Ada yang berani cuba diet telur untuk turunkan berat badan? Haaa… kena disiplin dan anda boleh pelbagaikan cara masak telur jika mahu konsisten dengan gaya pemakanan sihat ini.
Nak cuba, anda boleh ikut cara saudari Vanisha Raja, yang mana dia mengamalkan diet telur sepanjang turunkan berat badannya.
Jom, Cuba Diet Telur!
Namun jika memilih program diet kalori telur rebus ini, anda akan mengambilnya tiga kali sehari.
Anda tidak akan mengambil apa-apa makanan ringan dan tiada minuman dengan kalori. Setiap hari, anda makan satu hidangan dengan telur, tetapi boleh disertakan dengan sumber protein lain seperti ayam atau ikan.
Ads
Untuk menambah protein pada pinggan anda, anda boleh menambah sayur rendah karbohidrat seperti brokoli atau bayam. Buah sitrus juga kadang-kadang dibenarkan.
Boleh rujuk gambar yang dikongsi untuk melihat apa menu yang dia amalkan sepanjang diet sampai hilang 2kg dalam 3 hari sahaja, menarik!
Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar menyeneraikan senarai makanan yang boleh mengenyangkan atau dipanggil natural appetite suppressants.
Agak agaklah kan makanan apa yang bagi kurang rasa lapar?
Bila kita makan saja rasa kenyangnya lama? Best kan kalau ada makanan macam ni.
Makananan ini dipanggil ‘natural appetite suppressants’.
Bila makan saja dah tak rasa nak mengudap atau berjajan makanan tak sihat lagi.
Bila dah jumpa, rasa senang hati.
1. PISTACHIO Tak hairan yang ini. Nama pun kacang cerdik.
Hanya 43 biji saja. Kajian oleh U.S. Agricultural Research Service. Kajian kata tambah cerdik bila makan pistachio ni.
Walaupun kecil, pistachio ni kaya dengan fiber. Fiber inilah beri kesan rasa kenyang yang lama. Lebih menarik lagi pistachio kaya vitamin B6. Vitamin B6 ini stabilkan gula dalam darah.
B6 juga penting untuk hasilkan hemoglobin darah – yang kerjanya naikkan oksigen dalam sel darah merah. ( https://neuroversiti.com/kacang-pistachio-serta-khasiatnya/ )
2. MINYAK ZAITUN Campur dalam makanan yang telah siap dimasak.
Kajian dari Technische Universität München (TUM) dan the University of Vienna dapati kesan rasa kenyang atau satiety berlaku. Apabila neurohormon serotonin meningkat di dalam darah.
Serotonin adalah hormon yang jaga kestabilan mood, selera, memori dan aktiviti seksual.
Menurut pengkaji, rahsianya terletak pada dua jenis bau aroma minyak zaitun iaitu Hexanal and E2-Hexanal. ( https://neuroversiti.com/jenis-minyak-zaitun/ )
3. AVOCADO Ni lah pemenang pertama. Avocado kaya denga lemak sihat dan fiber.
Dua anugerah utama sebabkan hormon lapar ghrelin menurun dan malu untuk naik dalam jangka masa panjang.
Lebih menarik lagi, avocado sebabkan dua peptide rasa kenyang naik iaitu peptide GLP-1 dan PYY.
Dalam jurnal Nutrients (2019) pula dapati peserta kajian yang obes hanya rasa lapar selepas 6 jam ambil avocado.
Satu perkara hebat tentang avocado.
Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba.
Tidak dinafikan pisang memang mempunyai banyak khasiat terutama untuk kesihatan dan kecantikan.
Tetapi bagaimana pula dengan teh pisang. Apa pula khasiatnya Jika dicampurkan kedua-dua bahan makanan ini atau menggunakan bahan herba lain.
Sebenarnya, ada sesetengah wanita waima lelaki telah mengamalkannya untuk kecantikan. Campuran bahan utama pisang bersama herba lain dikatakan baik untuk kesihatan tubuh.
Minuman itu juga dikatakan elok dinikmati sebelum tidur. Ayuh, kita lihat manfaat serta cara membuatnya.
Teh pisang kaya dengan mineral penting seperti magnesium dan kalium yang terbukti dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan menurunkan risiko strok dan penyakit jantung.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, sejenis antioksidan yang disebut catechin yang terdapat dalam teh pisang dapat menurunkan risiko penyakit jantung.
Pisang adalah sumber magnesium dan kalium yang sangat baik dan terbukti dapat meningkatkan kualiti tidur kerana sifat relaksasinya pada otot.
Pisang juga mengandungi asid amino L-triptofan yang menghasilkan hormon serotonin dan melatonin yang merangsang tidur.
Pisang mengandungi dipamine dan asid amino yang disebut L-triptofan yang menghasilkan serotonin.
Kedua-duanya bertanggungjawab untuk berfungsi dengan baik otak dan diketahui dapat mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.
Teh pisang mempunyai kemampuan untuk membantu menurunkan berat badan kerana kandungan kalori yang rendah dalam pisang.
Sebagai tambahan dalam sebahagian daripada diet, pisang akan membuka selera makan, meningkatkan metabolisme dan membuat anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.
Teh pisang yang kaya dengan kalium dan mineral yang penting untuk mengatur tekanan darah, keseimbangan cairan dan pengecutan otot.
Ia mampu mencegah masalah kembung dengan mengatur kadar natrium dalam badan dan dapat mengurangkan kembung yang disebabkan oleh garam.
1. Isi periuk dengan 2 hingga 3 cawan iaitu antara 500 hingga 750 mililiter air dan didihkan.
2. Kupas sebiji pisang dan potong kedua-dua hujungnya.
3. Masukkan pisang ke dalam air mendidih.
4. Kecilkan api dan biarkan ia mendidih selama 5 hingga 10 minit.
5. Kemudian, masukkan kayu manis atau madu (pilihan).
6. Angkat air didihan tadi lalu dibahagikan menjadi 2 hingga 3 cawan.
Tidak dinafkan musim durian antara yang amat dinantikan kerana inilah masa boleh makan raja buah ini sepuas-puasnya.
Namun begitu, ada juga yang takut untuk makan kerana dibimbangi boleh mendatangkan masalan pada kesihatan.
Pakar nutrisi Syaza Nutritionist berkongsi fakta mengenai durian untuk mereka yang berminat untuk mendapatkannya.
Menurutnya durian juga mempunyai kebaikan dan nilai nutrisi tersendiri. Antaranya mampu buat anda gembira, membantu kawal tekanan darah dan juga bantu masalah pencernaan.
Ayuh, ikuti perkongsiannya untuk lebih jelas mengenai buah yang mempunyai pelbagai nama, jenis dan saiz.
Ok siapa kat sini suka sangat dengan durian?? OK ini khusus buat anda!
Durian juga seperti buah-buah yang lain mempunyai kebaikan dan nilai nutrisinya yang tersendiri.
1. Durian boleh membuat anda gembira
Ini adalah kerana durian mengandungi asid amino iaitu tryptophan. Apabila dicerna, ia akan bertukar menjadi serotonin, neurotransmitter yang bertanggungjawab untuk membuat kita berasa gembira dan santai.
2. Durian boleh membantu mengawal tekanan darah.
Durian mempunyai sumber potassium. Di mana pengambilan makanan yang tinggi potassium boleh membantu merendahkan tekanan darah. Selain itu, potassium juga berperanan dalam mengawal elektrolit dan bendalir dalam badan. Ini dapat membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko masalah serangan jantung.
3. Durian boleh meningkatkan kesihatan pencernaan
Durian juga mempunyai sumber serat di mana serat membantu memudahkan pergerakan usus. Melalui ini akan membantu mengelakkan masalah sembelit dan meningkatkan kesihatan pencernaan.
4. Durian membantu melambatkan proses penuaan
Durian juga mengandungi sumber vitamin C iaitu sebanyak 19.7mg. Vitamin C adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu mengurangkan kesan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
Semakin rendah tahap tekanan oksidatif, semakin perlahan proses penuaan. Selain itu, durian juga mempunyai antioksidan lain seperti flavonoids, carotenoids, anthocyanins, dan polyphenols. Kajian menunjukkan bahawa antioksidan boleh membantu mengurangkan beberapa tanda penuaan kulit.
5. Durian mengandungi nutrien yang boleh membantu menyokong kesihatan tulang
Untuk pengetahuan semua, durian kaya dengan iron, copper, potassium, magnesium dan kalsium, semuanya penting untuk mengekalkan tulang yang kuat. Satu kajian oleh Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengambilan iron yang tinggi, membantu meningkatkan ketumpatan tulang, bukan hanya kalsium sahaja penyumbang untuk mengekalkan kesihatan tulang. Magnesium juga sangat penting ia boleh membantu dalam pencegahan risiko osteoporosis.
6. Durian boleh membantu menggalakkan penghasilan tenaga dengan cepat
Durian mempunyai tinggi dengan kadar karbohidrat iaitu sebanyak 27g dan memberikan nilai kalori yang agak tinggi iaitu 147kcal untuk 100g. Dua ulas durian boleh memberi anda tenaga sebanyak 1 biji pisang bersaiz sederhana.
Walaubagaimana jika berlebihan pengambilan durian, ia akan memberikan kesan yang negatif terhadap badan kita. Bagaimana??
1. Boleh menerukkan lagi masalah Diabetes.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan durian yang berlebihan boleh melonjak paras gula darah. Jika menghidap diabetes, hadkan pengambilan durian anda.
2. Boleh memberi kesan negatif terhadap kehamilan
Ini disebabkan kehadiran acid yang tinggi boleh membuatkan ibu yang hamil tidak selesa tubuh badan. Jadi bagi tempoh awal kehamilan elakkan dahulu pengambilan durian.
3. Durian boleh memberikan alahan makanan terhadap seseorang
Pengambilan durian juga boleh menyebabkan penghasilan gas, cirit-birit, ketidakselesaan pada perut, muntah, dan reaksi alahan pada sesetengah orang. Pengambilan durian yang terlampau banyak juga boleh menyebabkan sesak nafas.
4. Boleh menerukkan lagi masalah tekanan darah tinggi
Bagi mereka yang mempunyai masalah hipertensi, anda perlu lebih berhati-hati kerana pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kadar denyutan nadi akan menjadi laju. Keadaan ini sangat bahaya.
Secara konklusinya, durian adalah buah yang sangat sedap dan mempunyai tinggi dengan nilai pemakanan. Pengambilan yang sederhana boleh memberikan pelbagai manfaat kesihatan.
Namun, jika diambil secara berlebihan ia mungkin memberikan kesan yang buruk pada seseorang. Jadi ingat pengambilan yang disarankan adalah 2-3 ulas untuk 1 sajian. Pengambilan buah boleh diambil sehingga 2 sajian 1 hari.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.