Makin terserlah kejelitaan wajah pelakon dan penyanyi, Nabila Razali selepas sah menjadi isteri kepada ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani.
Sering berkongsi video comel dengan pelbagai aksi di laman TikTok, Nabila Razali atau lebih mesra dengan Bella tidak loket berkongsi tip cantik juga.
Jika sebelum ini dia ada berkongsi petua pakai masker telur namun kali ini anda boleh cuba manjakan kulit dengan biasakan pakai sunscreen sepertinya.
Tip Cantik Nabila Razali
Menerusi satu video yang pernah tular, Bella dilihat setia memakai sunscreen setiap kali keluar rumah.
“Hari ini Bella nak share dengan korang, boleh nampak tak kulit muka Bella ni. Nampak glowing, nampak moisturize je kan.. walaupun Bella hari-hari shooting, kita put on makeup dan terdedah dengan sinaran matahari, tapi Bella hari-hari tak lupa pakai sunscreen.
Ads
@nabila.razalii Girls, kalau nak kulit cantik, sunscreen is must tau! Wajib pakai setiap masa, barulah kulit kita terlindung dari sinaran UV yg boleh merosakkan kulit. 🤯 Macam biasa, pilihan Bella tentulah sunscreen dari Bougasbeauty. 🥰Dengan kandungan bahan yang selamat dan tak meninggalkan kesan ‘whitecast’, buatkan Bella rasa fall in love selalu dgn sunscreen ini. 😚 Korang pun patut dapatkannya sekarang tau! 😌 #bougasxnabilarazali#bougasbeauty#bougas♬ original sound – nabila.razali
“Macam biasa, pilihan Bella tentulah sunscreen dari Bougasbeauty. kandungan bahan yang selamat dan tak meninggalkan kesan ‘whitecast’, buatkan Bella rasa fall in love selalu dgn sunscreen ini.
“Korang pun patut dapatkannya sekarang tau! Kita kena jaga kulit kita dari sekarang,” kongsi Bella.
Ads
Cukupkan Rutin Dengan Set Penjagaan Wajah
Haa… dapat sesuatu daripada Bella? Jadi selepas ini anda wajib setia pakai sunscreen kalau nak elak jeragat dan jerawat singgah di wajah.
Paling penting, cukupkan rutin asas seperti pencuci muka, pakai pelembap dan add on pelindung kulit yang ada spf50. Barulah dapat kulit yang sihat dan glowing walau tanpa mekap yang tebal.
Ads
Rajin Bersenam
Bukan hanya menjaga kulit, Bella juga cukup rajin bersenam di gym. Nah, ini sedikit aktiviti yang Bella ada kongsikan sebelum ini. Jomlah, ikut sama!
Tak setiap hari pun tak apa, janji dalam seminggu anda ada peluang untuk keluarkan peluh walau cuma dengan berjalan dalam taman.
Ingat, nak cantik kena rajin dan ada ilmu kecantikan! Jangan main pakai tanpa tahu masalah dan jenis kulit anda. Kemudian, kena rajin bersenam sebab bila berpeluh kulit pun nampak natural cantik. Percayalah!
Rupanya dark circle pun ada jenisnya, jom cuba rawat untuk atasi masalah ini daripada terus nampak muka penat bila keluar rumah.
Okay, caranya ialah dengan membuat pinch test! Tarik bawah mata dengan mencubit kulit bawah mata anda. Itu lah yang dikongsi oleh saudari Kween Lea baru-baru ini…
Jenis Dark Circle
Hasilnya:
1. Dark circle hilang. Hal ini bermaksud, kulit bawah mata anda nipis. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan produk yang dapat stimulate collagen dan kurangkan lingkaran gelap bawah mata iaitu produk yang mempunyai bahan aktif retinol.
2. Dark circle tidak hilang. Hal ini berlaku kerana kulit bawah mata gelap kerana pigmentation. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menggunakan eye cream yang mempunyai brightening agent seperti licorice
root, vitamin c dan azelaic acid.
Haaa… sekarang sudah tahu tip cantik bahagian mata, carilah produk yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit bawah mata anda ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita sekarang nak cerahkan kulit, bukan muka sahaja tapi kalau boleh tangan kaki pun nak putih. Macam-macam bahan yang mereka sanggup sapu ke wajah.
Ini belum lagi kalau ada masalah jerawat, jeragat atau kulit kusam. Semuanya dalam satu. Nak tak nak, kena lakukan sesuatu pada wajah supaya sentiasa nampak berseri-seri.
Cerahkan Kulit Guna Dua Bahan, Satu Malam Pun Dah Nampak Hasilnya
Hanya dua bahan saja diperlukan. Paling senang nak cari kat dapur pun. Ikuti perkongsian daripada ohana_my menerusi video tiktoknya.
Cara yang sangat mudah untuk putihkan kulit muka dan tangan dengan menggunakan tepung beras dan tomato. Hasilnya dapat dilihat dalam satu malam saja.
Bahan:
Tomato
Tepung beras
Caranya:
1. Hiris tomato dan kisar halus.
Info: Tomato dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit dan kulit bertambah glowing.
2. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan satu sudu tepung beras.
Info: Tepung beras mampu mencegah pengeluaran melanin berlebihan.
3. Kemudian, sapukan pada seluruh wajah. Gosok perlahan-lahan.
4. Selepas itu, cuci dengan air bersih.
5. Hasilnya, kulit muka lebih lembab dan cerah, sebelum ini rasa kering dan kusam.
Hah, ini macam antara cara jimat untuk putihkan wajah dan tangan. Jadi, kenalah cuba nanti.