Kena Alert, Pelitup Muka Punca Wajah Berjerawat. Guna 3 Cara Berkesan Atasi Masalah Ini!

Share

Sejak tersebarnya virus Covid-19 di seluruh dunia, kita digalakkan melindungi diri dan salah satunya adalah dengan memakai pelitup muka atau facemask.

Pemakaiannya adalah diwajibkan sekiranya keluar ke tempat awam yang ramai orang bagi mengelak jangkitan virus ini.

Namun bagi mereka yang tidak tahan dengan pemakaian pelitup muka ini boleh menyebabkan masalah jerawat atau dikenali mask acne.

Menurut pakar dermatologi, Dr Sonia Hanifati, berikutan penularan Covid-19 yang berlaku di seantero dunia masyarakat sentiasa dinasihatkan berwaspada dengan memakai penutup muka.

“Pun begitu, dek kekerapan memakai topeng muka majoriti individu mengeluh kerana mereka kini terpaksa berdepan pula dengan masalah mask acne (jerawat dan iritasi).

“Perlu difahami masalah kulit wajah berkenaan berpunca apabila kelembapan terperangkap di dalam topeng muka.

“Secara tidak langsung, pori-pori tersumbat lalu meningkat pertumbuhan kuman atau bakteria penyebab jerawat,” jelasnya.

Justeru, bagi mengatasi masalah mask acne dan iritasi, terdapat 3 tip mudah boleh dilakukan. Antaranya ialah:

1. Tukar Topeng Muka

Disebabkan pihak kerajaan telah mewajibkan pemakaian topeng bermula pada 1 Ogos lalu, pastikan korang sentiasa memakainya sebelum keluar rumah.

Pada masa sama, simpan beberapa helai pelitup muka di dalam bekas atau pek yang bersih di dalam beg tangan. Langkah ini bertujuan memudahkan proses untuk menukar mask sekurang-kurangnya setiap tiga jam.

Elak menggunakan topeng muka sama dari pagi hingga malam supaya wajah tidak ‘berdampingan’ dengan bakteria yang melekat lama pada mask.

2. Sentiasa Pakai Krim Pelembap & Serum

Sebelum keluar bersantai, membeli-belah atau ke pejabat pastikan kulit wajah dilapisi krim pelembap dan serum bagi mengekalkan kelembapan berpanjangan. Selain itu, pastikan krim pelembap pilihan mengandungi agen pelembut yang membantu meredakan jerawat dan masalah kekeringan.

3. Elak Pakai Krim Asas

Tidak salah untuk bersolek supaya wajah tidak kelihatan pucat. Bagaimanapun, wanita disarakan agar tidak menyapu krim asas terlalu tebal kerana ia mendorong pori-pori tersumbat, sekali gus menyebabkan jerawat dan iritasi.

Sumber: www.kompas.com.

Artikel Berkaitan:

Rupanya, Penyakit Tiroid Boleh Sebabkan Kemandulan. Kena Tahu Komplikasi Lain & Rawatannya!

Bahaya Diabetes, Selain Tolak Makanan Manis Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Gula Dalam Darah

Kenal Pasti Warna Air Kencing Normal Atau Tak, Rupanya Boleh Jadi Petunjuk Kesihatan

Published by
Siti Zurina Mat Saman