Cukup hanya pakai skrub madu yang dicampur dengan beras pulut dan kunyit, wajah wanita ini kelihatan cantik berseri. Langsung tak ada cela di wajahnya, terpesona dengan hasilnya.
Bagi anda yang suka menggunakan bahan alami untuk penjagaan wajah, boleh cuba tip yang dikongsi oleh saudari Eleena Arif, sangat jimat dan berbaloi.
Skrub Madu + Beras Pulut + Kunyit
Tiba-tiba El rasa terlebih rajin harini nak kongsi dengan you guys satu tip cerahkan kulit kusam dengan hanya gunakan 3 bahan je.
Bahan pula senang je nak dapat pergi dapur confirm jumpa. Apa yang El suka pasal scrub ni sebab lepas pakai kulit El nampak lebih cerah pastu nampak bersih. Bila pegang tu lembut je.
Selalunya El akan pakai Scrub ni time malam sebab kalau pakai siang tak sempat nak tunggu 15 minit Farrel dengan Aldric suruh wash sebab geli muka jadi yellow.
Ads
Scrub kalau boleh jangan pakai kerap tau. Kalau boleh seminggu pakai 1-2 kali macam tu je tetapi tengok pada kulit masing-masing.
Okay ini bahan bahan yang diperlukan :
1. Beras pulut
2. Serbuk kunyit
3. Madu tak kisah jenama apa pun
Step pertama : Ambil sejumlah kecil beras pulut sangai di atas dapur sehingga perang. Kemudian tumbuk sehingga halus macam rasa pasir tu (rujuk video).
Ads
Step kedua : Campurkan dengan secubit serbuk kunyit, sikit je tau jangan letak satu sudu kang muka kuning El tak tau ya.
Step ketiga : Ambil 1/2 atau 1 sudu kecil madu bergantung pada serbuk beras tadi.
Step keempat : Gaulkan sampai rata, paste akan jadi pekat sebab ada madu so boleh titiskan air sikit jangan cair sangat. Kemudian boleh oleskan dekat muka.
Step kelima : Biarkan selama 15-20 minit, kemudian boleh cuci. Kalau boleh basahkan tangan dulu, kemudian scrub muka tadi untuk mudahkan proses scrubbing kita. Kemudian bilas.
Ads
Ok siap! Lepas cuci boleh lah letak toner atau moisturizer ke bergantung cara you guys nak macam mana.
Nampak muka basah sebab lepas je El cuci terus tangkap gambar. Jadi ini lah hasilnya
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak ramai yang berani pakai lipstik merah kerana risau akan buatkan penampilannya nampak matang, tua atau terlalu menyerlah!
Lebih-lebih lagi kalau nak kenakan gincu merah pada majlis atau hari penting seperti Hari Raya. Mesti rasa kurang yakin. Tetapi kalau anda pakai baju warna lembut, lipstik wajib pakai, barulah naik seri.
Sebenarnya nak pakai lipstik merah, anda perlu tahu apa tona kulit dulu. Bermula dari situlah, anda boleh padankan shade apa yang sesuai mengikut tona kulit. Nak tahu apa tona dan shade yang sesuai, caranya:
Gincu merah berasaskan biru – Sesuai untuk warna kulit yang sejuk (cool) dan lebih cerah.
Gincu merah berasaskan jingga – Sesuai untuk warna kulit yang hangat (warm).
Gincu merah berasaskan coklat – Sesuai untuk tona kulit asas hangat (warm), kulit sederhana (medium) hingga gelap (darker).
Selain daripada tahu tona kulit, penting juga untuk anda tahu jenama mana yang bagus bila mencari gincu merah.
Raya nanti mesti ramai yang teruja nak makan ketupat, rendang atau hadiri rumah terbuka. Tetapi apa yang membimbangkan, bila makan-makanan berminyak pada hari Raya, gincu akan cepat hilang dan perlu di-touch up berulang kali.
Haa… cuba rujuk cara pakai lipstik merah yang dikongsikan wanita ini.
1. Mula-mula pastikan bibir tidam dalam keadaan basah ya.
2. Kemudian kalau ada cushion, dap-dap sedikit kawasan bibir. Pastikan rata elok.
3. Untuk pilihan Rapi, guna lipstik YOU Rouge Power Matte Lip Cream.
4. Sapu dulu kawasan bibir bawah sebaiknya. Kemudian pastikan jangan lagakan dulu bibir atas dan bawah.
5. Mulakan sapu dari dalam ke luar. Yang best warnanya memang pigmented.
6. Ada kandungan Manuka Honey yang tak keringkan bibir.
7. Apa hasilnya? Memang jenis transferproof, kissproof dan waterproof.
8. Non sticky formula! tahan dalam 18 jam ke atas tau!
Hah, lepas ini jangan takut nak pakai lipstik warna merah ya! Kulit cerah atau gelap, semua layak pakai.
Setiap dari kita diuji dengan pelbagai dugaan. Ada yang diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, jantung ataupun penyakit lain.
Namun tetap bersemangat untuk melawan penyakit yang ada demi untuk mahu menjalani gaya hidup lebih sihat.
Seperti perkongsian seorang wanita dari Sarawak, Chin dari Grup Facebook Malaysia Runner yang diuji dengan penyakit diabetes hingga kehilangan dua jari kaki di sebelah kiri.
Walau bagaimanapun tetapi berjuang melawan penyakit dideritai dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman seperti berları dan menjaga pemakanan.
Hasilnya berjaya menurunkan berat badan daripada 126 kg ke 68 kg. Ternyata kejayaan ini bagi dirinya amat membanggakan.
Ini kerana berjaya menggubah tanggapan orang ramai bahawa penghidap diabètes adalah insan lemah yang perlu bergantung pada ubat seumur hidup.
Ikuti perkongsiannya.
Hi semua. Saya Plain Didek atau Chin. Asal dari Sarawak, sekarang berkerja di Johor.
Saya bukan pelari yang hebat. Saya cuma mampu berlari, berjalan atau hiking sejauh 8-9km dalam masa 1 jam 30 minit. Atau jika kudrat dan tenaga masih ada, saya akan completekan sehingga 10km.
Dan saya berlari bukan untuk menjadi kurus. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Saya pesakit diabetes yang teruk dulu, 8-9 tahun tak terjaga. Makan minum sesuka hati tak terkawal walaupun hakikatnya saya merupakan pesakit kencing manis.
Sehingga akhirnya pada Februari 2019 saya diduga hebat. Jari kedua kaki retak akibat terlanggar sesuatu, dan ada melecet di bawah tapak kaki. Disebabkan diabetes tak terkawal, akhirnya kaki saya mengalami ray amputation pada jari kedua dan ke tiga. Sedih? Saya menangis dalam hati..
Saya mengubah gaya hidup selepas itu. Mula menjaga makan, Low Carb No Sugar. Dalam dua tahun saya mengalami perubahan berat badan yang ketara dari 124kg dan sekarang fluctuated di antara 68-70kg.
Dan setelah genap dua tahun berjuang, akhirnya ubat diabetes (Metformin) dihentikan oleh doktor. Saya kini hanya menjaga diabetes dengan penjagaan pemakanan yang berkesan dan jua senaman yang konsisten.
Walaupun ubat saya diberhentikan oleh doktor, tetapi saya tetap seorang pesakit diabetes. Makanya, untuk berlari, saya memerlukan tapak kasut atau insole kasut yang sesuai, yang dibuat khas oleh syarikat yang menguruskan kasut khas untuk orang seperti saya dengan pantauan ketat dari Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail.
Kesesuaian tapak kasut ini sangat penting bagi pesakit diabetes seperti saya untuk mengelakkan kaki melecet. Tambahan pula, kaki saya dah tak sempurna macam dulu. Saya tak mampu beli kasut mahal, sebab sepasang insole atau tapak kasut ini sahaja sudah berharga RM650.. Jadinya sekarang saya hanya menggunakan Kasut Kronos dengan insole yang ditempah khas ini.
Saya bukan berlari untuk kurus. Saya bukan berlari untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Senaman dan penjagaan pemakanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes. Dan dalam proses menjaga makan dan juga bersenam, saya kehilangan banyak berat badan.
Saya takda ilmu pasal larian.. Pasal pecut-pecut. Pasal teknik bernafas. Langsung takda. Tapi jika korang nak tanya pasal diabetes, saya sedia membantu. Jangan tanya pasal SUPPLEMENT DIABETES, sebab saya tak percaya akan semua benda² supplement ni.
Terima kasih kerana membaca. Semoga semua kita sihat sentiasa.
Turut berkongsi bagaimana pesakit diabetes sepertinya melakukan aktiviti larian. Baginya tidak mudah kerana perlu ada persiapan seperti ada kaki yang sihat dan kasut bersesuaian.
Menjadi pelari bila disahkan sebagai pesakit diabetes juga tidak mudah. Dalam ni saya sangat mengagumi pelari-pelari yang hebat-hebat belaka, boleh berlari sejauh yang mereka mahu bahkan boleh menggunakan pelbagai jenis kasut atau jika sudah menamatkan larian, boleh meneguk minuman isotonik seperti 100 plus tanpa rasa bimbang bacaan gula akan mencanak naik
Keadaan ini berbeza bagi kami pesakit diabetes, atau ada di antara pelari-pelari di dalam ni yang mengalami diabetes tapi mungkin segan untuk meluahkan mengenai keadaan diri mereka, maka biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana kaki pesakit diabetes ini melakukan persediaan sebelum berlari.
Bila kita sebut pasal larian, perkara pertama yang terbayang ialah kaki yang sihat dan kasut yang sesuai. Keadaan ni sangat penting bagi pesakit diabetes, kami perlu memilih kasut yang sesuai atau insole (tapak) kasut khas bagi mengurangkan lecetan atau blister pada kaki.
Pesakit diabetes ni sinonim dengan potong kaki, maka kami sangat berhati-hati bab kaki. Jika ada luka, ditambah bacaan gula tak cantik, ini sangat merisikokan kami kehilangan kaki.. Apatah lagi saya yang pernah mengalami kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ni, struktur kaki dan berubah bentuk dan sudah pasti insole khas diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kaki..
Saya ingin bagi tips untuk pesakit diabetes dalam group ni (jika ada), agar menggunakan Vaseline untuk melicinkan celah-celah jari kaki atau tapak kaki bagi mengurangkan risiko melecet atau blister. Guna stokin yang sesuai juga. Pesakit diabetes, kebanyakkan saraf kaki dah rosak, jadi kami kehilangan deria rasa pada bahagian kaki.
Oleh atas sebab itu, saya nasihatkan pelari yang ada diabetes ni supaya memeriksa setiap celah jari kaki atau tapak kaki untuk mengesan jika ada terdapat sebarang luka lecetan atau blister. Sentiasa alert dengan keadaan kaki, jika ternampak sebarang luka atau perubahan pada kaki, sila bawa ke klinik dengan segera. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan berdepan risiko kehilangan kaki.
Saya bukan pelari hebat. Bahkan 8km hari ni saya habiskan dalam masa 1jam 38minit. Seperti yang saya katakan, saya bukan berlari untuk menjadi kurus, atau mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing. Saya berlari kerana saya sudah mengisytiharkan perang terhadap diabetes dan larian ini adalah salah satu cara saya menguatkan saf pertahanan saya agar lebih kuat melawan diabetes.
Saya degil, jika ada yang nak tahu..Sekarang saya masih seorang pesakit diabetes. Cuma diabetes sangat terkawal. Saya jaga diabetes dengan pemakanan dan senaman atau larian yang konsisten ja.
Apa yang orang cakap tak boleh, saya akan buat dan buktikan saya boleh. Saya ingin menukar persepsi dan perspektif orang di luar sana yang berpandangan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan kena makan ubat seumur hidup. Silap. Buktinya saya sentiasa cergas, mampu memberhentikan pengambilan ubat dan 100% menjaga diabetes dengan pemakanan dan senaman larian sahaja.
Ayuh kawan-kawan. Kuatkan semangat kita. Saya juga memohon tunjuk ajar dari sifu² otai dalam ni untuk memberikan bimbingan dan semangat agar saya dapat memperbaiki mutu larian saya agar lebih baik dan sentiasa stabil.
Plain Didek @ Chin.
-I Run To Fight My Diabetes-
** Gambar saat terlantar sebaik sahaja selesai ray amputation dua jari kaki. Saya down dua hari ja. Kemudian bangkit menyusun strategi melawan diabetes. Dan hari ni, saya mampu running, hiking dan walking sejauh 10-12 km.
Waahh.. coklat Cadbury Dairy Milk! Inilah coklat kesukaan ramai dari kanak-kanak sampai orang dewasa. Tetapi tak ramai yang berani makan coklat sebab risau badan naik!
Nak-nak wanita yang jaga badan, mesti tak berani nak makan coklat. Tapi betul ke makan coklat, berat badan terus naik?
Hah, sebenarnya makan apa pun jika tidak dikawal dan mengambil secara berlebihan akan memudaratkan! Waima makanan tu berkhasiat sekalipun, jangan ambil secara berlebihan. Nak diet dengan coklat pun boleh sebenarnya, ada ilmu semua jadi.
Menurut satu kajian, setiap pengambilan coklat dalam jumlah tertentu boleh membantu menurunkan tekanan darah. Sebab tu, ada yang ambil coklat kalau tengah stress.
Coklat Cadbury adalah satu jenama yang tidak asing, baik yang kanak-kanak atau dewasa, mesti pernah rasa. Menjelang bulan Ramadan, coklat Cadbury bukan hanya dipilih untuk diselitkan dalam hamper raya, malah ramai yang tidak ketinggalan memenuhkan balang kuih raya dengan resepi biskut Tart Cadbury.
Haa… kalau ada yang rasa nak buat sendiri biskut tahun ini, mungkin anda boleh cuba buat biskut Tart Cadbury ini. Tengok rupa pun ‘seksi’ sungguh!
Bahan bahan:
Pure butter 125g
Gula castor 30g
Tepung biskut 250g
Hiasan:
Coklat Cadbury
Dark Chocolate
Cara Penyediaan:
1. Satukan butter dengan gula castor dan sebatikan.
2. Masukkan tepung biskut dan sebatikan sampai menjadi doh.
3. Canaikan doh guna penerap dan tekap guna acuan petak.
4. Susun cadbury atas doh.
5. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit.
6. Drizzle guna dark chocolate yang dimasak secara double boiler apabila tart sedikit sejuk.
7. Tart cadbury sedia dimakan.
Resepi biskut ‘seksi’ ini dikongsikan oleh Puan Cik Dayang Zuhaila menerusi laman media sosial, jadi tidak lah direka asal boleh. Untuk jimat poket, anda boleh cuba buat sendiri biskut kesukaan anak-anak ini. Memang laku keras kalau letak atas meja sebab nampak coklat tu nanti.
Berbalik kepada cerita coklat tadi, Cadbury Dairy Milk menyatukan keluarga di Malaysia menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati. Melalui inisiatif ini, rakyat Malaysia dapat melakukan kebaikan dengan membuat kuih Tart Cadbury yang akan disumbangkan kepada rumah kebajikan.
Lebih menarik lagi, acara membuat Tart Cadbury ini turut melakar sejarah apabila menerima gelaran “Kuih Tart Cadbury Terbanyak Yang Dihasilkan Dalam Sebuah Acara” daripada The Malaysia Book of Records. Dengan kerjasama MYDIN dalam kempen ini, dapatlah sama-sama berkongsi kebaikan dalam memberikan secebis memori indah warga kebajikan ketika menyambut Hari Raya.
Apa yang menarik, sesi membuat tart turut menampilkan chef celebriti seperti Dato Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq Zulkarnain. Eh, mestilah seronok! Masak-masak bersama orang glamour.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!