Tular satu video Puteri Sarah yang dikatakan gemuk oleh netizen, semua tak kena di mata orang dan situasi ini membuatkan pelakon wanita ini membalas dengan nada yang agak keras.
Sebenarnya kalau tengok, rupanya sekarang cantik berbanding dulu yang agak kurus dan cengkung di bahagian pipi.
Puteri Sarah Dikatakan Gemuk
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memulakan kerjayanya sebagai pelakon iklan dan seterusnya menjadi pelakon untuk filem dan drama televisyen tempatan. Kini selain sibuk menguruskan anak-anak, Puteri Sarah juga sedang sibuk untuk memenuhi jadual sehariannya sebagai pelakon.
Ads
Terdahulu, Puteri Sarah dikaitkan dengan Usahawan dan aktor dari indonesia iaitu Andi Arsyil Rahman apabila dikatakan semakin akrab dan mempunyai hubungan yang istimewa. Namun Puteri Sara menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa mereka hanya sekadar kawan dan rakan perniagaan sahaja.
Puteri Sarah Jawab Soalan Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @hannankhaira_ yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2 juta, tanda suka sebanyak 68 ribu dan sebanyak 1764 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Puteri Sarah menjawab soalan netizen yang mengatakan bahawa dirinya semakin berisi.
Ads
“Gemok Sarah sekarang bawah dagu dah tebal,” tulis netizen.
Ads
“Eh iye lah, aku dah happy, aku dah bahagia mestilah dah gemok, ade ke tengok orang happy makin kurus?” jawab Puteri Sarah
“Orang tak bahagia je kurus, kalau orang bahagia dia mesti berisi,” tambah Sarah
Rata-rata ramai yang sokong dengan pendapat Puteri Sarah mengenai orang yang berisi adalah orang yang bahagia. Soepatutnya, soalan yang sensitif macam itu sepatutnya tidak dilontar kerana dianggap body shaming.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seakan tidak perçaya melihat bijinya yang kecil, tetapi menjadi besar apabila direndam dalam air.
Malah bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan makanan bagi membantu dalam menurunkan berat badan boleh amalkan pengambilan air rendaman ‘chia seed’ selepas makan.
Ini kerana dikatakan antara khasiatnya biji kecil ini boleh membuat kita rasa kenyang lebih lama dan tidak terasa begitu lapar.
Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan mengenai perkara ini dan cara bagaimana pengambilannya.
Nak tahu tak cara makan sikit tapi kenyang lama? Tak rasa lapar. Tak ada rasa nak berkudap kudap?
Nak kan?
Caranya mudah saja. Lepas makan minum air rendaman chia seed. Mudah saja nak buat.
Ambil satu sudu chia seeds. Masukkan ke dalam satu mug berisi air. Lebih kurang 160ml gitu. Biarkan 30 min. Lagi lama lagi bagus.
Lepas makan, minuma air rendaman chia seeds ni. Chia seeds ni akan buatkan kita rasa lebih kenyang.
Kenapa? Bila dah rendam, chia seeds akan perangkap air ke dalamnya. Dari biji kecil dia akan membesar sikit.
Bila kita ambil air rendaman berisi chia seeds, air akan dilepaskan perlahan lahan. Sikit sikit. Jadi kita sentiasa rasa kenyang dan tak dahaga.
Tahukan anda? Hipertensi atau tekanan darah tinggi boleh mendekati diri anda, jika anda tidak mengawal gaya hidup anda.
Penyakit ini berkait rapat dan mampu menyebabkan munculnya penyakit lain seperti serangan jantung, strok dan kerosakan pembuluh darah dalam badan.
Inilah penyakit senyap yang boleh membawa maut apabila anda mengambil ringan tentang kesihatan diri anda.
Hipertensi adalah tekanan darah tinggi di mana tekanan darah anda meningkat melebihi paras normal yang terus menerus dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, anda boleh mengukur tekanan darah anda secara rutin dalam memastikan tekanan darah anda tinggi atau rendah.
Bagi orang dewasa, ukuran tekanan darah yang mengalami hipertensi adalah 140 (sistolik)/90 (distolik)mmHG. Parameter ini penting untuk mengetahui tekanan sistolik dan tekanan distolik.
Sistolik – adalah tekanan pada masa jantung menguncup.
Distolik – tekanan darah ketika jantung dalam keadaan rilek.
Tekanan darah normaladalah antara 120//80 hingga 140/90. Jika nilai bacaan tekanan darah anda melebihi paras ini, anda perlu berhati-hati kerana anda sudah mengalami hipertensi.
Setiap orang berpotensi untuk mendapat penyakit ini kerana ia disebabkan oleh faktor genetik, pemakanan yang tidak sihat, berat badan berlebihan dan faktor usia. Semakin berusia seseorang itu, semakin berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Fakta: 32% daripada rakyat Malaysia yang berusia lebih daripada 18 tahun menghidap hipertensi.
Sebenarnya, hipertensi ini boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan. Malah, kanak-kanak juga berisiko untuk mendapatnya.
Kanak-Kanak Belum Baligh – Biasanya kanak-kanak ini mengalami hipertensi kerana telah mempunyai masalah penyakit lain seperti masalah buah pinggang.
Kanak-Kanak Baligh – Mereka inicenderung kepada masalah berat badan, mengambil makanan berlemak dan faktor genetik.
Paling penting! Untuk mengetahui anak anda mengalami hipertensi atau tidak, anda perlu membandingkan tekanan darah dengan carta yang disediakan di hospital. Jangan sesekali mengikut bacaan tekanan darah orang dewasa. Namun begitu, kanak-kanak amat sukar untuk mengenalpasti bahawa mereka mengalami hipertensi.
INFO: Hipertensi primer ini tidak dapat disembuhkan dan hanya dapat dikawal.
Pengambilan makanan masin dikatakan berkait rapat dengan hipertensi kerana kandungan garam atau sodium. Sebab itulah, anda perlu menghadkangaram sekurangnya 2.300mg atau satu sudu teh dalam sehari.
Ingat! Bagi anda yang berusia lebih dari 50 tahun, sebaiknya hadkan 1.500mg perhari.
Sebenarnya, tiada sebab khusus mengatakan daging kambing penyebab kepada hipertensi. Sebaliknya, mana-mana daging merah berpotensi untuk mendapat hipertensi. Ini kerana daging merah mengandungi kolesterol dan kandungan sodium yang tinggi.
Walaupun daging merah mengandungi banyak protein tetapi jika dimakan terlalu banyak, ia dapat meningkatkan kolesterol darah, risiko penyakit jantung danpenyakit kronik dalam badan. Selain itu, daging yang diproses seperti daging beku, sosej, nugget dan sebagainya perlu dielakkan kerana ia mempunyai lebih banyak lemak tepu, kolesterol dan sodium.
Anda tidak perlu tunggu rasa sakit barulah berjumpa dengan doktor. Tetapi, sebaiknya, lakukan pemeriksaan dengan pakar sekurangnya setahun sekali untuk memastikan tahap kesihatan anda.
Hipertensi yang tidak dirawat boleh memudaratkan sistem badan seperti kerosakan buah pinggang, jantung, strok dan pembuluh darah. Ia juga boleh memberi kesan kepada mata sehingga membuatkan seseorang itu menjadi kabur. Malah, sesetengah risiko ini boleh membawa kepada kematian.
Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan dan rendah lemak tepu boleh membantu mengurangkan risiko hipertensi. Antaranya:
SUMBER: Dr Suhaimi Osman, Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur
Jerawat adalah musuh wanita yang paling ditakuti. Kemunculannya dianggap sebagai perkara paling menakutkan kerana boleh mencacatkan penampilan.
Pantang nampak walau sebiji pasti kita akan memicitnya, terutama di sekitar bahagian hidung.
Tetapi sebenarnya memicit jerawat di kawasan hidung yang dianggap sebagai kawasan segi tiga ini sangat berbahaya.
Menurut doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung.
Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.