Masker Kunyit Madu Buat Kulit Awet Muda, Ini Cara Jimat Jaga Wajah

Share

Hanya amalkan masker kunyit madu pun, anda boleh nampak perbezaan pada wajah. Naik seri dan dah tentu lebih awet muda jika biasa amalkan.

Diakui jika menggunakan bahan-bahan alami akan menyebabkan kulit wajah semakin cantik dan  awet muda. Cuma ia perlu dilakukan secara konsisten supaya wajah kembali cantik tanpa solekan.

Jom kita ikuti perkongsian ini mengenai cara menggunakan tiga bahan aje supaya wajah kembali muda.

Masker Kunyit Madu Buat Kulit Awet Muda, Ini Cara Jimat Jaga Wajah

 

BAHAN-BAHAN:

-Serbuk kunyit
-Madu
-Lemon (air perahan)

Cara Buat:

Campur kesemua bahan dan sapu pada tempat yang diperlukan, biarkan 15minit kemudian cuci hingga bersih.

Jangan risau warna kunyit tak lekat pada muka. Tapi kalau risau, boleh lebihkan madu dan air lemon.

Kelebihan masker termasuklah :

-meredakan jerawat yg sedang aktif
-memutihkan kulit secara semulajadi
-menghilang parut & bekas jerawat
-menghalang kedutan & garis halus pd kulit
-merawat kulit kusam
-mengurangkan eyebag
-menghilangkan stretchmark
-memperbaiki rekahan tumit
-meredakan sakit kulit menggelupas

Agka-agak ada masa lapang, anda cubala petua cantik ini ya, yang penting kena konsisten untuk dapatkan hasilnya!

Sumber: Sara Damia

IKLAN