Orang dulu-dulu pakai bedak sejuk sahaja pun dah cukup untuk cantikkan wajah. Best tau, rasa sejuk dan hasilnya kulit makin cerah.
Jangan pandang rendah pada bedak sejuk sebab kalau kulit muka anda breakout, bedak sejuk merupakan alternatif terbaik untuk dipilih sekiranya segala produk yang dicuba tidak menjadi. Wajah rasa sejuk dan paling best jerawat pun kecut!
Pakai Bedak Sejuk Kecutkan Jerawat, Tak Sangka Berkesan!
Sebenarnya, salah satu tip untuk mengecutkan jerawat yang sedang kemerahan adalah dengan meletakkan sesuatu yang sejuk di wajah anda.
Ads
Oleh kerana fungsi bedak sejuk adalah untuk menyejukkan muka, ia mampu menyembuhkan jerawat dengan baik.
Adunkan Dengan Serbuk Teh Jadikan Masker
Namun ada orang, akan cuba campurkan bedak sejuk dengan bahan lain jadikan masker. Ini salah satunya, nampak hasilnya elok!
Menyerap minyak berlebihan di muka
Mencerahkan dan membaiki tona kulit muka jika digunakan secara konsisten
Tiada bahan kimia
Mengurangkan jerawat
Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Menanggalkan sel-sel kulit mati
Menyerikan kulit muka
Jadi, kalau anda rasa nak jimat dan kurang yakin dengan produk di luar yang dijual di kedai-kedai mungkin boleh cuba pakai bedak sejuk macam mak-mak kita zaman dulu. Selamat dan kulit cantik gebu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut saja nama Datin Maria Arshad, pasti akan mengingatkan kita kepada penampilannya yang masih cantik serta awet muda biar pun sudah berusia dan berstatus nenek.
Kalau tengok sahaja tubuh badannya yang langsing, kalah anak dara!
Menjengah ke akaun Instagram peribadi menantu kesayangan Datin Maria Arshad iaitu pelakon serta penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah atau Shiera, tergambar hubungan yang cukup baik antara mentua dan menantu ini umpama isi dengan kuku.
Beruntungnya Shiera kerana disayangi dan sangat serasi dengan mertuanya itu yang dipanggil Mama.
Rahsia Awet Muda Datin Maria Arshad
Shiera mendedahkan rahsia sebenar awet muda ibu mentuanya itu: –
“Kalau orang tanya apa rahsia…
“Dia rajin puasa dari muda sampai sekarang. Puasa Isnin khamis.. puasa hitam putih memacam puasa semua dia memang rajin puasa.
Cerita Shiera berkenaan mentuanya, rawatan-rawatan moden macam suntik sana sini memang mak mentuanya tak pernah buat dan tak berminat pun. Baginya biar cantik semula jadi, jangan halang proses penuaan yang sememangnya pasti terjadi. Yang penting kena pandai jaga untuk maintain.
Shiera bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik sampai sekarang walaupun usianya dah mencecah 60-an.
Ini antara yang dia amalkan:
1. Lepas makan setengah jam jangan duduk.
2. Party dengan kawan perempuan…holiday…positive live.
Tak ketinggalan, Shiera turut memuji ibu mentuanya yang rajin memasak.
“Dan rajin masak untuk menantu dan kengkawan menantu.”
Shiera merupakan ibu kepada lima anak. Isteri kepada pelakon, Ijoy Azhari ini bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik.
Untuk info, Datin Maria Arshad dilihat mengusahakan bisnes keknya secara kecil-kecilan di bawah jenama By CitarasaMariaArshad.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya kalau cuci muka guna air mineral, kulit muka akan lebih sihat dan bebas daripada masalah jerawat. Haaa… inilah tip Dr Malar jaga kulit wajahnya waktu dia pergi bercuti.
Nak tahu kenapa? Jemput baca perkongsian Dr Malar ini.
“Saya bagi satu rahsia, kalau travel saya cuci muka dengan air mineral saja. Saya tak guna air di hotel sebab takut ada outbreak, tumbuh jerawat. You all tak nak ikut tak mengapa tapi pastikan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup.”
Awas, jangan terpedaya dengan produk pil yang putihkan wajah ya!
Nak kekal cantik secara semula jadi luar dan dalam sebenarnya tak susah pun. Konsisten saja dengan rutin asas. Lebih mudah, jimat kos!
Usah mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk pemutihan kulit lebih-lebih lagi yang menjanjikan kesan yang cepat contohnya pil, jus, suntikan, krim dan seumpamanya.
Menurut Dr Malar,
“Kulit yang glowing bukannya kulit yang putih.
“Kalau kulit you all macam saya tapi ambil pil putih untuk putih melepak, esok lusa malaikat pun tak kenal you all.
“Kulit yang glowing adalah kulit yang bersih dan sihat.
“Untuk dapatkan kulit yang bersih dan sihat you all tak payah pun pergi cari pil putih lahjus nak jadi putih lah sampai buah pinggang rosak. Tak payah.
“Ada tiga sahaja tip dengan tiga langkah untuk dapatkan kulit glowing yang boleh beri keyakinan diri yang tinggi.”
Langkah Satu
1. Cuci muka paling kurang dua kali sehari. Cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit.
2. Guna skrub muka paling kurang dua atau tiga kali seminggu.
3. Lepas skrub muka, guna pula facial mask. Lepak, rehat bagi kulit bernafas.
Langkah Dua
1. Minum air putih yang cukup. Ini paling penting, bukannya minum jus-jus yang mengarut. Bila minum air putih, pastikan you all pilih yang ada mineral untuk kecantikan kulit.
2. Cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika kerana ia penting untuk tubuh kita serap kolagen dalam proses pembinaan kolagen. Maksudnya kalau tubuh kita sedang membina kolagen, silika memperkuatkan ikatan tersebut seterusnya memastikan kolagen itu berada di tempat yang sesuai.
Silika juga penting untuk pastikan kulit kita tegang dan kurangkan kendur atau kedutan. Senang kata silika ini penting. Sebab itu sangat penting you all minum air putih yang cukup. Pastikan ia mengandungi mineral-mineral yang penting untuk kecantikan dalaman.
Saya sendiri suka cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika. Saya tak percaya, makan suplemen kolagen boleh tinggikan kolagen dalam tubuh, pelik bunyinya.
Bagi yang usia mencecah 30-40 tahun, kolagen makin berkurang dalam tubuh. Malah, wanita daripada usia 20an sebenarnya pembinaan kolagen dalam tubuh agak berkurang.
Langkah Tiga
1.Buat facial. Tapi kalau tak sempat, nak buat di rumah pun boleh. Sekarang ini banyak yang diy. Yang penting cuci muka dan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup untuk kecantikan kulit.
Haa.. jadi kepada anda yang sedang gigih berusaha nak cantikkan kulit, boleh lah amalkan air putih dan jangan lupa cuci muka dengan air mineral. Siapa tahu, kulit anda akan lebih sihat dan bersih.
Siapa yang tidak mengenali figura bernama Rozita Che Wan. Melihat penampilan yang kekal cantik dan langsing tidak menyangka sudah mempunyai tiga orang anak.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pelakon Kiah Pekasam ini kekal kurus dengan berat badan ideal walaupun usia melewati 40-an.
Pernah muat naik perkongsian di laman Instagramnya rahsia dia menjaga badannya dengan berat ideal.
Dia yang dikenali dengan sebagai Che Ta rupanya rajin mengamalkan minum jus buahan yang dibuat sendiri. Jus ini menggunakan bahan semula jadi yang terdiri daripada buah-buahan.
Ini Antara bahan yang digunakan oleh Che dalam penyediakan jus berkenaan.
– Epal hijau
– Beri hitam
– Kurma
– Delima
– Asam keping
– Sedikit air
Cara membuat:
1. Asam keping direbus bersama sedikit air
2. Semua buah-buahan dimasukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan air.
3. Masukkan air rebus asam keping
4. Sambung kisar sebuah bahan hingga halus dan sedia untuk diminum.
Menurut Che Ta dalam video berkenaan, khasiat kurma memberikan tenaga manakala asam keping pula untuk membuang lemak.
Manakala buah-buahan lain berfungsi menyah toksin. Toksin menjadikan perut buncit sukar untuk dikempiskan. Tambahnya lagi jus tersebut mempunyai rasa seperti yogurt.
Dalam perkembangan terbaru baru baru ini,Che Ta mengakui sudah muncul dengan sebuah lagu‘jingle’ untuk sebuah produk kecantikan diwakilinya iaitu Mylea.
“Tapi janganlah salah sangka. Bukan maksud saya nak bersaing dengan penyanyi sedia ada. Ia bukan pun lagu komersial.
“Lagu ciptaan DJ Fuzz itu hanya untuk promosi produk berkenaan dan berdurasi 30 saat. Ia berentak santai dan kedengaran seperti dangdut. Malah sudah dimainkan di corong radio,” katanya yang merakamkan lagu itu sekitar sejam lebih pada 14 April lalu.
Tegas isteri kepada Zain Saidin itu lagi, dia tidak yakin dan tidak sanggup menyanyi pada mulanya.
“Saya pun tak rasa ada vokal yang meletop macam penyanyi lain. Tapi disebabkan pengasas produk itu mahu saya menyanyi. Saya cabar diri.
“Saya tak anggap ia satu projek serius. Jauh sekali nak berentap di Anugerah Juara Lagu. Walau ada yang memuji kata saya bukan tak boleh menyanyi, saya tak rasa boleh serius menyanyi pun.
“Bahkan saya cakap mesti yang puji saya boleh menyanyi itu sekadar nak ambil hati. Dalam erti kata lain, bohong ‘sunat’,” selorohnya.
Sudah terbiasa dengan kecaman selama ini, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu tak mahu memikirkan apa kata orang apabila menjayakan projek nyanyian itu.
“Saya sudah biasa dengan segala yang negatif. Tapi itu tak pernah jadi kudis,” katanya yang baru baru ini dilantik sebagai duta platform E-Dagang, Warongku di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.
Dalam perkembangan lain, Che Ta juga teruja untuk membintangi Kiah Pekasam versi filem terbitan Zeel Production.
“Sudah 11 tahun usia naskhah Kiah Pekasam yang melonjakkan nama saya. Daripada tiga musim drama ke beberapa siri telefilem, ia akhirnya direalisasikan ke bentuk filem pula.
“Insya-Allah 8 Mei ini saya akan ke Perlis untuk memulakan penggambaran. Memang produksi nak kejar momen musim mangga harum manis di sana.
“Penggambaran filem itu akan berehat seketika memberi laluan kepada sambutan lebaran dijangka 13 Mei nanti. Pelakon asal juga akan berlakon termasuk suami saya,” katanya lagi.
Ditanya mengenai sambutan Ramadan, Che Ta seronok mengunjungi bazar untuk membeli juadah berbuka puasa
“Macam saat melunaskan penggambaran drama Assalamualaikum Mustafa di Kuang, Selangor, saya bersama Feroz Loy (pengarah) dan kru sempat singgah ke bazar.
“Malah saya beruntung, ada peniaga di bazar memberikan juadah mereka secara percuma. Roti John, murtabak dan kuih muih antara kesukaan saya.
“Tapi kalau buka puasa, wajib makan nasi. Tekak memang nak makan nasi,” katanya lagi.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.