Nourul Depp, 45, yang aktif sebagai jurulatih dan penasihat rangkaian kesihatan Herbalife, memaklumkan dia tidak mahu membuat sebarang reviu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihataan pengguna.
Tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram, dia juga tidak memandang kepada jumlah wang yang ditawarkan.
“Maaf ya, saya pilih produk terbaik saja, yang dijamin tidak meninggalkan kesan sampingan.
“Sebelum ini saya pengguna steroid dan juga klien kepada beberapa klinik untuk buat khidmat reviu dan akibatnya saya terkena kesan buruk.
“Saya tak nak buat lagi terutamanya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengikut, peminat termasuk keluarga saya,” katanya.
Bagi pendapat pelantun lagu Kerana Terluka itu, segelintir orang mempromosikan produk demi kepentingan diri tanpa menghiraukan kesan buruk produk tersebut.
Ads
“Pilih untuk jadi pengguna yang bijak, buat kajian siapa pengusaha produk dan bahan-bahannya itu. Siapa pengedar dan syarikat dah wujud sejak berapa lama termasuklah asal dari mana?
“Pastikan juga ada kenyataan produk, ada dalam perundangan Megadose. Hati-hati dan jadilah pengguna yang bijak.
Ads
“Jangan fikir nak cepat dapat hasil tetapi kesihatan dan nyawa tergadai. Ini hanyalah peringatan bersama daripada saya untuk semua,” jelasnya.
Tips Makan Sihat
Memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat, Nourul juga tidak lokek berkongsi tip makanan sihat buat pengikutnya.
Makan kena jaga. Elakkan gorengan dan lebihkan sayuran!
Penting juga minum air kosong banyak setiap hari, elakkan air manis.Kedua, pastikan makan protein yang secukupnya. Pilih lemak bagus untuk kita, elakkan guna mentega atau marjerin terlalu banyak. Pilih cara masak yang sihat untuk kita.
Kita ni mak-mak problem perut. Dua perkara jika nak perut cantik:
1. Makanan harus makanan yang betul
Ads
2. Kena aktif dan buat senaman perut
Macam mana dan apa sekali pun alasan, dua ni kena buat.
“Nak kecilkan perut kena buat consistently. Setiap hari. Boleh aih. Kami anak 4 kami boleh dapat. InsyaAllah hangpa pun.” Kongsinya lagi.
Jadi bagaimana pula dengan kita, masih belasah produk dan makanan yang nampak best atau nak ikut cara Nourul ini?
Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rajin Workout Lepas Bersalin. Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova Cepat Langsing Lepas Lahirkan Anak! Ketika berada di zaman kegemilangannya, bintang tenis dunia ini sangat dikenali dan popular seantero dunia.
Kelincahannya menghayun raket menentang lawannya begitu digeruni. Kejayaan demi kejayaan diperoleh sepanjang karier bergelar bintang tenis handalan dunia sebelum mengumumkan persaraan sekitar Februari tahun 2020.
Siapa tidak mengenali Maria Sharapova, nama yang sentiasa meniti dibibir peminat sukan nombor satu ini. Bukan saja lincah di padang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.
Justeru tidak hairanlah, ramai peminatnya teruja apabila Maria baru-baru ini mengumumkan bergelar ibu setelah melahirkan anak pertamanya, Theodore Julai lalu.
Pun begitu gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure.
Setelah empat bulan melahirkan, penampilan wanita ini tetap berada dalam kelas tersendiri dan tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan.
Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.
Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova
Dalam perkongsian di laman Instagram berjumlah 4.4 juta follower ini, Maria dilihat sedang melakukan workout selepas empat minggu melahirkan.
Terdahulu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020 dan ketika itu dia sempat mengajukan persoalan mengenai apa yang akan dilalui setelah meninggalkan satu-satunya kehidupan yang dijalani selama ini iaitu bermain tenis.
“Bagaimana rasanya meninggalkan gelanggang yang menjadi tempat latihan anda sejak kecil.
“Ia permainan yang anda gemari, sukan yang membuatkan air mata anda mengalir, sama ada kerana suka atau duka,” katanya dalam satu temubual.
Seperti yang kita tahu, kegunaan jeli petroleum atau yang paling popular jenama Vaseline untuk menjaga bibir agar sentiasa lembap.
Vaseline adalah satu jenama produk berasaskan jeli petroleum yang sering dibeli pelanggan di drugstore berhampiran.
Ia adalah jenama jeli petroleum yang popular yang dihasilkan daripada campuran mineral dan lilin lebah.
Vaseline telah digunakan selama lebih dari 140 tahun sebagai sapuan serbaguna untuk meredakan luka, luka bakar dan kulit merekah.
Tetapi sebenarnya bukan itu saja kegunaan Vaselin tetapi banyak lagi manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan.
Berikut adalah lagi 10 kegunaan Vaseline yang ramai tak tahu:
1. Melicinkan Tumit Kering
Pemakaian selipar di bawah matahari dan pasir dapat menjadikan kulit di kaki anda menjadi kering dan mengelupas.
Sapukan Vaseline pada kaki sebelum tidur dan pakai stokin. Keesokannya korang akan mendapati kulit tumit semakin lembut.
2. Mencabut Bulu Mata Palsu
Agak mustahil jika mencabut bulu mata palsu tanpa keuguran bulu mata asli. Korang boleh cuba dengan gosokkan sedikit Vaseline pada garis bulu mata palsu agar lebih mudah ditanggalkan tanpa merosakkan yang asli.
3. Sempurnakan Rias Kuku
Oleskan kuku dengan Vaseline sebelum menyapu cat kuku untuk mengelakkan sapuan merebak di luar kuku.
4. Bulu Mata Lebih Tebal
Jika rajin sapukan Vaseline pada bulu mata, korang boleh mendapatkan bulu mata yang lebat.
5. Licinkan Lubang Anting-Anting
Mesti korang pernah alami lubang tindik telinga tertutup atau sukar memakai anting-anting. Jangan risau!
Gosokkan Vaseline pada lubang tindik supaya proses memakai anting-anting tidak menyakitkan. Malah masa berdandan juga lebih pantas.
6. Sembunyikan Rambut Bercabang
Sekiranya rambut korang kering, gosokkan sedikit Vaseline pada hujung rambut. Ini boleh mengelakkan rambut bercabang menjadi lebih teruk dan rosak.
7. Lindungi Kulit Dari Pewarna Rambut
Sekiranya korang mewarnakan rambut, ia akan terkena pada dahi dan telinga. Untuk mengelakkan pewarna meresap pada kulit, sapukan Vaseline pada anak rambut terlebih dahulu sebelum proses mewarnakan rambut dilakukan.
8. Mencantikkan Kening
Kening yang tidak tumbuh teratur atau terlalu lebat sukar dikemaskan. Korang boleh sapukan Vaseline pada kening korang sebelum memberusnya. Ia akan kelihatan lebih teratur dan kemas sepanjang hari.
9. Kekalkan Haruman Minyak Wangi
Sapukan Vaseline pada pergelangan tangan dan belakang telinga sebelum menyembur minyak wangi. Langkah ini akan membuatkan minyak wangi korang tahan lebih lama.
10. Menghilangkan Kotoran
Kesan kotoran solekan pada fabrik adakalanya sukar untuk ditanggalkan. Apa kata gunakan Vaseline dengan menyapunya pada kesan kotoran tersebut. Kemudian lap ia dengan kain lembap dan cucilah seperti biasa.