Nak Guna Kulit Pisang Atau Tomato, Anda Pilih! Keduanya Bagus Untuk Cantikkan Kulit

Share

Khas buat anda yang suka menjaga kulit wajah menggunakan bahan alami, kali ini ada dua tip cantik untuk anda sama ada nak guna kulit pisang atau tomato, anda sendiri boleh pilih ikut masalah muka.

Guna Kulit Pisang Atau Tomato

Jangan dibuang kulit pisang tu. Banyak sangat manfaat untuk jerawat dan kecantikan kulit.

  1. Ambil kulit pisang yang berwarna kuning atau kehitaman sbb lebih berkesan untuk atasi jerawat.
  2. Gosokkan bahagian dalam kulit pisang ke wajah yang berjerawat/seluruh muka sampai bahagian dalam kulit pisang yg berwarna hitam
  3. Gosokkan kulit pisang ke wajah lebih kurang 10minit.
  4. Biarkan untuk 30-60 minit sebelum bersihkan dengan air.

Boleh juga guna kulit pisang untuk disapu sekitar bawah mata untuk hilangan lingkaran gelap bawah mata anda tau. Rugi kalau tak cuba!

Apa manfaatnya?

Sebenarnya kandungan antioksidan kulit pisang boleh mengurangkan masalah jerawat dan minyak berlebihan.

Malahan sangat membantu mengatasi rasa gatal dan iritasi pada kulit yang dapat mempercepat proses penyembuhan.

Membantu mengangkat sel kulit mati, sehingga mencegah risiko datangnya jerawat yang baru akibat penyumbatan minyak disebabkan kumpulan sel kulit mati dimuka.

Mampu mencerahkan kulit wajah dan memudarkan merah bekas jerawat.

Kalau Nak Guna Tomato Rawat Kulit

Ini pula bahan-bahan yang anda perlu cari kalau nak cantikkan kulit guna buah tomato.

Cuma perlukan tomato dan susu segar (kalau tak ada  susu segar, boleh ganti dengan yogurt)

  1. Lenyekkan tomato hingga hancur
  2. Campurkan sedikit susu segar hingga jadi pes (jangan cair sangat, cukup cukup untuk sapu dan melekat di muka)
  3. Tunggu 30-40 minit.
  4. Bilas dengan air bersih.

Senang, bukan? Apa manfaatnya? Okay baca bawah ni. Confirm sambil baca tak sabar nak buat.

Bonus untuk anda yang rajin, masker tomato ini mampu kecutkan jerawat, mencerahkan kulit muka, pudarkan parut perlahan-lahan dan jadikan kulit lebih lembut, licin dan glowing.

Jadi, mana satu pilihan anda kali ini? Rujuk masalah kulit yang anda alami dan terus amalkan ya. Selamat  bercantik-cantik!

 

IKLAN