Bagi mereka yang menghidap darah tinggi, sangat digalakkan mengambil pemakanan sihat bagi menurunkan bacaan darah untuk kekal tetap dan selamat.
Jika dilihat melalui pola pemakanan menyarankan agar pesakit makan lebih banyak sayur, buah-buahan, protein rendah lemak serta pengambilan makanan dengan kandungan magnesium, kalium dan kalsium yang tinggi.
Semua sayur-sayuran secara umumnya kaya serta dan boleh membantu menguruskan kadar tekanan darah agar tetap stabil.
Berikut adalah beberapa jenis sayur yang mampu menurunkan bacaan darah tinggi.
Brokolo termasuk dalam kategori makanan yang selamat dimakan oleh penderita darah tinggi. Sayuran ini kaya dengan kandungan kalsiumm, kalium, magnesium dan vitamin C yang mampu menjadi penurun bacaan darah tinggi.
Bagi mendapatkan manfaat maksimum brokoli, biarkan ia selama 40 minit selepas dipotong dan dibersihkan. Tujuannya bagi mengeluarkan enzim yang melawan keradangan. Selepas itu barulah ia dimasak sama ada dengan menumis, merebus atau dijadikan ulam.
Capsicum atau paprika merah tidak hanya pedas tetapi ia mengandungi kalium, vitamin A dan vitamin C. Ia juga mudah dimasak sama ada dipanggang atau ditumis dengan minyak zaitun.
Lobak merah mengandungi senyawa felonik tinggi seperti klorogenik, p-coumaric dan asid caffeic. Ia membantu mengendurkan pembuluh darah, mengurangkan keradangan dan membantu menurunkan kadar darah tinggi.
Penghidap hipertensi disarankan untuk makan lobak merah secara mentah bagi mendapatkan khasiatnya.
Kandungan phthalides dalam saderi membuatkan sayuran ini kaya dengan serat yang mampu menurunkan kadar darah tinggi pesakit.
Seperti lobak merah, ia juga mampu mengendurkan pembuluh darah sekaligus menurunkan tekanan darah tinggi.
Tidak seperti lobak merah, saderi sebaik-baiknya dimasak dalam memastikan manfaatnya dapat memberi kesan kepada pesakit.
Bayam kaya dengan nitrat, kalium, kalsium dan magnesium. Dalam satu kajian, rutin makan bayam selama tujuh hari dapat mengawal darah tinggi. Ia juga baik untuk mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan kerja jantung.
Kalau tiba-tiba kulit breakout, anda jangan main sapu apa yang lalu depan mata. Bagi rehat dulu dalam 2 minggu dan kemudian cara produk yang selamat untuk wajah.
Ya, kena pastikan tiada bahan kimia yang tinggi dan nak selamat, ikut tip Si Oyen ini, sekelip mata wajahnya pulih daripada masalah breakout.
Pergi drugstore cari Cetaphil yang biasa tu, tetapi jumpa yang ini. Cukup bagus boleh merawat dan mencerah, jadi grab sekalilah dengan toner.
Ingat nak beli day and night cream sekali tapi bajet lari pulak! Sekali nampak Wardah ni dan pernah baca kat group ni tentang kelebihannya. Harga memang mampu milik gais.
Balik rumah saya cuba semua memang berbaloi. Muka jadi lebih elok lepas 2 minggu.
Sungguh, Cetaphil ini memang best. Krim siang dan krim malam Wardah itu pun bagus seperti yang direview oleh orang ramai, teksturnya ringan.
Nak lindung kulit sepebuhnya, pakai sekali dengan Anessa sunscreen yang power dan best itu.
Nanti jangan lupa cuba juga, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puasa memang diwajibkan untuk semua umat Islam tetapi ada kelonggan diberi olehNya untuk tidak digalakkan berpuasa.
Antaranya seperti ibu yang ada masalah diabetes ketika hamil atau GD atau pengambilan insulin yang boleh menganggu kesihatan kelak nanti.
Berikut perkongsian Dr Muhammaad Izzat di twitter mengenai perkara ini. Jika tidak dikawal, boleh mendatangkan bahaya pada bayi dalam kandungan.
Maklumlah jika bulan puasa, nafsu makan lain macam menyebabkan kita nak merasa semua sajian dihidang terutama kuih-muih yang manis-manis.
Cabarannya, BSP 2 jam lepas sahur dan 2 jam lepas berbuka kena kekal bacaannya tak lebih 6.7 ( kalau 1 jam lepas makan bacaan gula tak lebih 7.8 )
Pada saat berbuka, biasanya nafsu makan membuak-buak dan menggelodak untuk makan segala makanan manis,
Kalau tak manis pun pelbagai jenis juadah penuhhh satu meja. Tu yang sukar ibu-ibu ni nak maintain bacaan gula tak lebih 6.7, dua jam lepas makan ( kalau 1 jam lepas makan bacaan gula tak lebih 7.8 )
Bacaan gula yang naik mendadak boleh timbulkan kesan bahaya kepada bayi dalam kandungan. Tu yang para doktor risau.
Kalau ibu boleh control nafsu makan masa berbuka, then saya rasa ok untuk berpuasa
Kalau dah makan bagaikan tiada hari esok, penuh juadah berbuka atas meja, bacaan BSP pula tak terkawal, sampaikan Dr terpaksa mulakan rawatan insulin, saya rasa eloklah ibu tak perlu berpuasa Ramadhan
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.