Jaga Makan Saja Tak Cukup, Kenalah Aktif & Ceria. Rahsia Raja Ema Awet Muda Usia Separuh Abad! Setiap kali mendengar siulan lagu Jejaka Idaman yang cukup sinonim dengan penyanyi ini, Raja Ema membuatkan hati terasa lebih ceria dan gembira.
Apa tidaknya, penyanyi lagu ini juga dilihat sebagai seorang yang mudah ceria, gembira dan enjoy menjalani rutin hariannya.
Biarpun hidup sendirian lebih 20 tahun, tiada langsung istilah sunyi buat penyanyi dan pelakon berbakat ini.
Malah dirinya juga sentiasa bersikap positif dan itulah rahsia Raja Ema kekal menawan biarpun usia sudah melewati separuh abad.
Dalam artikel di Harian Metro, pada usia 54 tahun ini dia malas untuk berfikir soal jodoh atau mencari teman hidup sebaliknya lebih seronok menikmati kehidupan solo di samping dua anaknya, Putera Ammar, 28, dan Putera Al Kashah, 26.
“Sebenarnya saya sudah malas nak fikir sebab urusan jodoh ini kita tak tahu bagaimana akhirannya. Kalau berniaga atau terbabit dalam dunia seni saya tahu apa yang bakal saya capai.
Ads
“Saya bukan nak menakutkan sesiapa tetapi bila bab perkahwinan ini kita berurusan dengan manusia. Kalau kita berharap perkahwinan yang dibina itu sehingga ke syurga sekali pun, belum tentu kita dapat mencapainya.
“Memanglah kita boleh bebaskan seseorang dengan bercerai bila sudah tiada hati. Tapi kalau ditakdirkan bercerai berapa banyak masa sudah dibuang dan dibazirkan.
“Bukankah lebih baik masa itu kita gunakan dengan perkara berfaedah untuk diri sendiri? Tiada istilah sunyi dalam hidup saya. Kalau ada pasangan belum tentu saya boleh buat macam-macam benda,” katanya.
Menurut Raja Ema atau mesra dipanggil Kekma, walaupun ramai yang menganggap kehidupan berpasangan lebih membawa kebahagiaan kepada kehidupan seseorang tetapi dia pula berfikiran sebaliknya.
Ads
“Bila saya katakan saya gembira dengan kehidupan solo ramai yang tidak percaya. Mungkin mereka fikir bila ada pasangan baru terbit rasa bahagia itu, tapi tidak dinafikan juga ada individu yang solo tapi tak gembira kerana mereka mahukan pasangan hidup.
“Cuma saya sudah tetapkan yang mati nanti pun seorang, jadi saya okey saja begini. Tipulah kalau saya katakan saya tidak takut apabila bersendirian, lebih-lebih lagi baru dijangkiti Covid-19 pada awal tahun ini sehingga tidak dapat teruskan perniagaan.
“Setiap ujian yang dilalui menguatkan saya untuk terus kuat dan berserah kepada takdir Ilahi. Saya tidak meletakkan sebarang harapan tapi biarlah urusan jodoh ini datang pada waktu yang tepat,” kata dalam usia begini mengakui tidak terlalu obses dengan berfesyen.
Dia memberitahu lebih gemar menyarung pants yang dipadankan dengan coats labuh atau bergaya dengan gaun kembang bersesuaian. Terutama apabila digayakan untuk majlis tidak terlalu formal.
Ketika ditanya tip untuk kekal sihat dan cantik, Raja Ema dalam satu perkongsian di Youtube memberitahu perlu sentiasa aktifkan diri.
“Bila kita aktifkan diri, kita akan rasa lebih ceria, lebih cergas dan fikiran juga jadi tidak jadi terlalu kusut.
“Selain itu, saya memang sangat menjaga pemakanan. Dalam masa sama sekali atau dua kali seminggu atau dua minggu sekali Kekma memang akan pergi bersenam dan sebagainya untuk menjaga kesihatan,” katanya yang memang dari dulu sangat minat berniaga terudama dalam bidang kecantikan.
Masih ingat pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy tak? Susuk tubuh ini cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Angeline Tan Dah 50-an, Tapi Air Wajahnya Tetap Memukau
Angeline ini memang fasih berbahasa Melayu, malah pakej kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Paling terbaru, Angeline Tan ditampilkan dalam drama Hijrah Jannah arahan Feroz Kader menerusi saluran Astro Ria.
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Manis dan punya aura tersendiri, Bella Dally berkulit cantik dan cukup pandai jaga badan walau usia semakin meningkat.
Aktif dalam menggayakan fesyen tudung, Bella memiliki kulit wajah yang bersih dan lembut membuatkan sesiapa sahaja yang memandang tak jemu melihatnya.
Malah, wanita kelahiran Sabah ini lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab dan sopan.
Bella Dally Jaga Makan Dan Suka Bersenam
Apabila digali tentang rahsia cantiknya, wanita ini tak loket berkongsi gaya pemakanan dan amalan hariannya.
“Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.
Foto: Instagram @belladally
Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan. Ketika photo shoot saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja.
Ambil Nasi Dan Gula Tapi Kurangkan
Ya, Bella memang jaga makan dan bersenam. Siang makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan.
Tapi kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuhnya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memang boleh rasa badan cepat naik.
Jadi jika anda nak tubuh maintain slim dan berwajah cantik tanpa masalah jerawat daj jeragat, kawal pemakanan yang diambil dulu ya. Dari dalam akan biaskan pada luaran kita, mesti cantik cara sihat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan dikhabarkan menunaikan ibadah umrah bersama ibunya Datin Noor Kartini.
Menerusi Instagram, Datin Kartini ada berkongsikan gambar bersama Ameera di Tanah Suci Mekah. Hanya kelihatan sipi-sipi, namun rata-rata netizen memuji kecantikan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu.
Netizen Memuji Ameera Khan
Dibanjiri dengan komen memuji anak gadis itu, ramai menyangkakan wanita disebelah Datin Kartini orang Tukey, rupanya Ameera Khan.
Ada yang meluahkan rasa rindu untuk melihat Ameera seperti biasa di media sosial.
Apa pun Ameera Khan memang dilihat semakin cantik dan menjaga auratnya, moga terus istiqomah dan dapat menjadi contoh yang baik buat peminat tersayang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!