Andai kata ada yang berniat nak pakai jubah dalam musim raya ini, pastikan kena gayanya. Tidak memudaratkan mata yang memandang dan jadi tumpuan dek kerana kainnya jenis melekat sampai nampak bentuk badan.
Ini bahaya! Ya, walau pun anda rasa okay, tetapi hakikatnya ada mata yang rasa kurang selesa kerana penampilan yang tidak kena.
Jadi Rapi kongsikan 10 tips daripada perkongsian saudari Ahliya Malek, yang mana sangat memberi manfaat kerana masih ramai lagi yang terlepas pandang perkara ini.
Nak Pakai Jubah
1. Pilih material kain yang tidak melekap di badan. Tebal sikit boleh?
2. Jangan ikut bentuk badan, tak boleh potong bengkung. Pastikan beli saiz yang lebih besar, jangan beli saiz yang berbeza.
Ads
3. Beli jubah atau baju yang longgar dan menarik. Ingat, kita ada belakang, dada, ini kena jaga supaya kalau jalan disekat angin, kawasan ni tak terbentuk. Aib!
4. Bila berjubah, jangan pakai legging atau seluar dalam sahaja di dalam jubah. Sebaliknya pakai seluar besar yang longgar di dalam jubah dan pakai satu lapis kain lagi dan satu lapis lagi baju t-shirt nipis. Bila berjalan atau angin tiup, seluruh badan tidak akan terbentuk.
Ads
5. Kalau pakai jubah, labuhkan sedikit tudung. Jangan tayang benda yang tidak sepatutnya.
6. Jangan beli jubah yang jarang dan ada kain nipis. Boleh nampak apa yang ada di belakang mata.
7. Jubah yang berwarna cerah, kalau berdiri nampak bentuk badan bahagian dalam, jadi kena pakai inner shirt dan inner jubah dalam jubah supaya cahaya tak tembus.
Ads
8. Jubah berlengan besar dan lebar kena pakai handsock sampai ke bahu, kalau tangan tak cukup lebar, pakai handsock paras siku.
9. Jangan lupa pakai stoking kaki.
10. Elakkan jubah atau tudung yang berkelip, hiasan berlebihan sehingga menarik perhatian bukan mahram.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tengok pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat, Vanessa Hudgens berkongsi cara pakai foundation, baru rasa yakin nak sapu mekap di wajah. Sebab nampak kemas dan licin betul!
Mudah? Haa.. hanya orang yang kulit berminyak saja tahu betapa struggle nak buat solekan nampak matte bila menggunakan foundation.
Sesetengah orang ada yang menggunakan primer, atau mungkin ada yang ‘bake’ muka dengan bedak, manakala yang lain hanya menggunakan kertas blotting setiap beberapa jam.
Walaupun semua trik ini berfungsi dengan baik pada kulit berminyak, tapi menurut pakar, cara Vanessa Hudgens diakui lebih tepat.
Jangan malas, sebelum bersolek, kena prep muka. Vanessa hanya menggunakan satu produk di bawah solekan. Dengan hanya prep paling minimum, anda akan mempunyai lebih sedikit lapisan produk yang boleh menyumbang kepada kilauan berlebihan.
“Saya tidak mahu meletakkan sebarang serum atau minyak, itu semua saya lakukan pada waktu malam kerana saya mempunyai kulit yang sangat berminyak. Saya hanya menggunakan pelembap,” ceritanya.
Daripada menggunakan liquid foundation, Vanessa memilih concealer untuk litupan yang minimal. Menurutnya ‘less is more’ untuk kulit berminyak. Teknik ini membolehkan dia membetulkan kawasan yang bermasalah tanpa menumpukan terlalu banyak produk, yang membantu mengelakkan kemasan berminyak dan cakey.
Selesaikan solekan asas anda dengan powder foundation. Liquid foundation bukan pilihan Vanessa tapi dia tidak dapat tolak powder foundation. Itulah yang dia guna untuk menetapkan concealer dan meratakan wajahnya.
“Saya sangat menyukai kerana cara ini mempunyai litupan yang hebat tetapi anda masih boleh melihat kulit di bawahnya. Saya benci apabila tidak dapat melihat kulit. Tip ini bagus sebab kulit saya sangat berminyak, dan powder menjadikan saya kelihatan dewy dan tidak berminyak.
Betul, jangan sesekali tinggalkan powder foundation kalau anda mempunyai kulit jenis berminyak.
Selain mencuci muka setiap hari, pengunaan mask juga penting bagi melengkapkan penjagaan kulit wajah.
Kalau umur semakin meningkat, anda pasti mahu tampil cantik, kulit glowing biarpun hanya berada di rumah.
Tidak perlu membeli mask yang banyak di pasaran sebaliknya boleh lakukan sendiri dengan mengunakan bahan dapur sedia ada.
Perkongsian wanta ini Riana Samad yang buat sendiri masker kiub ais menggunakan kunyit, timun dan air asam jawa bagi membantu untuk cantikkan kulit wajah.
Sebelum memakainya perlu cuci wajah dulu dan kemudian pakai untuk selama 20 minit dan tidak perlu tunggu kering. Teruslah basuh seperti biasa dan amalkan 3 kali seminggu.
Hari itu seorang sobat cerita, ada try campur limau nipis dan soda bikarbonat untuk buang parut. Tapi mendidih rasa kulit katanya.
Guna limau nipis saja pun Kakdell sendiri hampir rasa nak pi sembam muka dalam ais, inikan campur soda bikarbonat.
Tajam tuuu siap boleh putihkan lantai tandas ganti clorox tau dak. MOHON istighfar banyak dekat yang bagi resepi diy macam tu.
Kulit jenis tebal no worries la sangat. Kena yang kulit nipis sensitif tu. Eh senget jugak!
Nak mudah cuba buat masker lembut mesra kulit ni dari jenis berasid cam tadi. Sebab natural limau pun tak semua boleh ngam.
Macam masker pakai 3 bahan ni. Hanya timun, kunyit dan asam jawa inshaallah boleh sangat.
Niat melawa cara alami tu comel dah. Tapi tak usah kelam kabut sangat bereksperimen macam-macam kat kulit. Tau dah nak cantik raya.
Dah alang langsir baru, baju baru tudung baru. Nanti best kulit pun baru. Bersih, cerah, jeragat, parut kokoh nempel tu jadi pudar. Ahh gitew.
Kenapa 3 bahan, macam mana nak buat & berapa kerap pakai, nanti boleh baca kat gambar. Kat situ Kakdell ada ringkaskan serba sikit
Sempat sangat lagi kalo nak tampil flawless raya. So start lah dari sekarang ya.
Berminat nak cuba tapi tak pasti bila nak buat tu boleh la share dulu tanak bagi hilang ya.
Nak senang buat banyak dan bekukan. Cara nak buat simple sangat.
Bersihkan kunyit hidup, kupas kulit dan parut dengan penyagat bagi halus. Parut timun dan gaulkan sekaligus dengan asam jawa.
Boleh pakai terus. Lebih tu boleh letakkan dalam bekas kiub ais macam ni then bekukan.
Kakdell punya ni dapat 12 ketul kiub so tahan lah untuk sebulan pakai untuk ramadhan ini.…
Timun
Sebab dia bersifat sooting dan boleh sejukkan kulit so dia boleh hilangkan eye bag yang berkilo bawah mata tu. Boleh kurangkan sunburn dan jeragat jugak. Lagi 1 dia banyak air jadinya sangatlah bagus dalam kerja nak lembabkan kulit sambil elak kemunculan kedut semua tu
Kunyit
Sebab dalamnya ada kurkumin, ada anti-inflamasi & antioksidan yang kuat. Nanti dia kurangkan pengeluaran minyak, melanin berlebihan dari dalam kulit.
Sebab tulah kenapa dia tersangat bagus dalam nak cerahkan kulit. Dah cerah itu nanti sekali pakej pudar parut dan jeragat datangnya.
Seronok tu dia tolong kulit dari hilang keanjalan. Stilll jadi tegang awet muda sokmo gitu
Asam jawa
Salah 1 sebab Kakdell pilih Asam jawa ialah sebab dalamnya ada alpha hidroksil asam yang fungsi dia untuk mencerah. Antara kerjanya bantu gelupaskan sel-sel kulit mati.
Lembut, mesra selamat dekat kulit nak banding dengan limau nipis yang tajam tu
Masker ni pakai 3 kali seminggu dah ok dah. Tapi Kakdell festime awal pakai tu buat 4 hari berturut. Lepas itu baru minimakan 3x seminggu.
Sebelum pakai muka cuci bersih dulu siap siap bagi tanggal segala minyak, kotor, mekap semua. Kang bazir. Lelah pakai saja tapi zat tak boleh resap masuk kulit sebab awai awai lagi dah kene block kat permukaan.
Pakai tu pulak perapnya 20 minit cukup. Takyah tunggu sampai jadi kering keras rasa macam nak merekah. Dan jangan ngade nak ulang bubuh balik. Kang overdose karang. Tak bagus.
Jarang orang suka pakai rona sama dari tudung sampai kasut tetapi inilah yang menarik untuk dikupas kali ini.
Sungguh, pemilihan gaya pemakaian akan buat seseorang nampak muda dari usia sebenar dan jika tersilap memilih penampilan bersesuaian, anda akan nampak kurang berseri dan boleh menjejaskan mood harian.
Bagi usahawan Muslimah kelahiran satu desa di Riau, Indonesia iaitu Linda Anggreaningsih, penampilan hariannya cukup dititikberatkan.
Tidak hairanlah penampilan wanita yang lebih mesra disapa sebagai Linda itu perlu sentiasa mencuri perhatian, kerana ini melambangkan identiti dan juga karakter peribadinya.
Ramai pengguna media sosial yang mengikuti akaun Instagram Linda sering melihat kelibat wanita berhijab ini yang menggayakan pakaian daripada rona sama dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Ujar Linda, ini merupakan signature look yang dibawakannya, memandangkan dia secara peribadi amat sukakan gaya satu tona.
Ungkap wanita berusia 33 tahun itu, dia mengakui dirinya berasa lebih yakin tatkala menggayakan fesyen sedemikian.
“Lazimnya, kebanyakan wanita yang berhijab misalnya, akan menggayakan baju, seluar dan tudung dalam warna yang sedikit berbeza, namun masih sepadan.
“Begitu pun, bagi saya, saya lebih memilih memakai rona yang sama dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki,” kongsinya.
Ujar Linda juga, rona sama yang digayakan dari hujung rambut sehingga ke hujung kakinya berfungsi menaikkan ‘mood’ atau perasaannya pada hari itu.
“Bagi saya, mood ini cukup penting sebelum memulakan hari kita.
“Apabila kita nampak cantik, mood kita juga bertambah baik dan secara automatik, ia menzahirkan perasaan dan juga minda yang positif,” kongsinya.
Antara rona-rona pilihan untuk digayakan secara ‘head to toe’ termasuk merah, merah bata, merah jambu, biru dan juga kuning.
Bagi kebanyakan orang juga, warna merah jarang menjadi warna pilihan buat gaya head to toe ini, namun berbeza bagi Linda apabila dia cukup berani menggayakan tudung, baju, skirt dan tas tangan merah buat gaya hariannya.
“Ada yang menganggap warna merah akan nampak agak keterlaluan atau berlebih-lebihan jika digayakan bersama aksesori atau tudung yang juga daripada rona merah.
“Namun, bagi saya, ini menjadikan saya lebih yakin kerana warna-warna seperti merah dan kuning adalah merupakan my happy colours atau warna kegembiraan buat saya.
“Bahkan, apabila saya menggayakan warna merah, ramai akan memuji dan mengatakan bahawa warna tersebut nampak sesuai dengan saya,” kata usahawan jenama Buttonscarves itu.
Jadi selepas ini mungkin anda boleh tukar gaya penampilan dengan memakai satu rona untuk tampak lebih muda dan berseri. Jom, ubah gaya pemakaian!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!