Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin dekat, mesti ramai yang dah mula survey dan rancang nak beli baju raya seawal mungkin.
Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit
Tapi pernah atau tidak berdepan situasi baju yang dibeli dirasakan tak sesuai dengan warna kulit hingga muka nampak kusam.
Punca kepada situasi ini adalah kerana warna tersebut mungkin bukan dalam palet warna anda.
Apa Itu ‘color palette’?
Color palette merujuk kepada rangkaian warna yang sesuai dengan ciri semula jadi anda, seperti undertone, depth, dan chroma kulit.
Memahami ketiga-tiga aspek ini adalah kunci untuk memilih warna pakaian yang menyerlahkan penampilan anda.
Menerusi akaun TikTok @fionna, terdapat beberapa tip menarik untuk memilih warna baju yang sesuai dengan warna kulit. Jom kita belajar.
1. Kenali ‘undertone’ anda
Undertone adalah warna asas kulit yang kekal sama walaupun kulit anda cerah atau gelap.
Terdapat tiga jenis undertone:
* Cool Undertone
– Urat darah kelihatan kebiruan atau keunguan.
– Kulit cenderung sesuai dengan warna-warna sejuk seperti biru, ungu, dan perak.
* Neutral Undertone
Ads
– Urat darah kelihatan kehijauan atau campuran biru dan hijau.
– Kulit ini sesuai dengan hampir semua warna, sama ada sejuk atau hangat.
* Warm Undertone
– Urat darah kelihatan kehijauan sepenuhnya.
– Kulit sesuai dengan warna-warna hangat seperti kuning, oren, dan emas.
Cara Menentukan Undertone
Paper test:
– Ambil gambar selfie dengan kertas putih kosong di sebelah muka anda.
– Jika kulit kelihatan kekuningan, anda mempunyai warm undertone.
Ads
– Jika kebiruan, cool undertone.
– Jika tidak berubah, neutral undertone.
Jewelry Test:
– Cuba perhiasan emas dan perak.
– Jika kulit lebih menyerlah dengan emas, anda mempunyai warm undertone.
– Jika perak lebih sesuai, anda mempunyai cool undertone.
– Jika kedua-duanya nampak bagus, anda mempunyai neutral undertone.
2. Fahami ‘depth’ kulit anda
Depth merujuk kepada tahap kecerahan atau kegelapan kulit anda.
Cara menilai depth:
Sunting selfie anda menjadi hitam putih. Perhatikan sama ada kulit anda kelihatan:
Ads
– Light: Dominan putih dan cerah.
– Medium: Antara cerah dan gelap.
– Deep: Gelap atau dominan hitam.
Memahami depth membantu anda memilih warna pakaian yang tidak ‘tenggelam’ atau terlalu kontra dengan kulit anda.
3. Fahami ‘chroma’
Chroma menggambarkan intensiti warna kulit sama ada kulit anda lebih pucat atau lebih berwarna.
Cara menilai chroma:
Lihat selfie anda tanpa memakai makeup di bawah cahaya semula jadi. Kulit yang lebih pucat memerlukan warna lembut, manakala kulit yang berwarna terang sesuai dengan warna lebih bold.
4. Tentukan color palette anda
Akhir sekali, gabungkan maklumat tentang undertone, depth, dan chroma untuk menentukan color palette terbaik.
Contoh:
– Cool Undertone, Light Depth, Low Chroma: Sesuai dengan pastel lembut seperti baby blue, lavender, atau dusty pink.
– Warm Undertone, Deep Depth, High Chroma: Serlahkan kulit dengan warna tanah seperti mustard, emerald green, atau maroon.
Jika ada bajet lebih, anda boleh lakukan analisis warna secara profesional untuk hasil yang lebih tepat.
Dengan memahami palet warna sendiri, anda bukan saja boleh memilih baju yang lebih sesuai tetapi juga meningkatkan keyakinan diri.
Jadi, sebelum beli baju raya nanti, pastikan tahu undertone, depth, dan chroma kulit anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak tiba-tiba anda diserang tangan kebas. Lebih tidak menyelesakan apabila tangan terasa seperti mencucuk-cucuk. Apakah disebabkan salah makan atau perkara lain.
Jika disebabkan himpitan saraf di bahagian tangan tidak mengapa, tetapi bagaimana jika masalah ini disebabkan kerana petanda mempunyai sakit lain.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu masalah tangan kebas dan cara merawat masalah ini.
MERAWAT MASALAH TANGAN KEBAS
Tangan kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti mencucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak dari jari tangan ke lengan dan bahu. Ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya masalah yang dialami.
PUNCA TANGAN KEBAS
Selalunya masalah tangan kebas ini berlaku disebabkan himpitan pada saraf dibahagian tangan yang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Ia akan berlaku sekejap sahaja dan kebas tersebut akan hilang selepas seseorang itu membetulkan posisinya.
Akan tetapi ada terdapat beberapa masalah yang perlu dirisaukan apabila seseorang itu mengalami masalah kebas tangan di mana ia bukan disebabkan posisi badan. Ia adalah:
1. Kencing manis
Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Simptom kebas akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.
2. Angin Ahmar (Strok)
Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah fungsi saraf pada tangan atau pada bahagian badan sebagai kesan sampingan.
3. Kecederaan pada ‘brachial plexus’
‘Brachial plexus’ merupakan sekumpulan saraf untuk fungsi pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika kumpulan saraf ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.
4. Penyakit jenis ‘auto immune’
Penyakit auto- imunisasi adalah disebabkan oleh sistem imunisasi menyerang sel atau tisu organ dalaman sendiri dan menyebabkan keradangan pada sel atau tisu organ tertentu sahaja seperti saraf. Contohnya, ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis’ yang boleh menyumbang kepada masalah tangan kebas.
5. Kekurangan Vitamin
Kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. Jika kekurangan vitamin ini, ia akan menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan simptom kebas pun berlaku.
6. Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal
Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.
7. Toksin
Toksin seperti logam berat boleh merosakkan saraf di dalam badan. Beberapa contoh logam berat adalah plumbum, arsenik, thalium dan merkuri di dalam industri pembuatan. Manakala terdapat juga logam berat seperti merkuri yang digunakan dalam pembuatan kosmetik.
Jadi, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang kebanyakkannya mengandungi merkuri.
8. Sebarang kecederaan pada tulang belakang
Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas, malah kaki dan bahagian lain juga turut berasa kebas dalam situasi ini disebabkan saraf tulang belakang merupakan salah satu saraf komunikasi utama.
RAWATAN
Bagi pesakit kencing manis, kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah tangan kebas dapat diselesaikan. Jika tidak ia akan bertambah teruk dan memudaratkan kesihatan.
Bagi mengurangkan rasa sakit, anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplemen yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu. Selain itu, anda juga boleh membuat senaman mudah untuk melegakan rasa kebas. Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.
Jika masalah kebas tangan masih berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Tular kisah pelakon, Datuk Fizz Fairuz selepas dia membuat kenyataan menerima fizikal isterinya, Datin Almy Nadia seadanya walaupun sering terima nasihat untuk menurunkan berat badan.
Tetap Sayang Isteri
Memetik laporan Kosmo, Fizz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin tetap menyayangi dan mencinta isterinya sepenuh hati.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.
“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemuk),”katanya.
Datuk Fizz Fairuz Terima Datin Almy Nadia Seadanya
Menurutnya, dia bersyukur isterinya pandai menguruskan rumah tangga dan beranggapan Almy mungkin adalah orang yang berbeza jika memiliki bentuk badan yang kurus.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” jelasnya.
Sebelum ini, Fizz pernah memberi galakan kepada isterinya untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat tetapi dia memilih untuk mengutamakan keluarga dan anak-anak.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” ujarnya lagi.
Gara-gara menaip 5-6 jam sehari, tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!Dek kerana faktor bekerja yang perlu menggunakan tangan terutama dalam bab menaip di papan komputer menyebabkan tangan sering menjadi sakit.
Rasa sakitnya hingga menyebabkan mahu mengangkat tangan juga tidak berdaya. Terasa menyucuk di bahagian tangan yang sering digunakan untuk menaip. Situasi ini sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami sindorm Carpal Tunnel.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu secara detail mengenai sindrom Carpal Tunnel ini dan cara rawatan terbaik.
“Ok, saya akan terangkan tentang penyakit encik ini”
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Tangan Kebas, Sakit Menyucuk
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama.
Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
SIAPA YANG BERISIKO?
1. Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak seperti menaip sepanjang hari,chef,tukang jahit. 2. Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas 3. Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1 4. Berat badan yang semakin meningkat 5. Mereka yang ketinggian rendah 6. Mengandung 7. Hypotiroidisme(kurang hormon tiroid) 8. Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan. 9. Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
SIMPTOM
1. Tangan kebas 2. Sakit 3. Rasa semut-semut 4. Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat. 5. Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan 6. Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang lebih kecil.
RAWATAN Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.
Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:
1. Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral. 2. Menjalani fisioterapi 3. Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan. 4. Pembedahan Pembedahan Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.
Rupanya Sindrom Capal Tunnel
Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja
“Maksudnya, urat saya tersempit la kan?”
“Ya betul. Kita kalau kena tekan pun akan stress. Betul tak?”
Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya