Dituduh Anti Vaksin, Rita Rudaini Kongsi Khasiat Minum Air Rebusan Herba Untuk Kecergasan Diri

Share

Viral semalam apabila pelakon Rita Rudaini menyelar tindakan seorang pengacara yang menganggap dirinya anti vaksin dan menganggap Covid-19 adalah iluminati.

Ini disebabkan gara-gara melihat perkongsian dia yang merebus herba seperti bunga lawang dan serai di laman Instagramnya.

Namun ibu kepada dua anak lelaki ini menafikan dia anti vaksin sebaliknya mengamalkan alternatif lain untuk menjaga kecergasan diri dan menguatkan imunisasi badan.

Dalam pekongsian lain, Rita juga turut memberitahu khasiat herba yang direbus berkenaan menurut pandangan Pakar Mata dan Motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Khasiat Air Rebusan Herba

Kehadapan individu yang kata dia jiran saya. Terima kasih kerana ambil berat dengan kehidupan seharian saya termasuk apa saja dikongsikan di Instagram. Nampak gayanya, dia tahu segala sudut dan inci mengenai saya.

Apa ingin saya cakap adalah, apa bukti dia mengatakan saya anti vaksin? Besar dan berat sangat tuduhan tu. Boleh jadi fitnah.

Saya nak tanya kepada semua rakyat Malaysia orang Melayu terutamanya, adakah dengan membuat rebusan herba dan meminum airnya salah? Adakah ia haram? Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan?

Sedangkan Rasulullah SAW juga mengamalkan pengambilan herba seperti Habbatussauda, Zaitun, Henna, Siwak untuk tujuan perubatan. Malah dalam al-Quran juga menjelaskan perkara ini.

Adakah menjadi kesalahan untuk seseorang yang mengamalkan pengambilan herba sebagai satu alternatif untuk menjaga kesihatan diri? Adakah itu boleh dilabel anti vaksin?

Malah, Pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad ada memberikan tips berkenaan amalan air rebusan rempah ratus tertentu dipercayai baik untuk kesihatan tubuh bagi kecergassn diri dan menguatman imunisasi badan.

Antara rempah ratus itu adalah bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kunyit hidup, halia, serai dan kayu manis.

Jadi, saya nak bertanya sekali lagi kepada jiran yang ambil berat itu, adakah perbuatan salah?

Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini

Artikel Berkaitan:

Diabetes Salah Satu Penyakit Kormobid, Kesan Lebih Buruk Jika Dijangkiti Covid-19. Periksa 4 Gejala Ini!

Lelaki Sedih Baru Hilang Mak, Sanggup ‘Berkorban’ Demi Selamatkan Pesakit Covid-19

‘Lari Untuk Lawan Penyakit’ – Pesakit Diabetes Berjaya Hilangkan 56KG, Lepas Aktif Berlari & Jaga Makan

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman