Cantik bagai tak dimamah usia, Erra Fazira yang cukup sinonim dengan gelaran Primadona Filem Melayu, tidak ambil pusing soal gelaran Datuk.
Walau sering dikatakan selayaknya menerima gelaran tersebut, pelakon wanita ini memilih untuk bersikap terbuka dan lebih positif.
Erra Fazira Tak Ambil Pusing Soal Gelaran Datuk
Meskipun prestasinya dalam dunia seni begitu gemilang dan diiktiraf ramai, Erra, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 50, masih belum dianugerahkan pengiktirafan itu.
Bagi Erra, persoalan tentang gelaran tersebut sering kali menimbulkan perasaan terharu dalam dirinya. Meskipun ramai peminat berpendapat bahawa beliau layak menerima pengiktirafan yang diberikan oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri, Erra tetap merendah diri dan enggan mengambil berat mengenai perkara ini.
Ads
Saya tidak ambil pusing tentang perkara ini. Saya bukanlah orang yang tepat untuk komen tentang isu ini kerana ini bukan bidang saya. Pada saya, ada ramai lagi selebriti senior yang lebih layak dan mempunyai jasa serta bakti untuk dapat gelaran Datuk,” ujar Erra.
Cukuplah Peminat Menghargai Bakatnya
Biarpun ramai yang menganggap dirinya layak, Erra lebih menghargai niat baik peminat yang menzahirkan pandangan tersebut. Bagi beliau, penghargaan daripada peminat adalah sesuatu yang sangat bermakna, walaupun tanpa gelaran rasmi.
Ads
“Kalau ramai yang berpendapat bahawa saya layak dapat gelaran Datuk, pada saya itu adalah pendapat mereka dan saya berterima kasih kerana itu sedikit sebanyak merupakan satu penghargaan buat saya. Biarlah saya tiada gelaran, tetapi apa yang mereka fikir dan rasa untuk saya sangat-sangat bermakna,” tambahnya lagi.
Dapat Gelaran Datuk, Itu Rezeki
Ads
Namun begitu, pelakon filem Sembilu itu tidak menafikan bahawa sekiranya satu hari nanti dia dianugerahkan gelaran Datuk, ini akan dianggap sebagai satu rezeki yang amat disyukuri.
“Kalau dapat, saya anggap itu satu rezeki. Kalau ada rezeki Alhamdulillah. Kalau tiada, saya tetap teruskan hidup seperti biasa. Tak perlu nak rasa stres,” kata Erra dengan penuh ketenangan.
Terkini, wajah jelita Erra akan kembali menghiasi kaca televisyen setiap hujung minggu bermula September ini. Erra telah terpilih sebagai juri tetap dalam program Kilauan Emas musim baharu, yang memberi peluang kepada warga emas untuk mempamerkan bakat mereka.
Tak sangka, seorang wanita berusia 60 tahun guna limau purut sahaja untuk menjaga kecantikan wajahnya.
Lebih selesa menggunakan cara orang lama, dia tak mahu mengambil jalan mudah dengan cucuk wajah yang memerlukan kos yang tinggi.
Guna Limau Purut Naikkan Seri Wajah, Wanita Ini Usia Pun Dah 60 Tahun
Mungkin setengah orang nampak cantik dengan cara begini dan untuk nampak muda kenalah buat secara rutin. Belum lagi kos untuk setiap rawatan yang digunakan. Masing-masing ada cara tersendiri.
Tak perlu nak membazir, masih ada cara semulajadi untuk kekal muda, sekaligus membantu untuk naikkan seri wajah kita. Ini antara perkongsian daripada Kak Jue yang hanya menggunakan limau purut saja.
Kekal Muda Dengan Hanya Guna Limau Purut
Seperti yang kita ketahui, limau purut ini banyak khasiatnya. Bukan setakat untuk dijadikan bahan perasa untuk makanan, ia turut digunakan bagi rawatan tradisional dan juga untuk kecantikan, dengan menaikkan seri wajah seseorang.
Tak perlu berhabisan duit untuk kekal muda dan cantik, hanya guna lipau purut dah cukup untuk membantu naikkan seri wajah, hilangkan masalah jeragat, jerawat dan paling
penting kekal muda. Inilah cara yang digunakan oleh Kak Jue untuk naikkan seri wajah dan kekal muda walaupun berusia 60 tahun.
Caranya:
Potong limau purut dan tenyehkan di bahagian muka berulang kali.
Boleh picitkan sedikit untuk keluarkan jusnya sebelum menggosok ke bahagian muka.
Manfaatnya:
Naikkan seri wajah, buang aura negatif dan tambah keserian wajah.
Hasilnya kulit muda, nampak bersih dan berseri.
Tip: Jika ada rasa pedih pada bahagian kulit muka ketika menggosok, kena cepat-cepat basuh muka.
Info: Bagi yang ada masalah kulit sensitif, elakkan daripada menggunakan bahan ini.
Sumber: jueeusope (tiktok)
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak tak belajar cara mekap Dato Alha Alfa masa raya nanti? Haaa… inilah masanya untuk anda asah kemahiran yang ada. Dan kalau berjaya, anda siap boleh buat duit tepi!
Untung, bukan? Sebab tak ramai orang yang pandai mekap walau untuk bersolek sendiri. Kadang pakai kejap, mekap sudah cair dan nampak bercapuk. Jenuh pula nak touch up semula.
Jadi bagaimana nak atasi masalah muka bercapuk ini?
@alhaalfaofficialutk mak2 yg nak cepat! cara ni mmg amat2 sesuai! selamat mencuba ❤️
Cara Mekap Dato Alha Alfa, Hasilnya Langsung Tak Bercapuk!
Jom ikuti tip daripada Dato Alha Alfa bagaimana nak elak muka bercapuk lepas guna foundation, menerusi step mekap yang dikongsikan di bawah. Ini contoh kalau nak mekap mudah-mudah pergi pasar. Tetap kena cantik!
Untuk permulaan, kamu perlu sapukan muka dengan serum booster bagi meningkatkan kualiti kulit sebelum memakai mekap.
Krim Foundation
Untuk buatkan muka nampak natural dan tidak sarat, campurkan krim foundation bersama serum booster untuk buatkan pemakaian mekap tahan lama dan ringan.
Krim Concealer
Selesai memakai rata krim foundation, masuklah pula bahagian concealer. Gunakan concealer pada bahagian bawah mata, tulang hidung, dahi dan juga dagu, sapu rata concealer guna beauty blender.
Shade Dan Highlight
Penggunaan shade dan highlight dalam bertatarias, merupakan step yang perlu dilakukan bagi membuatkan mekap muka kelihatan menyerlah serta muka tidak nampak terlalu tebal.
Loose Powder
Untuk langkah seterusnya, pastinya penggunaan loose powder tidak boleh ditinggalkan, ianya dapat menyempurnakan lagi mekap muka.
Blusher
Tak lengkap mekap di muka tanpa blusher atau pemerah pipi, kehadiran pemerah pipi akan membuatkan muka tambah berseri dan lebih segar.
Pembayang Mata
Pemilihan pembayang mata atau eyeshadow haruslah sama seperti rona warna kulit, agar terserlah kecantikan semulajadi dan tidak menyebabkan meka jadi terlalu heavy.
Gincu Matte
Dan penggunaan gincu matte guna hendaklah menggunakan rona warna yang serasi dengan tona warna kulit muka, seperti warna matte coklat, matte krim cair, dan sebagainya.
Lepas ini kalau nak mekap, bolehlah ikut step-step yang Dato Alha Alfa kongsikan seperti dalam video Facebooknya ini. Confirm lepas ini, muka tak lagi bercapuk atau keluar banyak sangat minyak muka.
Kalau anda nak lembutkan tangan kasar, tak perlu pun guna losyen. Anda boleh cuba tip yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Shiela Shafie , katanya berkesan.
Ada tiga pilihan untuk anda, mana-mana bahan yang dah ada di rumah, anda boleh terus amalkan.
1. Air suam
Rendamkan tangan dalam air suam adalah salah satu cara berkesan untuk dapatkan tapak tangan yang lembut. Tetapi pastikan suhu air tak terlalu panas kerana ia mungkin akan membuatkan kulit jadi kering.
Tambah beberapa titis minyak ekstrak bunga mawar ke dalam air lalu rendamkan tangan beberapa ketika dalam campuran air berkenaan untuk 10 minit. Hasilnya, tangan makin lembut!
2. Gula dan minyak zaitun
Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan satu sudu besar gula sehingga ia menjadi seperti pes. Sapukan pes itu di keseluruhan tangan dan fokuskan pada bahagian celah kuku serta jari-jemari.
Setelah beberapa ketika melakukan skrub tersebut, basuh dengan air seperti biasa. Manfaat minyak zaitun adalah untuk melembab, gula pula untuk mengikis sel kulit mati serta daki di tangan. Hasilnya tangan nampak cantik dan lembut dalam sekelip mata!
3. Minyak Sapi
Ambil satu sudu minyak sapi dan lumurkannya di keseluruhan tapak tangan serta permukaan kulit tangan, tenyeh juga pada bahagian kuku dan di celah-celah kutikel untuk beberapa ketika. Anggap saja seperti losen.
Setelah itu, basuh tangan dengan air tanpa menggunakan sabun. Memang melekit dan berminyak tetapi jika ia diamalkan selama seminggu, tangan anda pasti lembut!
Akhir perkongsian, Shiela menitipkan pesan kepada kaum wanita agar menggunakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan dan sebagainya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!