Jarang ada orang kongsikan tips tutup pori wajah dengan cara jimat tetapi ada seorang gadis Korea ini mudah-mudah saja hilangkan masalah pori hanya dengan menggunakan lidi pencungkil gigi sahaja!
Macam mana caranya? Jom kita tengok satu persatu tips yang dia kongsikan ini.
Tips Tutup Pori Wajah
1. BERSIHKAN KULIT WAJAH
Menurut Hanabono, sebelum mengenakan mekap, anda perlu pastikan kulit dibersihkan menggunakan skrub bagi menghakis segala kotoran dan sel kulit mati yang boleh mencacatkan solekan. Barulah solekan nampak sekata.
2. KRIM PELINDUNG MATAHARI
Ads
Merupakan rutin kecantikan terpenting, sapukan krim pelindung matahari rata-rata pada kulit supaya terlindung dari penuaan yang disebabkan selaran matahri berbahaya.
3. SAPUKAN PRIMER DENGAN LIDI PENCUNGKIL GIGI
Apa kegunaan lidi pula? Lidi ini bukan untuk mencungkil pori-pori wajah sebaliknya untuk menyapu krim primer. Lidi tersebut boleh digunakan untuk memasukkan krim secara rata ke dalam pori-pori seterusnya menjadikan permukaan kulit lebih rata.
Ads
4. SAPU BEDAK ASAS & CONCEALER DENGAN BERUS KEPALA RATA
Seperti biasa, sapukan bedak asas secara menyeluruh dengan berus yang memiliki bulu permukaan rata supaya mudah menolak masuk produk secara rata ke permukaan kulit. Kalau boleh gunakan gerakan menekap dan bukannya gerakan menarik.
5. SAPUKAN BALSEM PORI DENGAN LIDI
Ads
Langkah seterusnya dengan menyapu balsem pori jenama The Face Shop atau mana-mana yang bersesuain pada setiap pori-pori yang besar menggunakan lidi. Ia umpama simen yang dimasukkan ke dalam lubang pori agar permukaan kulit jadi rata. Barulah flawless!
6. TUTUP DENGAN BEDAK TABUR
Akhiri solekan dengan sapuan bedak tabur atau loose powder yang ditekap pada keseluruhan wajah. Fokuskan pada kawasan yang mudah berminyak seperti dahi dan celah hidung agar mekap terpelihara lama dan kulit pun tak nampak terlampau glossy.
Untuk lebih jelas anda boleh rujuk video ini:
Senang tak? Kalaulidi dah ada boleh buat malam ni, jangan lupa cuba buat tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dilihat pada usianya sudah mencecah angka 40an, tetapi tenaganya masih lagi kekal fit dan rancak. Begitu juga dengan kecantikannya, kekal jelita bagai tak dimakan usia.
Ternyata penampilan penyanyi Shakira yang terkenal dengan lagu ‘Waka-Waka’ dan Hips Don’t Lie’ ini masih lagi mampu mencuri tumpuan dengan lenggok tariannya yang memukau.
Siapa sangka dia rupanya sudah bergelar ibu dan mempunyai dua orang cahaya mata. Pemilik nama penuh Shakira Isabel Mebarak Ripoll ini mendedahkan dia sering mendengar lagu ‘Green Day’ dalam genre rock bagi membangkitkan semangat ketika melakukan aktiviti kecergasan.
Jurulatih peribadi Shakira yang juga rakan baiknya, Anna Kaiser memberitahu, Shakira melakukan aktiviti kecergasan 6 kali seminggu. Semua latihannya juga adalah berbeza-beza.
Shakira menitikberatkan soal kecergasan bukan hanya untuk stamina bahkan demi menjaga suara agar kekal merdu. Ini kerana Shakira pernah mengalami kecederaan di peti suaranya sehingga terpaksa menangguhkan program Jelajah Dunia El Dorado pada tahun 2017.
Selain itu, Shakira juga tidak makan makanan yang mengandungi gula dan susu.
Biasanya diisi dengan pelbagai jenis sup. Terdapat bebarapa jenis sup pilihan Shakira iaitu sup daun bawang dan terung, lobak dan … Adakalanya sup timun dengan lemon dan garam.
Ikan dan sayuran. Shakira akan sekalikan untuk makan tengahari dan makan malam. Hanya tinggal untuk dipanaskan semula saja.
Namun begitu, seminggu sekali Shakira akan cheat day dengan makanan yang digemarinya (tidak terlalu sihat). Baginya cheating juga penting agar tidak bosan.
Seperti wanita lain, dia juga mempunyai regim kecantikan tersendiri. Walau bagaimanapun mengakui seorang yang ringkas dan tidak obses dengan solekan.
Menurut laman web Allure, Shakira menjaga kecantikan kulit muka dengan memakai sunblock setiap hari.
Shakira juga percaya dengan penggunaan sunblock kerana ia dapat menghalang kulit muka saya daripada sinaran matahari. Malah dia juga lebih selesa mengenakan solekan nipis sekiranya membuat persembahan.
“Saya akan cuba mengenakan solekan natural sebaik mungkin. Foundation pun hanya pakai di bahagian tertentu dan sedikit maskara. Ada masanya pula saya cuma melentikkan bulu mata sahaja tanpa memakai maskara langsung.
“Malah saya rasa lebih seksi setiap kali saya gembira dan ketawa. Pada saya tiada mekap lebih menarik daripada senyuman hebat,” ujarnya yang senang memilih warna natural untuk gincu bibir dan pembayang mata. Dia juga sebenarnya selesa untuk menyolek wajahnya sendiri jika ada sebarang majlis untuk dihadiri.
Anda mesti suka kulit glowing, bukan? Maklumlah glowing bukan sahaja buatkan kita nampak cantik, tapi skin pun nampak sihat dan tak kering.
Namun anda jangan salah faham, muka berminyak pun akan buatkan kulit nampak macam glowing. Walaupun sebenarnya itu adalah lebihan minyak di kulit muka.
Jadi jom belajar daripada saudari Kyleeyaa bab rutin kecantikan kulit untuk buatkan muka nampak glowing dengan sihat.
Pernah dengar tak double cleansing method? pernah cuba double cleansing method? Double cleansing method sangat lah bagus untuk anda yang suka mekap selalu berada di luar dan terdedah pada cahaya matahari dan habuk.
Double cleansing method akan membuatkan dan memastikan kulit muka bersih dari segala kekotoran. Macam mana nak buat double cleansing method?
Anda kena mulakan dengan mencuci wajah menggunakan oil base cleanser. Oil base cleanser akan menyebabkan lebihan minyak pada kulit wajah dapat ditanggalkan dengan lebih baik.
Kemudian anda boleh teruskan dengan step seterusnya iaitu gunakan pencuci muka. Pastikan pencuci muka gentle to your skin untuk mengurangkan iritasi kulit.
Ada toner yang akan menipiskan kulit dan membuatkan kulit terasa panas,tegang dan mengelupas. Jadi untuk dapatkan kulit yang glowing dari dalam, kena pastikan toner yang dipakai dapat memastikan kulit sentiasa hydrate. Dari situ, kulit akan rasa lebih bouncy, lebih lembut dan tak kering. Bila hidrasi dijaga dengan baik,kulit akan nampak glowing dan sihat!
Tak boleh skip atau lupa pakai sunscreen. Sunscreen amat penting untuk memastikan kulit terjaga dan terlindung dari sinar UV yang sangat merbahaya.
Apa kesan pada kulit kalau lupa atau selalu skip sunscreen? Jerawat akan mudah tumbuh, sunburn dan pigementasi akan menjadi lebih teruk.
Anda nak ke kulit jadi kusam dan tak bermaya?Kalau tak nak, anda kena pastikan pakai sunscreen dan reapply bila perlu.
Itu sahaja rutin kecantikan yang wajib anda buat untuk dapat kulit glowing!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, ramai yang gemarkan aktiviti berbasikal. Sama ada berbasikal secara individu atau berkumpulan, aktiviti ini makin popular hari ini.
Banyak manfaat diperoleh bagi yang mahu mencuba aktiviti lasak ini. Namun bagi yang baru mula-mula menceburinya perlu persediaan awal agar tidak mendatangkan masalah kelak.
Ini antara kenaikan aktiviti berbasikal yang perlu anda tahu.
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.