Makan Nasi Ayam

Diet makan nasi ayam? Biar betul! Siapa kata makan nasi ayam tak boleh kurus? Nasi ayam, hidangan popular di Malaysia, boleh menjadi sebahagian daripada diet yang seimbang untuk wanita yang ingin menguruskan badan.

Silap-silap, diet nasi ayam boleh menjadi pilihan yang sihat. Pokok pangkal adalah cara yang betul. Jom tengok lima tips diet nasi ayam untuk membantu anda kekal kurus dan ramping!

Pilih Ayam Bahagian Dada:

Makan Nasi Ayam Pun Boleh Kurus, Ini Cara Kurangkan Kalori Masuk

• Ayam bahagian dada mengandungi lemak yang lebih rendah berbanding dengan bahagian lain. Kulit ayam pula mempunyai kandungan lemak yang tinggi, jadi kena pandai sukat dan kawal pengambilannya.

Gunakan Kaedah Memasak yang Sihat:

• Elakkan menggoreng ayam. Sebaliknya, pilih kaedah memasak seperti mengukus, merebus, memanggang, atau menggunakan air fryer. Kaedah ini mengurangkan penggunaan minyak dan kalori tambahan.

Makan Nasi Ayam Pun Boleh Kurus, Ini Cara Kurangkan Kalori Masuk

IKLAN

Gantikan Nasi Putih dengan Nasi Beras Perang atau Beras Merah:

• Nasi putih mengandungi karbohidrat yang tinggi dan kurang serat. Nasi beras perang atau beras merah adalah pilihan yang lebih baik kerana mengandungi serat yang lebih tinggi dan membantu dalam penghadaman serta memberikan rasa kenyang lebih lama.

Tambahkan Sayur-sayuran:

• Hidangan nasi ayam boleh diperkaya dengan menambah pelbagai jenis sayur-sayuran seperti brokoli, lobak merah, kacang panjang, atau kobis. Sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral, dan serat yang penting untuk diet seimbang.
Kawalan Saiz Hidangan:

• Pastikan saiz hidangan adalah seimbang. Satu hidangan yang sihat biasanya mengandungi satu cawan nasi, satu bahagian ayam (kira-kira 100-150 gram), dan separuh pinggan sayur-sayuran. Kawalan saiz hidangan membantu dalam menguruskan pengambilan kalori.

IKLAN

Makan Nasi Ayam The Chicken Rice Shop

Sama ada sediakan sendiri ataupun makan di restoran, kedua-duanya perlukan disiplin yang tinggi untuk pastikan berat tak naik.

Selain itu:  Tip Anti Jeragat Hanya Guna Tomato, Kulit Sensitif Pun Boleh Cuba

Tapi kalau dah tak ada masa nak sediakan hidangan nasi ayam di rumah, apa kata terus menjamu selera di The Chicken Rice Shop? Meraikan satu lagi tahun yang menawarkan kelazatan nasi ayam, TCRS kini memperkenalkan menu Baharu, Chicken Chup!

Makan Nasi Ayam Pun Boleh Kurus, Ini Cara Kurangkan Kalori Masuk

IKLAN

Boleh didapati di pasaran di seluruh negara dari 10 Jun hingga 11 Ogos 2024, Chicken Chup! merupakan hidangan unik dengan potongan ayam yang lembut bersama sos sentuhan lada hitam dan limau.

Ciptaan inovatif ini menawarkan pengalaman rasa yang lain daripada yang lain dengan dagingnya yang lembut dilapisi dengan sos yang kaya dengan perisa lada dan sentuhan limau yang menyelerakan. Sesuai sangat bagi anda yang sedang jaga pemakanan.

Makan Nasi Ayam Pun Boleh Kurus, Ini Cara Kurangkan Kalori Masuk

Bagi memenuhi keperluan kumpulan yang berbeza, Chicken Chup! menawarkan tiga set iaitu Set Chup Satu, Chup Dua, dan Chup Empat.

Owh ya, bab air pula TCRS memperkenalkan minuman terhadnya, Chup and Chill, minuman berkarbonat dan menyegarkan sebagai pelengkap pada hidangan terbaru ini.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI