Kecantikan

Pelembap Muka Eyka Farhana Cecah Ribuan Ringgit, Patutlah Lawa!

Share

Pelembap muka Eyka Farhana pun beribu? Eh, nama pun selebriti, jadi tak pelik kalau harga produk muka harganya mahal.

Dek kerana teruja melihat kecantikannya, ramai yang terkejut dengan perkongsian artis wanita ini. Namun perkara ini normal bagi wanita yang bergelar selebriti, bukan penampilannya sahaja jadi perhatian, tetapi kulit wajah pun akan jadi tumpuan.

Terpesona Melihat Kulit Wajahnya

Apa lagi kalau orangnya rajin kongsikan tip dan video menerusi medsos, sesekali netizen akan teruja dan teringin memiliki kulit cantik juga.

Bukan tular kerana foto seksi sebaliknya Eyka menjadi bahan bualan selepas memuat naik video-video rutin penjagaan wajah dan solekannya setiap hari.

Menerusi perkongsian TikTok miliknya, Eyka menyapu beberapa produk wajah yang dimulakan dengan pelembap muka, krim mata serta krim pelindung matahari.

Jika meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan kulit wajah Eyka yang dikatakan cantik semula jadi tanpa mekap tebal.

Eyka Farhana Pakai Produk Ribuan Ringgit

Paling mencuri perhatian ialah produk-produk digunakan Eyka dalam videonya yang dikatakan mencecah harga ribuan ringgit seperti pelembab muka dan minyak wangi.

Antara produk paling mahal digunakan pelembab wajah jenama mewah antarabangsa yang berharga sekitar RM2,590.

Bukan sahaja teruja, malah ramai yang mahu turut membeli beberapa produk digunakan kerana ingin mendapatkan wajah menawan seperti Eyka.

Tak salah pun kalau mampu, jika poket tak berap nak tebal, anda boleh cari pilihan lain yang bersesuaian dengan kulit. Begitu caranya untuk bahagia dan jaga kulit wajah cara mudah.

Kredit gambar: Eyka Farhana

IKLAN