Sesekali cuba sapu masker ubi bit merah ini pada muka, mesti anda teruja dengan hasilnya. Masker ini menggoda sangat la, kesannya ‘super duper’ best!
Sudah lah warnanya cantik, kemudian selepas pakai tu kulit rasa lembut dan nampak anjal. Bak kata ‘omputih’, bila pakai beetroot di muka, kulit macam dapat nafas baru. Siapa nak tahu kesannya, kena lah cuba.
Masker Bit Merah Inilah Buat Kulit Glowing ‘Manjah’, Senang Nak Cantik!
2 sdb air beetroot / ubi bit ( parut, pastu perah ambil airnya)
Ads
1/2 – 1 sdb tepung beras
Campurkan kedua bahan, kacau sampai sebati. Bancuhan tu anda agak-agak sendiri, jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat. Selepas itu sapu sahaja pada muka.
Ads
Bila dah kering, anda cuci lah.
Baki bancuhan tu boleh simpan dalam esbok untuk 3-4 hari.
Boleh pakai 3 kali seminggu.
Ads
Masker ni ada banyak khasiat, bukan hanya glowingkan kulit. Kalau anda rajin pakai, nanti nampak perubahan pada kulit seperti ini:
Pori pori muka makin kecil
Bintik hitam / jeragat boleh pudar
Anjalkan kulit muka
Lembutkan kulit muka
Melambatkan proses penuaan
Kulit muka lagi berseri ( tak kusam)
Kurangkan jerawat / parut jerawat
Senang sangat, bukan? Haa… lepas ini anda jangan lupa beli beetroot ya. Boleh juga manjakan wajah di rumah bila ada waktu lapang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpukau melihat seri wajah bintang siri televisyen Friends, Jennifer Aniston yang memiliki kulit glowing serta rambut berkilau walaupun usia dah mencecah 54 tahun.
Dipetik dari Hello! Jennifer mempunyai rutin pagi yang sangat memberi inspirasi.
Setiap hari, Jennifer bangun seawal pukul 4.30 pagi, diikuti dengan secawan air lemon suam. Pencinta yoga ini turut ‘berpuasa’ selama 16 jam dengan melakukan intermittent fasting (puasa berselang seli). Jennifer selalunya akan bersarapan pada pukul 10 pagi.
Sesekali pada waktu pagi, Jennifer akan bermeditasi sehinggalah tiba waktu ‘berbuka’. Dia mengambil smoothie sihat yang dicampur dengan serbuk kolagen ketika ‘berbuka’.
Bagi Jennifer, serbuk kolagen adalah kunci bagi mengekalkan keanjalan dan penghidratan kulitnya.
Pengambilan kolagen dikatakan mampu mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Sebab itulah Jennifer mengamalkan kolagen sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulitnya di samping banyak meminum air putih.
“Ianya mengandungi peptida kolagen. Kuku saya lebih kuat dan sihat.
“Saya sering menambah peptida kolagen daripada Vital Proteins kepada smoothie,” dedah Jennifer.
Terdahulu, Jennifer pernah tular kerana amalan ‘berpuasa’ dan resipi smoothie yang lazat.
Dia telah mempopularkan trend makan tengah hari dengan salad ikonik yang diamalkannya setiapa hari di set Friends selama 10 tahun.
Amalan-amalan lain termasuklah bermain dengan haiwan peliharaan di luar rumah, pergi ke gim, menikmati masa berkualiti bersama rakan-rakan serta mendengar muzik kegemarannya sambil berehat pada waktu malam.
Jennifer memulakan paginya dengan secawan kopi panas yang dicampur serbuk kolagen.
Sesetengah pakar berpendapat, serbuk kolagen boleh menjadi pengganti whey atau serbuk protein kacang. Namun, tidak semua serbuk kolagen adalah sama.
Pakar juga menyarankan, cari peptida kolagen atau kolagen terhidrolisis untuk manfaat kesihatan yang lebih berkesan.
Jennifer turut mengambil suplemen kolagen yang menawarkan sumber protein, vitamin C dan asid hyaluronik yang sangat bagus untuk penuaan yang lebih sihat. Namun, suplemen ini sangat mahal.
Menurut pakar pemakanan di EatingWell, Victoria Seaver, seseorang itu tidak memerlukan suplemen kolagen yang mahal untuk mempunyai tulang yang kuat serta kulit, rambut dan kuku yang sihat.
Cara paling berkesan bagi meningkatkan kolagen ialah memberi tumpuan kepada makanan yang menyokong pengeluaran kolagen sihat iaitu makanan kaya asid amino prolin dan glisin, serta makanan tinggi vitamin. Contohnya daging, ikan, tenusu, kekacang, telur, gandum, serta buah-buahan sitrus.
Maka, jika anda mahu mengambil kolagen pada waktu pagi sebaiknya campurkan serbuk kolagen ke dalam smoothie atau kacau ke dalam segelas air agar lebih selamat.
Artikel yang ditulis oleh penyelidik di Texas A&M University, Brooke Russell, menyatakan kolagen tidak akan bertahan pada suhu yang lebih tinggi daripada suhu badan.
Manfaat kesihatan juga berkurangan atau tiada langsung jika kolagen dicampur dengan kopi panas.
Kredit Foto: Instagram Jennifer Aniston
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja bergelar ibu hujung bulan lalu menjadi momen terindah dalam hidup selebriti popular Neelofa.
Pengalaman melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Muhammad Bilal di sebuah hospital swasta di ibu kota pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Jika sebelum ini Neelofa tidak mendedahkan kisah kehamilan pada umum, tetapi kali ini berkongsi pengalaman saat melahirkan anak pertamanya.
Menerusi entri Instagram miliknya, Neelofa menyamakan kesakitan melahirkan bayi pertamanya itu seperti sakit datang bulan yang dialaminya sebelum ini.
“Masa ini macam tidak percaya dan tidak boleh hadam, betul ke sakit nak beranak ini… kerana macam lebih kurang sakit datang bulan sahaja (period pain).
“Sebab sengugut ku sangat ekstrem ya setiap bulan. Haris balik kerja malam itu, terus dia cakap jom kita pergi hospital dan saya seperti… ya ke sayang?
“Kot-kot (kalau) ‘false alarm’. Jadi saya mula rakam setiap kali sakit,” kongsinya di Instagram.
Neelofa turut memberitahu walaupun sudah pun berada di dewan bersalin, dia tidak pasti apa yang berlaku sekitar jam satu pagi pada hari yang sama.
“Jadi pada jam satu pagi saya sudah terbaring di dewan bersalin. Masih tidak pasti ‘betul ke dah nak beranak (bersalin) ini’.
“Pak Ustaz (suaminya) buat solat sikit sambil menunggu doktor. Masa ini sampai-sampai sudah dua sentimeter (CM),” katanya.
Tambah bekas pengacara Meletop itu lagi, dia menahan sakit kontraksi selama 14 jam sebelum Bilal selamat dilahirkan jam 3.44 petang, pada hari yang sama.
Sebelum itu juga dia sempat menemani suaminya breakfast setelah menahan sakit berjam-jam menahan kontraksi sebelum sebelah petang segala urusan dipermudahkan Allah.
Diakhir bicaranya Neelofa yang kini sedang menjalani tempoh berpantang turut menzahirkan penghargaan buat suami tercintanya, PU Haris kerana sentiasa ada di sisinya sepanjang berada di hospital.
“Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari atau momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin,” tulisnya di IGS.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.