Masker tepung beras ini khas untuk anda yang suka hasil natural beauty, yang kurang gemar mekap boleh cuba.
Perkongsian tip cantik daripada Puan Nurasykin Ali ini dikatakan membantu anda yang mahu kulit halus cantik dan kecilkan pori.
Masker Tepung Beras
Memang super jimat lah pakai produk makanan untuk kulit. Kak ekin terasa rajin pulak nak buat Masker TEPUNG BERAS + KUNYIT + MADU.
Selongkar je barang kat dapur, tak ada istilah ‘Beauty Is Pain’. Kalau korang nak lebih rajin binti lebih jimat cer try pinjam barang dapur kakak ipaq tuu.. confirm no pain!
Bahan-bahan:
1) 2 sudu besar Tepung Beras
2) 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3) 2 sudu besar madu lebah
4) Sedikit air (bancuhan jangan terlalu cair)
Ads
Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk. Lepas tu gaul rata.
3 kombinasi hebat (Tepung beras+kunyit+madu) sangat efektif untuk kecutkan jerawat, kecilkan pori-pori, menghalus, melicin & glowingkan kulit wajah korang! Best sangat!
Ads
Tepung beras dan kunyit tu bedal la brand apa asal boleh. Madu tak kisah. Haip! Madu lebah okeh! Jangan silap pilih madu sudah haa..
Nak keluar dah tak payah pakai makeup tebal-tebal. Tanpa mekap pun still nampak fresh je muka tu. Natural giteww…. ni antara cara yang kak ekin amalkan.
Ads
Gaul sebati semua bahan. Agak-agak cukup nak tepek kat muka korang. Campurkan sedikit air. Bancuhan jangan terlalu cair. Sapu ke seluruh wajah. Biar selama 20-30 minit.
Waktu nak bilas tu gosok lembut muka korang secara memutar. Dan bilas bersih dengan air sejuk seperti biasa.
Masker ni sesuai untuk menghalus dan mencerahkan kulit, kecilkan pori, kecutkan jerawat dan glowingkan kulit. Cukup dengan 3 kombinasi hebat ni! Even korang jauh 1 km pun dah nampak bercahaya.
Kak ekin buat sebelum nak tidur malam. Tapi jangan pula lupa cuci sebelum lena ya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Manis dan mirip kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Fida Ibrahim mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui seseorang untuk kekal istiqamah dalam berhijrah.
Malah, bekas juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 ini tidak pernah sekali pun menyesal dengan penghijrahannya.
Kongsi Fida atau nama lengkapnya, Rafidah Ibrahim, golongan artis atau orang biasa juga tidak lari dari membuat kesilapan namun tetaplah saling menasihati.
“Apabila sesuatu keadaan itu boleh menggugat Iman atau penghijrahan kita, saya fikir paling penting ialah memilih ‘circle’ atau kawan-kawan yang boleh membantu pada niat asal kita.
“Saya percaya bahawa iman tak boleh diwarisi mahupun ‘copy and paste’. Setiap anak Adam itu pasti tidak lari dari melakukan kesilapan.
“Sama ada kalangan artis atau tidak, jika ada kalangan kawan-kawan kita yang sedang diuji, nasihat dan berikan galakkan padanya.
“Tapi kalau tak mampu, kita juga boleh mendoakan dia dari jauh. Tugas dakwah bukan hanya terletak pada ustaz atau ulama. Tetapi itu adalah tanggungjawab setiap Muslim.
“Dalam berdakwah perumpamaannya macam ini, ‘kita bukannya nak hapuskan pesakit, tetapi kita nak merawat penyakit,” katanya.
Sepupu kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini juga berpendapat, perlunya bersangka baik dengan Allah sekiranya seseorang selebriti itu hilang tawaran dek kerana penghijrahan yang dibuat.
“Bila berkaitan sesuatu perkara yang diwajibkan dalam Islam ini, pada peringkat permulaan memang saya faham, kita seolah-olah perlu memaksa diri sehinggalah datangnya keikhlasan itu. Artis lebih dilihat orang sebab mereka selalu di depan kamera.
“Bagi saya, semua orang dalam industri memainkan peranan masing-masing kerana setiap daripada kita faham agama dan syariat termasuklah penerbit, pengarah, stesen tv, radio, media dan lain-lain. Paling penting kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah.
“Kalau kita rasa dengan hijrah kita kehilangan atau kurang tawaran, sentiasa bersangka baik pada ketentuan yang Allah tetapkan. Yakinlah pasti ada lebih baik dari itu sebab dalam hidup ini tak semestinya yang kita rasa tak baik tu, tak baik untuk kita mahu pun sebaliknya,” katanya.
Begitulah ujian buat sesiapa sahaja yang baru behijrah, kadang hati berbolak-balik dek kerana pandangan selalu melihat orang sekeliling. Namun jika kuat iman dan mampu tepis godaan, insha Allah, semua orang akan tetapkan hati untuk istiqamah.
Setiap rumah pastinya mempunyai kotak penyimpanan ubåt sebagai persediaan bila ada salah seorang anggota keluarga ditimpa sakit.
Kebiasaannya ubat berbentuk tablet akan disimpan dalam kotak dan ditempatkan pada ruang lebih selamat.
Manakala ubat berbentuk cecair pula disimpan dalam peti sejuk. Adakah cara menyimpan ubat ini betul mengikut kaedah perubatan.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu tip menyimpan ubat yang betul di rumah. Menurutnya penyimpanan ubat yang betul dan selamat penting bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.
Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Berikut adalah tips cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.
3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
•Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
•Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
•Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu.
Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian.
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.
Ada ramai yang minat pakai petua orang lama untuk pudarkan jeragat di wajah, memang kesannya lambat tetapi lebih selamat dan berkesan.
Apa yang penting anda kena konsisten sapu di wajah dengan amalkan cara pakai 2-3 kali seminggu.
Nah, cuba amalkan tip yang dikongsi oleh saudara Mustaman Bin Mustafa ini pula sebagai salah satu usaha untuk cantikkan kulit.
Cara-cara buat masker hilangkan bintik hitam atau jeragat secara tradisional dengan bahan-bahan semula jadi dan sedia ada di rumah.
kunyit hidup
beras yang direndam air
limau nipis
putih telur
Beras dan kunyit perlu ditumbuk sehingga lumat.
Kemudian perah limau nipis dan masukkan putih telur.
Adunan yang telah siap! ready untuk disapu di muka dan tunggu sehingga kering. Bila dah kering, bilas dgn air suam..ingat air suam tau untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Siap, mudah dan ringkas.
Setiap individu punya kulit yang berbeza-beza. Tidak semestinya si kawan sesuai pakai itu kita pun sesuai, dan tidak semestinya set penjagaan yang mahal itu sesuai dan baik untuk kita.
Ini cuma salah satu cara untuk elakkan petua makin meriah, tetapi kalau anda lebih suka guna yang sudah siap seperti set penjagaan wajah di kedai-kedai terpilih, pun boleh. Asalkan rajin ikut rutinnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!