Salah satu resipi popular yang digunakan untuk cantikkan kulit adalah cuka epal dan kunyit. Resipi ini terbukti sangat berkesan di mana ramai yang telah mencuba diseluruh dunia.
Dikongsi oleh Puan Sarifa Redzuan, dua bahan ini cuma perlu disapu pada wajah secara konsisten.
Kulit Glowing Guna Cuka Epal Dan Kunyit, Pakai 2 Kali Seminggu Je
Ini cara paling membantu untuk rawat masalah kulit yang aada parut. Jom semak bahannya.
Bahan-bahan:
Serbuk kunyit
Cuka epal
Air
Ads
Cara Buat:
Campurkan 1 sudu kecil kunyit serbuk dan 1 sudu besar cuka epal dengan sedikit air.
Kemudian sebatikan dan sapu di wajah seminggu 2 kali. Nanti kulit yang berjerawat cepat kecut dan parut pun pudar.
Ads
Manfaat cuka epal pada kulit.
Penggunaan cuka epal bukan sahaja dapat menghilangkan jerawat tetapi mematikan sel kulit mati di wajah. Kandungan alpha hydroxy acids (AHAs) di dalamnya juga mampu menjadikan kulit anda lebih mulus, mematikan sel-sel kulit mati dan menghasilkan lapisan kulit yang sihat.
Cuka epal juga membantu memulihkan keseimbangan pH semula jadi kulit. Ini membantu kulit mengekalkan kelembapan secara semula jadi.
Ads
Manfaat kunyit pada kulit
Kunyit mengandungi komponen antioksidan dan anti-radang. Dimana membantu kulit nampak glowing, kurang garis halus, parut semakin pudar, kecutkan jerawat, cerahkan kulit.
Gabungan kedua bahan ini dapat membantu kulit jadi lebih bercahaya dan bersih. Amal seminggu 2 kali secara konsisten.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya cuci muka guna jari kecantikan memberikan kesan yang lebih baik untuk wajah kita. Hah, jangan main tonyoh dan asal siap saja ya!
Antara jari yang patut anda gunakan ialah, tiga jari terakhir iaitu jari tengah, jari manis dan jari kelingking. Bukan sepuluh jari dan tapak tangan tu, lain jadinya nanti.
Malah nak sapu serum atau pelembap muka pun sebaiknya guna tiga jari kecantikan ini. Kata tak mahu kulit cepat kedut, kan?
Kenapa guna jari kecantikan?
Sebab tiga jari terakhir ni mempunyai tekanan rendah dan tak menyumbang kepada kedutan di wajah, yang menyebabkan muka cepat kendur dan tua sebelum usia.
Cara Cuci Muka Yang Betul
Nak muka tegang dan tak kendur ke bawah, cuci muka muka dari dagu dan naik ke pipi, ke hidung dan kemudian ke dahi.
Dan jangan lupa kalau nak awet muda, guna jari kecantikan anda atau mesra dipanggil beauty fingers!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak cantik tanpa parut dengan tidak menggunakan sebarang produk, kesannya mungkin agak lambat tapi lebih selamat!
Selain parut bahan semulajadi ini juga boleh digunakan untuk pudarkan parut jerawat pada muka. Kalau bahan dah ada kat rumah boleh je cuba guna.
Cantik Tanpa Parut
Selain parut luka, anda juga boleh menggunakannya untuk memudarkan parut jerawat pada muka.
LEMON
Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya.
Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut.
Untuk kesan lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari.
MINYAK ROSEHIP SEED
Titiskan sedikit minyak pada jari dan urut perlahan-lahan pada parut. Lakukan dua kali sehari.
Minyak ini biasanya digunakan dalam industri kosmetik terutamanya krim penghilang parut.
KIUB AIS
Ambil kiub ais dan lakukan pada parut.
Lakukan sekerap mungkin.
photo: canva.com
DAUN ALOE VERA
Potong daunnya dan picit sehingga keluar cairan.
Ambil dan sapukan pada parut.
MADU
Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan.
Biarkan kering baru dibilas.
SERBUK SANDALWOOD
Campurkan sedikit air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk sandalwood dan sapukan pada parut perlahan-lahan.
Biarkan selama sejam dan bilas dengan air sejuk.
KENTANG
Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.
photo: canva.com
MINYAK KELAPA
Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang..
MINYAK ZAITUN
Titis sedikit minyak zaitun pada jari dan sapu di parut. Lakukan setiap hari untuk kesan yang segera.
TIMUN
Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.
photo: canva.com
TOMATO
Hiris tomato dan tekap pada parut. Kalau rajin, nak kisar dan tampal jadikan masker pun boleh!
SODA BIKARBONAT
Ambil lima sudu soda bikarbonat dan campur sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada parut dan lakukan tiga kali seminggu.
*TIDAK SECEPAT BAHAN KIMIA*
photo: canva.com
Bahan semula jadi biasanya mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kesan parut namun ia dijamin selamat untuk semua jenis kulit sekali gus tidak merosakkan kulit.
Bukan itu saja, petua menghilangkan parut di atas ini juga menggunakan bahan yang mudah didapati, murah, selamat, dan tiada kesan sampingan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita maklum, gejala virus Omicron kini sedang melanda negara kita dengan jumlah peningkatan kes baru mencecah lebih 10 ribu.
Situasi ini sedikit sebanyak membimbangkan walaupun dikatakan kebanyakan yang dikesan adalah mereka yang mempunyai tahap gejala 1 dan 2.
Sebenarnya, bukan sahaja Malaysia, lapor Nation Thailand, jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron mula mengancam 20 negara di Asia seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.
Pun demikian, perkara yang dirisaukan oleh pakar perubatan sedunia adalah pandangan bahawa Omicron tidak berbahaya seperti Delta.
Persepsi itu nampaknya menyebabkan masyarakat tidak peka dengan situasi semasa.
Walaupun kebanyakan pesakit yang mendapat jangkitan Omicron tidak mengadu simptom demam seperti pesakit yang menderita dengan varian Delta.
Namun, ramai yang mengadu mereka mengalami masalah batuk dan gangguan pada tekak (sakit-sakit dan gatal-gatal).
“Ia disusuli dengan hidung tersumbat seperti hidung berair atau berair dan kadang-kadang sakit kepala,” ujar seorang Pakar Pulmonari dari Hospital Persahabatan, Indonesia, Dr Erlina Burhan kepada Detik Health.
Dalam pembentangannya, Dr Erlina mendedahkan, gejala awal pesakit selepas dijangkiti varian Omicron adalah badan menjadi lesu, lemah dan mudah letih.
“Justeru, sebaik gejala Omicron muncul, jangan sesekali membiarkan sahaja terutama jika terjadi kepada warga emas dan individu yang mempunyai penyakit bawaan komorbid atau tidak terkawal.
“Seandainya diendahkan, gejala berkenaan (Omicron) yang muncul boleh menjadi lebih teruk. Seseorang boleh sesak nafas kerana keradangan mungkin mula berlaku di dalam paru-paru,” katanya lagi.
Ada Yang Alami Cirit-Birit
Dalam satu artikel berasingan, Detik Health yang memetik penulisan dari John Hopkins Medicine, Amerika Syarikat berkata, simptom Omicron lebih ringan berbanding dengan varian lain.
Salah satunya adalah berlakunya cirit-birit semasa membuang air besar.
Hospital terkemuka dunia itu mendedahkan, kira-kira 20 peratus pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami simptom berkenaan (cirit-birit) terlebih dulu selepas terdedah kepada Omicron.
“Kecurigaan terhadap jangkitan Covid-19 juga boleh menjadi lebih besar jika cirit-birit disertai dengan gejala seperti selesema yang lain,” katanya.
John Hopkins Medicine turut berkongsi pengalaman seorang doktor dari San Francisco, AS, Dr Robert Bob Wachter yang menceritakan pengalaman anaknya yang dijangkiti Omicron.
“Anak saya mengalami simptom seperti selesema sebaik bangun dari tidur. Gejala lain termasuk sakit tekak, batuk kering, sakit otot dan menggigil.
“Sepatutnya selepas mendapat vaksin penggalak beliau baik-baik saja, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Anak saya memang cemas kerana dijangkiti varian Omicron,” kata Dr Wachter dalam ciapan menerusi akaun akaun Twitternya.
Justeru, kepada anda di luar sana, terus patuh kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan.
Tanda-Tanda Dijangkiti Virus Omicron
i. Selsema
ii. Sakit kepala
iii. Kepenatan
iv. Bersin
v. Sakit tekak
Gejala Lain
i. Suara serak
ii. Menggigil
iii. Sukar untuk fokus
iv. Pening kepala
v. Hilang nafsu makan