Kiub masker kentang ini bagus untuk digunakan di sekitar mata, tetapi kali ini seorang wanita bongkarkan rahsia macam mana dia pudarkan masalah jeragat dengan menggunakan kiub kentang.
Menerusi perkongsian Puan No Or, di laman media sosial miliknya, dia sudah lama nak kongsi petua menarik ini tetapi tak sempat nak ambik gambar bagai. Petua ni jima poket dan selamat nak sapu pada wajah terutamanya orang yang memang ada masalah jeragat.
Kiub Masker Kentang
Petua yang cuma guna 2 bahan saja, okey jom tengok macam mana nak buat.
Bahannya:
Kentang
Lemon
Bekas kiub ais
Ads
Caranya:
Mula-mula parut kentang hingga halus.
Campurkan dengan perahan lemon.
Gaul sebati, selepas itu masukkan dalam bekas kiub ais.
Ini pula cara nak guna kiub masker:
Ads
1. Cuci muka bersih
2. Ambil kiub kentang, sapu pada muka perlahan-lahan. Sapu rata keseluruhan muka. Sapu sampai kiub tu semua cair.
3. Bilas dan cuci muka dengan air bersih. Boleh di lakukan setiap hari.
Petua ini sesuai jugak untuk hilangkan sunburn, bagi orang yang hari-hari terdedah pada cahaya matahari.
Ads
Nak tahu tak kenapa Cik No guna kentang?
Haaa… sebab kentang ni tinggi antioksida untuk singkirkan jeragat tu. Kentang ni juga boleh halang terbentuknya pigmentasi, alaa yang lingkaran gelap hitam tu.
Bila kentang dah bergabung dengan lemon lagi lah kuasa dua! Tu yang dapat kesan super power best tu. Lemon ni sendri pun mampu pudarkan jeragat. Dalam lemon ada agen pemutih untuk bagi kulit kita jadi cerah dan bersih.
Anda boleh simpan dalam peti kiub kentang ini dan boleh guna setiap hari. Okey, selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut secara semula jadi.
Justeru, berikut apa yang disarankan oleh popmama.com.
1. Madu Dan Pudina
Kandungan glukosa dan fruktosa yang ada dalam madu dapat merangsang epidermis agar merancakkan pertumbuhan kolagen baharu.
Daun pudina pula kaya dengan vitamin dan mineral yang mampu mencerahkan bibir.Hancurkan sedikit daun pudina, kemudian gaul bersama madu. Sapukan pada bahagian bibir dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas dengan air bersih.
2. Lemon, Kunyit & Minyak Badam
Kandungan properti emollient dalam minyak badam dapat menghaluskan kulit bibir.Kunyit pula mampu merawat bibir hitam dan kering sementara lemon berfungsi sebagai pencerah.
Caranya dengan mencampurkan tiga sudu besar jus lemon, satu sudu besar minyak badam dan dua sudu teh kunyit.
Gaul sekata dan sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air.
3. Limau Nipis
Kaya dengan vitamin C, limau nipis turut memiliki vitamin A, E, K, kalsium, magnesium, potasium dan fostor.
Kelebihan yang ada mampu merawat permukaan bibir kehitaman.
Pelbagai perkara boleh menyebabkan berlakunya bibir gelap seperti terdedah kepada cahaya matahari, merokok atau pengambilan kafein terlalu tinggi.
Jadi, potong limau nipis dan sapukan pada bibir selama lima minit dan biarkan 30 minit.
Bilas dengan air dan lakukannya dua kali kali sehari jika ingin mendapatkan hasil yang terbaik.
Seperti orang lain, dia juga pernah melalui pengalaman mengalami kenaikan berat badan mendadak sehingga mencecah 84kg.
Namun itu semua bukan alasan untuk kembali mendapat berat badan ideal. Menggunakan cara diet lebih sihat dan selamat dengan mengamalkan diet suku-suku separuh serta diet kalori.
Selain itu dia juga turut melakukan senaman workout bersesuaian dalam melengkapkan perjalanan dietnya.
Ayuh, ikuti perkongsian diet wanita ini Habibah Anuar yang kini berat badan sekitar 56 kg dengan ukuran pinggang 26.3 inci.
Turut berkongsi menu yang diambil sepanjang perjalanan dietnya ini.
Terkejut. Da lama tak timbang. Saja la timbang turun lagi. Then ukur pingang pon kurang. 26.3 inci da
Plan nak maintain ja ari tu 56kg dan 27inci. Makan da ikot kalori dalam 1500 – 1700 Amalkan dsss dan diet kalori. Serta lebihkan senam bebanan ( jika salah mohon tegur) Makan makanan yang kenyang dan puas
Pernah obes sampai 84kg. So kali ni betul-betul tak nak dah laluinya
Sekali lagi tular kisah kanak-kanak lelaki 12 tahun yang dikatakan korban strok haba di Kluang, bermula dari demam sahaja dan akhirnya dikejutkan dengan berita meninggal dunia.
Korban Strok Haba, Jangan Ambil Mudah Bila Anak Demam
Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).
Menurut bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.
Bermula Dengan Demam
Pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.
“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.
“Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.
Syahrol terus menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.
Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.
“Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak,” katanya.
Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.
“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad HEBHK.
“Anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor,” katanya.
Langkah Pencegahan Strok Haba
Merujuk eCENTRAL, orang awam perlu mengetahui beberapa langkah pencegahan penting untuk mengelak berlakunya strok haba iaitu:
1. Tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang.
2. Elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan.
3. Pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari.
4. Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung.
5. Tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik.
5. Memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis.
Apa pun, Rapi mengucapkan salam takziah buat mangsa keluarga strok haba. Jangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.