak datang dari Kedah. Ini fakta atau auta?
Okay, jom kita baca kejap kenapa kenyataan ini wujud. Sejauh mana buktinya untuk menyatakan dua perkara ini tepat.
Lelaki Belah Kelantan Kacak
Memetik laporan Kosmo!, rata-rata pengguna media sosial berpandangan bahawa lelaki kelahiran negeri Kelantan mempunyai paras rupa yang kacak. Manakala, lelaki Kedah sinonim dengan perwatakan seorang pelawak.
Di mana, pemilik Facebook Adham baru-baru ini bertanya kepada orang ramai, negeri manakah mempunyai kaum lelaki yang handsome (tampan) dan kelakar untuk dijadikan pasangan.
Komen netizen yang bersependapat!
Pertanyaan lelaki tersebut mendapat lebih 12,000 komen dan separuh daripadanya mengatakan, lelaki Kelantan paling tampan disebabkan ramai di antara mereka mempunyai kacukan Melayu-Siam.
“Aku yang lelaki pun suka tengok geng Pantai Timur. Kalau ada campuran Kelantan-Siam memang lagi segak. Putih-putih kulit pun. Lelaki paling kelakar sudah pasti orang Kedah macam aku. Tak percaya hampa (kalian) datang Kedah, mesti kering gusi banyak gelak,” kata Amirul Asyrik.
“Bagi aku lelaki Kelantan memang paling ada rupa. Dekat uni (universiti) aku pun memang geng Kelantan ini yang paling nampak segak siap pakej comel. Kalau bab lelaki yang kelakar, aku rasa orang utara. Dialek mereka pun aku dah rasa terhibur,” ujar Nurul Ain.
“Orang Kelantan paling elok (kacak) sebab ada yang kacukan Siam. Memang kalau pandang tu ramai wanita ‘cair’. Tetapi orang Kedah paling ‘sempoi’, kelakar. Tengok la siapa YB (Yang Berhormat) Menteri Kedah,” kata Asyikin.
“Kelantan, Perak ramai lelaki handsome. Orang Kedah paling kelakar, kalau orang Johor, Kuala Lumpur pandai bergaya,” kata Balqish.
Haa… sebenarnya ini semua atas faktor kacuk dengan mana-mana negara lah ya. Ada juga lelaki kacak yang datang belah negeri lain. Cuma kebanyakan ‘pakej’ kacak ala pelakon Thai, boleh lah cari belah Pantai Timur sebab nenek moyang diaorang banyak datang dari sana.
Masalah normal wanita bertudung adalah nak hilangkan kesan mekap di tudung, ini bagi yang suka pakai bersolek lah. Memang akan tinggal kesan walau sedikit.
Namun apa yang lebih menyakitkan adalah bila basuh, kotoran mekap masih ada jelas di tudung. Ya, memang tak mudah nak hilangkan.
Jadi, ini ada cara mudah yang @pja_chan kongsikan menerusi laman Twitter miliknya. Bukan hanya cara cuci kesan mekap di tudung ya, tetapi dia turut kongsikan tip macam mana nak selesaikan masalah kotor baju putih.
Hilangkan Kesan Mekap Di Tudung
Sebelum dicuci.
Ini selepas.
Hanya dengan menggunakan cecair pencuci dari Daiso ini, kesan kotoran akan terus hilang!
Anda boleh try pakai detergent ni dulu. Kalau tak jadi juga, try pakai sabun buku, selepas itu sabun basuh pinggan pula. Sebab peluh ada sebum (minyak). Sabun basuh pinggan berkesan hilangkan minyak.
Atau nak lagi mudah anda boleh guna petua ini, tabur bedak baby banyak-banyak bagi dia serap minyak pastu basuh dengan sabun. Berkesan!
Cara Cuci Baju Putih Pula
Bagi anda yang suka pakai baju putih pula, anda boleh guna tip ini untuk mencuci jadi putih bersih.
1. Buang/kelibas pasir/lumpur yang ada dekat baju.
2. Basahkan.
3. Letak sabun buku sebanyak yang boleh dan berus. Bagi jadi banyak-banyak buih sebab buih itu yang akan tolong tarik dan keluarkan kotoran tu dari dalam fibre baju e luar.
4. Kalau rajin dan nak puas hati terbalikkan baju, buat belah dalam juga sebab kadang-kadang particle pasir/lumpur tu dah masuk ke dalam fibre baju.
5. Bilas.
Okay dah sampai step ke 5, anda akan nampak memang akan hilanglah kotoran tu dan baju memang bersih. Tapi bersih dia tak ada lah macam baru beli kat kedai.
Langkah seterusnya.
6. Lepas dah bilas baju tadi, tuang pula sabun basuh pinggan dan cuci lah lagi. Yang ini dah tak berus beriya dah sebab sabun basuh pinggan ini senang berbuih even gosok-gosok pakai tangan je. Cuba hasilkan buih sebanyak yang mungkin sebab buih itu yang akan tarik dan keluarkan kotoran sebem dan peluh dalam fibre baju itu.
7. Bilas. Lagi afdhal kalau air suam dalam 37-40 darjah celcius sebab kotoran senang hilang antara suhu ini. Masa ini anda dah boleh sengih lebar nampak macam baju baru putihnya tu.
Basuh masuk dalam washing machine, boleh je kot kalau skip ni. Hanya bilas terus, perah dan sidai.
Bila dah kering lagi nampak macam baru dan bersih sangat.
Selama ni selalu perati je baju-baju putih orang Jepun pakai mesti bersih gila dan sentiasa nampak macam baru. Jadi sekarang sudah tau dah rahsia. Kalau tahu tip ni dari zaman sekolah dulu bestnya.
Okay memang senang sangat!, bukan? Tak susah mana dan cecair tu pun murah saja!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak lama lagi kita akan mnerima suntikan vaksin Covid-19. Namun ramai yang sangsi sejauh mana keberkesanan vaksin ini dalam melawan virus ini.
Adakah ia membahayakan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan lain yang kita tidak tahu.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram, salah seorang doktor pelatih pakar bedah yang kini bertugas di Northampton General Hospital, United Kingdom (UK), Dr Farah Shaheera Roslan (Dr Farah) menyeru rakyat Malaysia agar menunaikan tanggungjawab bersama untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Menurutnya, sebagai salah seorang penerima terawal vaksin di UK, beliau ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti barisan petugas hadapan dan warga emas supaya mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin.
Sebagai salah seorang penerima terawal vaksin di UK (alhamdulillah), saya ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti pekerja petugas hadapan dan golongan tua untuk mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin.
Dia yang menerima Covid vaksin ini pada 7 Februari lalu berkata keadaannya alhamdulillah sihat dan hanya mengalami sengal-sengal lengan saja.
Justeru beliau menyeru agar rakyat Malaysia beramai-ramai mengambil vaksin ini bukan saja untuk menjaga diri tetapi juga ahli keluarga tersayang serta masyarakat daripada pandemik ini.
Pada masa sama, beliau juga berkongsi coretan mengenai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah yang telah memutuskan hukum pengambilan vaksin adalah harus dan wajib.
Mufti Wilayah Persekutuan juga telah memutuskan hukum pengambilan vaksin adalah harus/wajib selaras dengan sabda Rasulullah (saw), “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain” [HR Ibnu Majah]*
Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam membanteras wabak COVID-19 ini bukan sahaja untuk menjaga kemaslahatan diri sendiri, tetapi orang yang kita sayangi juga.
Untuk maklumat tambahan mengenai COVID-19 dan vaksin di Malaysia: http://covid-19.moh.gov.my
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Farah menyatakan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 akan bermula secara berperingkat pada 26 Februari 2021 di seluruh Malaysia.
Jadi usahlah kita ragu-ragu untuk menerima suntikan vaksin secara percuma ini dalam membendung penularan virus ini dari terus merebak.
Sebelum ini nama Dr Farah yang dilahirkan di Negeri Sembilan menjadi sebutan selepas usaha beliau mencipta hijab pakai buang ketika berada di dalam dewan bedah mendapat sambutan positif.