Rupanya ini rutin Mimi Lana berkulit cantik tanpa cela, patutlah jelita! Kalau ikutkan kecantikan asli yang dimiliki oleh pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, Mimi Lana tidak dapat disangkalkan lagi.
Walau tanpa secalit solekan pun, selebriti ini tetap kelihatan manis dan berseri-seri.
Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi tip jaga kecantikannya menerusi portal Eh!, bila dengar perkongsiannya, rasa memang patut lah wanita ini berkulit cantik tanpa cela.
Ads
Rutin Mimi Lana Kulit Cantik
“Bila anda yakin dengan diri sendiri, auto anda akan nampak cantik. Rutin palimg penting sekali adalah pakai mask. Sebelum tidur Mimi akan pastikan pakai mask setiap malam.
Sebab kulit Mimi jenis kombinasi, jadi tengok pada keadaan kulit. Ada hari kalau kulit terlalu bermimnyak, Mimi akan pakai skincare untuk kontrol minyak. Dan ada hari kulit kering, Mimi akan pakai skincare untuk hydration.
Ads
Sebelum keluar, banun pagi Mimi akan minum air, cuci muka, pakai skincare dan paling penting sapu sunscreen. Ini sangat penting.
Owh ya, untuk rambut pula Mimi akan syampu, perapi dua hari sekali dan sapu mask 2 minggu sekali.
Jadi kalau anda orang yang suka tengok penampilan wanita cantik macam Mimi Lana, kuncinya kena rajin jaga dan belai fizikal. Setakat suka tapi malas nak jaga, memang sampai bila-bila kulit biasa-biasa sahaja lah, ya.
Okay, jom berubah jadi cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya akan mengalami pengalaman berdepan masalah senggugut atau sakit ketika datang haid.
Masalah ini dianggap bukan sesuatu yang luar biasa bagi kebanyakan wanita tanpa mengira usia selagi sistem reproduktifnya masih aktif.
Kejang perut, kembung, sakit pinggang serta pelbagai lagi adalah antara gejala yang dialami, dan tahap kesakitannya juga berbeza.
Namun senggugut yang teruk boleh mengganggu kualiti kehidupan seseorang wanita. Malah menurut pakar obstetrik dan ginekologi, ada yang perlu mengambil ubat tahan sakit setiap kali haid.
Menurut mereka, umumnya kesakitan haid ini disebabkan masalah pada sistem peranakan, dan paling biasa ialah fibroid pada uterus dan adenomiosis, dua ketumbuhan benigna yang ditemukan pada rahim atau uterus.
Selain pengambilan ubat tahan sakit yang hanya memberi kelegaan sementara, ada kaedah rawatan lain yang boleh “membebaskan” wanita daripada senggugut seperti miomektomi dan adenomiomektomi, dua prosedur melibatkan pembedahan namun berisiko menyebabkan komplikasi semasa hamil, selain alternatif yang lebih drastik iaitu histerektomi – prosedur membuang uterus.
Namun tidak ramai wanita yang sanggup menjalani prosedur terbabit. Justeru, apa lagi pilihan yang ada?
Baru-baru ini, Mahkota Medical Centre (MMC) melancarkan kaedah rawatan berasaskan ultrabunyi yang pertama di negara ini – High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) – khusus untuk menangani masalah ginekologi terutamanya adenomiosis dan fibroid.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi MMC Dr S. Selva ketika dihubungi Bernama, berkata HIFU merupakan kaedah rawatan tidak invasif yang menawarkan tempoh pulih lebih singkat selain tidak menjejaskan kesuburan wanita.
Tidak seperti prosedur lain, pesakit tidak perlu menunggu uterus mereka pulih sepenuhnya sebelum mencuba untuk hamil, jelas beliau, dan menambah HIFU merupakan penyelesaian terbaik yang dapat mengurangkan impak terhadap kesuburan serta risiko komplikasi yang dihadapi oleh wanita yang menjalani rawatan tipikal bagi fibroid dan adenomiosis.
“Menerusi teknologi HIFU ini, MMC mengubah landskap rawatan bagi wanita dengan opsyen rawatan tidak invasif dan canggih namun terbukti memberikan hasil positif secara klinikal selain mengekalkan tahap kesuburan mereka.
“Teknologi HIFU menggunakan tenaga bunyi tertumpu untuk memanaskan dan memusnahkan tisu sasaran. Teknologi ini digunakan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan seperti batu karang, katarak, gangguan neurologi, nodul tiroid benigna, penyakit prostat dan tumor pepejal, selain digunakan dalam terapi paliatif. Dalam bidang ginekologi, teknologi HIFU boleh digunakan untuk merawat fibroid uterus dan adenomiosis,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Selva berkata HIFU merupakan rawatan khas menggunakan transduser ultrabunyi berintensiti tinggi yang menumpukan gelombang bunyi di lokasi khusus, meningkatkan suhu setempat tisu daripada 60 darjah Celsius kepada 80 darjah Celsius dan menghasilkan nekrosis koagulatif tisu.
“HIFU dijalankan dengan berpandu sama ada pada Pengimejan Resonans Magnetik (MRgFUS) atau Ultrabunyi (USgHIFU) sebagai modaliti pengimejan bagi menyasarkan rawatan di kawasan fokus pada tisu dan pada masa sama mengelakkan kerosakan tisu-tisu lain.
“Kelebihan utama USgHIFU berbanding MRgFUS ialah kaedah tersebut menawarkan pengimejan pada masa sebenar, sekali gus membolehkan doktor melihat tisu yang berkenaan semasa prosedur dijalankan. Kaedah itu juga menggunakan transduser yang lebih besar dan lebih berkuasa, sekali gus memendekkan tempoh dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
“USgHIFU turut memberikan akses lebih baik kepada pesakit selain fleksibiliti dalam posisi pesakit, justeru pesakit berasa lebih selesa, Selain itu, kaedah berkenaan juga lebih murah,” jelas beliau.
Memandangkan HIFU membabitkan prosedur tidak invasif, pesakit tidak memerlukan anestesia am semasa menjalani prosedur selain rawatan juga tidak meninggalkan kesan parut pada pesakit.
Prosedur tersebut mempunyai tempoh pulih yang lebih singkat berbanding miomektomi dan histerektomi. Rawatan HIFU juga lebih sesuai bagi wanita yang berhasrat untuk hamil kerana prosedur berkenaan tidak menjejaskan otot dan tisu lain pada uterus.
Menurut Dr Selva, disebabkan teknologi HIFU tidak meninggalkan kesan parut yang banyak pada dinding uterus, pengembangan rahim semasa kehamilan dan kontraktiliti ketika proses melahirkan dapat dikekalkan.
“Sesi rawatan HIFU berdasarkan ultrabunyi berlangsung selama satu hingga empat jam, dan dalam kebanyakan kes, rawatan boleh dilakukan dalam satu sesi sahaja. Pesakit dengan jumlah fibroid yang banyak atau bersaiz besar mungkin memerlukan beberapa sesi. Prosedur ini juga tidak menyebabkan pesakit kehilangan darah, bermakna pemindahan darah tidak perlu.
“HIFU juga boleh mengurangkan risiko komplikasi berpotensi yang mungkin berlaku semasa pembedahan membuang adenomioma atau fibroid. Paling penting, pesakit yang berhasrat untuk hamil tidak perlu menunggu sehingga rahim mereka pulih sepenuhnya sebelum cuba mengandung,” katanya.
Selain itu, pesakit juga boleh mengadakan hubungan seks selepas kitaran haid yang seterusnya berakhir memandangkan beberapa kajian terkini menunjukkan pesakit berjaya hamil dalam tempoh beberapa bulan sahaja selepas menjalani rawatan HIFU, sama ada mengandung secara semula jadi atau dibantu melalui rawatan reproduktif.
Setiap wanita yang melahirkan anak pasti akan menjalani sesi berpantang selama dalam tempoh tertentu.
Ini adalah bagi proses penyembuhan dan menguatkan tenaga setelah melalui proses melahirkan anak.
Sama juga bagi mereka yang alami keguguran, turut digalakkan untuk menjalani sesi berpantang untuk mengembalikan semula tenaga dalaman.
Namun ada juga yang tidak percaya dengan amalan berpantang kerana dikatakan agak leceh mahu mengikut aturan diberikan terutama oleh mereka dipanggil mak bidan.
Akibatnya seseorang itu boleh mengalami masalah untuk mendapatkan kembali cahayamata.
Ini yang dialami oleh pelakon Nabila Huda yang memberitahu menyesal tidak mengamalkan cara berpantang dengan betul selepas dua bulan mengalami keguguran sebelum ini.
Tambah pelakon berbakat ini, kemungkin disebabkan itu dia sukar untuk hamil lagi pada usia melwati 37 tahun.
Menulis posting di laman Instagram melalui Insta Storynya, Nabil atau Abil memberitahu setiap bulan akan kira hari dan mengharap tetapi tidak sangkut juga.
“Kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti saya akan kira hari dan mengharap, tapi mesti tak sangkut juga.
“Tapi saya tak adalah kecewa sangat. Saya reda sebab nak bagi rezeki pada kita, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Mungkin belum tiba masanya.”
“Tapi saya tak adalah kecewa sangat. Saya reda sebab nak bagi rezeki pada kita, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Mungkin belum masanya,” katanya.
Tambah pelakon Diva Popular itu, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali hamil berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran.
“Saya betul-betul tak tahu dan menyesal sangat. Mungkin itu adalah salah satu punca kenapa tak boleh hamil? Benci kan bila dah mula negatif.
“Okey, kena positif. Saya kena pulihkan apa yang patut. Boleh kan walaupun kita dah lama keguguran tapi nak ganti balik pantang tu? Masih tak terlambat kan? Mungkin membantu saya untuk kembali hamil lagi,” katanya.
Dia sebenarnya sangat berharap untuk dikurniakan zuriat yang ramai sebelum usianya menginjak 40 tahun dalam masa tiga tahun lagi, namun memilih berusaha menggunakan cara tradisional.
Pada masa sama, pelakon itu turut meminta bantuan daripada pengikut Instagramnya untuk berkongsi idea dan pakej berpantang terbaik.
“Saya terlalu nak sangat ada zuriat. Tak tahu macam mana nak terangkan. Selagi tak kerja dan ada masa lapang banyak, baik saya buat pakej berpantang.
“Saya perlu berusaha tak kira macam mana pun. Saya nak anak ramai lagi. Tapi saya nak maklumkan, proses rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) tiada dalam senarai sebab saya dah pernah melahirkan sebelum ini. Jadi untuk sekarang, saya nak usaha dengan cara tradisional dulu,” tambahnya lagi.
Untuk info, Abil yang sebelum ini sudah mempunyai seorang anak, bernama Keisha Laila hasil perkahwinan dengan bekas suami.
Manakala perkahwinan kali keduanya dengan Mohd Iwan Johar pada 2015, namun masih belum ada rezeki dikurniakan anak dan telah mengalami keguguran dua kali.
Tak susah pun nak hilangkan jerawat dan parut di muka, asalkan anda ada ilmu kecantikan dan tahu fungsi tertentu bahan yang terkandung dalam produk, pasti ada hasilnya.
Ini yang menarik, nak-nak kalau anda berminat menggunakan retinol. Kalau ikutkan, hampir kesemua produk penjagaan wajah mempunyai ‘Vitamin C’ yang menyumbang kepada beberapa kebaikan yang signifikan bagi kulit wajah. Tetapi tahu tak yang retinol juga tak kurang pentingnya dalam penjagaan kulit wajah yang optimum?
Buat anda sedang melalui fasa kulit muka ‘breakout’, retinol adalah pilihan yang terbaik buat anda.
Retinol adalah bentuk vitamin A yang larut dalam lemak yang digunakan secara luas dalam produk penjagaan kulit untuk pelbagai manfaat kesihatan kulit. Salah satu bahan yang paling banyak dikaji dan terbukti dalam industri penjagaan kulit.
Nak awet muda dan kulit bersih tanpa cela? Kena ‘berkawan’ dengan retinol dulu. Ini lah yang membantu cerahkan kulit, merangsang pengeluaran kolagen, meningkatkan regenerasi sel kulit, dan menghalang penuaan kulit dengan mengurangkan penampilan kedutan, garis halus, dan hiperpigmentasi. Apatah lagi masalah jerawat dan parut, mestilah hilang mudah!
Betapa ruginya anda yang masih ragu-ragu nak mula pakai retinol, tetapi pastikan anda menggunakan dengan cara yang betul sebab salah gaya ini boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini jika digunakan secara berlebihan atau tidak betul. Okay, jom semak dulu apa yang bagusnya penggunaan retinol.
Semua orang nak kulit awet muda tanpa kedut, jadi guna lah retinol yang mana boleh membantu merangsang pemulihan sel kulit, melambatkan penuaan, dan faktor-faktor luaran lain.
Penggunaan retinol secara konsisten membantu merangsang pengeluaran kolagen, protein struktural penting yang membantu kulit untuk kekal tegang, elastis, dan glowing tanpa pakai mekap. Ini akan mengurangkan garisan kedutan dan meningkatkan tekstur kulit secara keseluruhan. Mudah-mudah dapat kulit anjal, ‘toinl-toink’!
Ada yang stres tengok parut jerawat yang tak hilang-hilang? Jangan risau, retinol membantu mengurangkan jerawat dan parut dengan membersihkan pori-pori, dan mempercepatkan pemulihan kulit. Ini membantu kulit tetap bersih, segar, dan bebas dari kmasalah wajah kusam.
Penggunaan retinol dapat membantu meningkatkan kecerahan kulit dengan mengurangkan hiperpigmentasi dan bintik hitam. Ini membantu memberikan tona kulit yang lebih seragam dan memberikan penampilan yang lebih bersinar.
Terlalu lama berjemur pun boleh buat kulit nampak ‘tua’ sebelum umur juga. Jadi kalau anda mula pakai retinol, ini boleh melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinar UV. Sebab itu lah bila umur semakin meningkat, anda wajib ambil tahu tentang retinol dan mula pakai.
Owh ya, bersempena dengan bulan Februari yang dikenali bulan penuh cinta dan kasih sayang, Innisfree menawarkan Best Innisfree’s Couples For Valentine’s Day. Setiap produk penjagaan muka Innisfree digandingkan bersama mengikut spesifikasi masalah kulit.
Formula ini menggabungkan kekuatan retinol dengan Formula Pertahanan Cica™ yang mengandungi 4x Centella untuk meredakan kulit dan fitosterol untuk menguatkan penghalang kulit.
Bermula dari masalah pori tersumbat hingga bekas jerawat, ampoule dengan 95% retinol tulen mampu mengurangkan sebum berlebihan. Mengandungi Jeju Cica Liposomlogy™, ini membantu meredakan masalah kulit dan niacinamide yang mengurangkan cela di wajah.
Apa lagi, inilah masanya anda mendapatkan ‘retinol’ melalui Set Adore & Restore dari Innisfree. Set ini menggandingkan produk Retinol Cica Barrier Defense Cream dan Retinol Cica Repair Ampoule.
Jangan risau, kandungan 0.015% retinol dalam produk ini sudha cukup untuk merawat kulit yang bermasalah seperti jerawat, kekeringan, kemerahan yang disebabkan oleh faktor luaran, sensitiviti, pori-pori besar atau tekstur kulit yang kasar. Jika baru tahu kebaikan retinol, ini lah masanya untuk anda grab!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.