‘Dua-Dua Cantik, Tak Jemu Melihat’ – Macam Kembar, Penampilan Fazura & Tengku Permaisuri Selangor Jadi Perhatian

Share

‘Dua-dua cantik, tak jemu melihat’ – macam kembar, penampilan Fazura & Tengku Permaisuri Selangor jadi perhatian. Keakraban pelakon dan juga usahawan, Fazura dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memang tidak dapat dinafikan.

Hubungan rapat ini dapat dilihat apabila kedua-duanya sering hadir bersama-sama dalam majlis formal atau tidak.

‘Dua-Dua Cantik, Tak Jemu Melihat’

Malah ketika sambutan hari lahir DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Jun lepas juga menyaksikan Fazura dijemput beramah mesra dan sebagai kejutan hari lahir Permaisuri Selangor ini.

Artikel Lain: Rajin Buat Rawatan ‘Ice Facial’ Segarkan Kulit Muka, Rahsia Wajah Comel & Awet Muda Mira Filzah

Bukan itu saja, kedua-duanya juga turut dilihat hadir ketika majlis pratonton tayangan filem Mat Kilau yang menyaksikan suami kepada Fazura, Fattah Amin berlakon dalam salah satu watak.

Terbaru keduanya juga hadir bersama menyaksikan konsert Kumpulan Dewa 19 apabila penampilan Fazura bersama DYMM Tengku Permaisuri Norashikin adalah seperti kembar pada malam itu.

Artikel Lain: Rahsia Awet Muda Masuk Usia 50. Kakak Kris Dayanti Rajin Pilates & Pakai Masker Cegah Kedut Wajah!

Macam Kembar, Penampilan Fazura & Tengku Permaisuri Selangor Jadi Perhatian

Malah kedua-duanya juga dilihat mengenakan persalinan kasual kemeja lengan panjang hitam yang dipadankan dengan seluar jeans biru.

Ramai memuji kedua-duanya ibarat kembar yang cantik dengan penampilan yang sangat mempesonakan.

fantast11cfattah Kembar cantik fazzy with beautiful queen so twins

maizatulmohdjohan Cantiknya Permaisuri . Begitu juga dengan Fazz, cantik. Macam kembar

salilaharis As usual two beatiful ladies of natural beauty

melati_tdh Dua2 cantik. Tengku permaisuri humble je. .

hafeez252 Cantik sungguh Tengku Permaisuri Norashikin dan Puan Fazura ..x jemu melihat mereka berdua

Ternyata hubungan baik antara Fazura dengan DYMM Tengku Permaisuri ini juga dapat dilihat apabila Fazura turut menerima pemberian istimewa Tengku Permaisuri Selangor buat anak tersayang, Fatima.

Kredit Foto: Instagram Fazura

Artikel Berkaitan: ‘Beautiful Queen…” Netizen Puji Penampilan & Keperibadian Tengku Permaisuri Norashikin, Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-50

IKLAN