Oleh kerana cuaca ini juga, tersilap solek maka wajah boleh menjadi tambah comot bila bedak asas atau maskara mencair terkena peluh!
Bagi yang berkulit jenis berminyak pula, pembayang mata (eyeshadow) dengan mudah meluntur dan maskara bergumpal hingga buat mata merah.
Ads
Bagi mengatasi masalah ini, jurusolek profesional dari Los Angeles, Amerika Syarikat Sandy Linter memberikan 3 dari 5 tip berikut:
1. Mulakan Dengan Concealer
Concealer mempunyai fungsi ‘ajaib’ mampu menutup noda dan cela pada wajah terutama warna gelap pada bahagian bawah mata dan kulit wajah yang tak sekata. Ratakan concealer secukupnya pada wajah anda hingga warna nampak senada.
Primer atau eyebase wajib diratakan dahulu pada kelopak kerana ia adalah solusi mengelak eyeshadow mencair dalam cuaca panas apabila kulit mula berminyak. Jadi jangan malas untuk aplikasikan primer menggunakan hujung jari yang bersih sebelum merias mata anda.
Terdapat banyak mekap kalis air atau waterproof yang kini berada di pasaran. Sebenarnya tak susah pun menanggalkan solekan jenis ini kecuali anda kena rajin sedikit menggunakan penanggal solekan selain air biasa. Mekap waterproof penting bagi negara beriklim panas seperti kita dan bagi riasan mata, warna terang adalah pilihan terbaik kerana ia mampu membuat pemakainya terlihat segar.
Untuk maskara, pilihlah dari jenis tekstur cepat menyerap untuk mengelak gumpalan maskara cair dihujung mata. Kemudian agar lebih menawan dan natural, kombinasikan dengan lipstik nude senada warna kulit.
Anda juga diingatkan agar tidak mengenakan mekap yang terlalu tebal. Biarlah secara sederhana kerana gaya itu sebenarnya jauh lebih cantik dan menyerlah. Hanya tambahkan pemerah bibir selepas makan jika mahu bergambar kelak atau ke jemputan rumah seterusnya.
5. Sentiasa Bawa Tisu Bersama
Pastikan anda sentiasa membawa tisu basah atau kering bersama dalam beg. Jika ada solekan comot, boleh terus sapu dan ratakan semula dengan bedak yang dibawa. Dan anda juga diingatkan membawa tisu khas untuk mengelap wajah yang berminyak. Jika dibiarkan akan menyebabkan mekap terutama bawah mata jadi comot.
6. Lebih Senang Mekap Dengan Memilih CC Cream Atau BB Cream
Mekap ini lebih memberi kesan yang lebih menarik dan mantap. Tak perlu hendak menyap dua tiga layer sebaliknya gunakan salah satu dan hasilnya wajah memang nampak flawless. Mekap jenis ini juga lebih senang digunakan terutama untuk mereka yang mahu solat dan kemudian sapukan terus di wajah.
Kaki adalah antara anggota badan yang paling banyak kita gunakan dalam setiap pergerakan.
Justeru bahagian ini terutama tumit kaki akan senang untuk mengalami masalah merekah.
Terutama jika kerap memakai kasut yang tidak sesuai. Lebih teruk jika tempt merekah ini mula berdarah dan lebih parah boleh menyebabkan terkena jangkitan bakteria.
Perkongsian wanita ini Siti Nurshafika Amran di laman sosial Facebookmemberi petua semulajadi mengatasi masalah tumit merekah ini.
Tips Tumit Merekah Bersinar Dalam 5 minit Hanya Guna 2 Barang Je
Jangan pandang rendahpadatumit merekah. Tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin halus mulus bak muka flawlesss jugak.
Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! Orang tengok kaki pun boleh kata kita tua.
Bukan seorang je tapi ramai yang tegur kaki sudah macam orang tua padahal umur baru 26. Memang malu sungguh!
Jadi berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je.
Mudah dan senang. anak-anak tido mommy-mommy boleh la belai-belai bahagian tumit
Tak semua suka bawa barang mekap waktu keluar berjalan tetapi kalau tetiba kena solat di luar, mesti lah rasa nak top up balik solekan bagi ‘muka siap’. Ini persediaan bagi anda yang suka jaga penampilan waktu keluar ke mana-mana.
Barang Mekap Yang Wajib Ada Dalam Beg Tangan Ketika Raya
Nak-nak pula waktu raya, opkos nak cantik 24 jam! Okay, jangan lupa untuk kekalkan solekan supaya anda rasa lebih yakin bila jumpa dengan sanak-saudara dan tetamu yang lain. Jadi barang mekap yang penting mestilah wajib ada dalam beg tangan.
Setting spray
Semburan setting spray dapat membantu hidratkan semula solekan dan kulit anda. Ini mampu mengemas semula kawasan mekap yang kering atau crack. Malah anda juga akan terasa lebih segar untuk berkunjung ke rumah seterusnya. Sekali sembur, glowing!
Blotter tissue
Siapa yang kulit cepat berminyak, memang wajib simpan satu kit blotter tissue. Minyak berlebihan diserap baik tanpa menganggu solekan. Barulah muka tak nampak berminyak teruk.
Bedak kompak
Ini cara jaga mekap supaya tahan lebih lama. Tanpa pakai pelembap atau serum, terus calit bedak kompak. Terus cantik!
Lip balm
Mungkin bibir anda akan kering, lagikan memakai lipstik matte. Jadi sapuan lip balm mampu mengembalikan kelembapan kulit.
Lip liner
Maaslah biasa, lipstik akan cepat hilang bila lepas makan. Jadi sediakan lip liner untuk menggaris semula bentuk bibir yang tersasar. Nak lagi mudah, bawa lip balm pun dah cukup, tak ada lah nampak kering bibir tu.
Maskara
Bukan paksa untuk bawa muka yang berat tetapi ini hanyalah pilihan. Cukup sekadar merapikan kembali bentuk kening. Bawa maskara yang dah kering atau hampir habis.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau suka sangat kulit glowing, kena rajin belai kulit wajah. Tak boleh skip pakai cuci muka, pelembap, pelindung cahaya matahari, dan serum.
Tetapi semua itu memerlukan modal yang banyak untuk cantikkan kulit. Jadi anda boleh menggunakan petua Puan Nurasykin Ali dengan memilih dua bahan dapur yang digaul untuk hasilkan masker terbaik. Jom kita tengok!
Petua Kulit Glowing
Kak ekin tengok cermin pagi tadi. Kusam teruk muka haaa. Asyik masuk dapur saja. Budak-budak yang lapar, mak yang habiskan. Perut kenyang terus tidur tak cuci muka. Itu yang parah!
Nasib baik ada tepung beras dengan yogurt buat habuan. Terus ku tenyeh buat masker. Jangan ingat keluar je kena pakai topeng, kat rumah pun kena bertopeng tau!
Bahan yang diperlukan:
Tepung beras
Yogurt Natural
Campur yogurt, tepung beras dan sedikit air. Gaul biar sebati macam ini. Tepek lah kat muka atau badan.
Ini kebaikan tepung beras:
1. Tanggalkan sel kulit mati
2. Buang minyak berlebihan pada muka
3. Cerahkan kulit muka
4. Atasi kulit kusam
5. Kurangkan jerawat
Kalau rajin buat 3-4 kali seminggu. Barulah kluster mak-mak glowing gitu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!