Baik perempuan atau lelaki, ramai yang sanggup berhabis duit demi status awet muda. Namun kali ini anda boleh menggunakan dua bahan yang ada di dapur, iaitu timun dan madu untuk menghasilkan masker dan pakai pada wajah.
Ya, menurut Puan Nurasykin Ali, masker ini sangat berkesan untuk menganjalkan kulit wajah dan pada masa yang sama boleh hilangkan eyebag di sekitar bahagian mata. Jom kita tengok macam mana langkah untuk buat sendiri masker timun madu ini.
D.I.Y MASKER AWET MUDA
Nak kulit yang cantik dan peloles bak kulit telur kan? Ah, sudahlah jangan cakap tak pula.
Syarat nak CANTIK senang saja, kena RAJIN! Selain tepek berbagai skincare kat muka sebelum tidur, anda kena amalkan mask sekurangnya 1 minggu sekali. Tapi kalau dapat buat hari hari lagi bagus. Boleh jadi retis kpop terus.
Nah, kak ekin kongsikan masker yang senang jimat buat sendiri je. Khasiat dan vitamin pun tinggi. Yang penting tanpa chemical. Hanya TIMUN dan MADU.
Timun ni memang elok sangat untuk skin. Sebab tu kalau pergi ke mana-mana, masker yang dijual banyak menggunakan formula daripada timun.
Timun ni boleh menyegarkan dan menganjalkan kulit, nyah toksin akibat pemakaian mekap di muka, rawat kulit sunburn, hilangkan eyebag dan melembabkan kulit. Bagus sangat kan!
Ads
Timun Dan Madu
Gabungan timun dan madu akan menggalakkan penghasilan kolagen secara semulajadi. Jadi, kulit korang akan kelihatan awet muda. Baby face gitu!
Dah jom kak ekin ajar cara buat Masker timun + madu ni. Senang je step nya.
Cara-caranya ada di dalam gambar. Sila scroll kebawah.
Ads
Bahan diperlukan:
1. 1 biji timun
2. 2 sudu Madu
Caranya:
Potong timun jadi bahagian yang kecil, bagi memudahkan untuk kisar, timun ni kak ekin guna separuh je sebab besar. Cukup untuk sekali penggunaan.
Kisarkan sampai halus. Jadikan sebagai puri. Tak perlu tambah air dah, sebab timun dah banyak air.
Ads
Dah siap kisar masukkan dalam mangkuk. Kemudian tambahkan 2 sudu makan madu.
Biarkan seketika. Lepas itu boleh lah sapu pada muka. Biarkan pada muka selama 10-15 minit. Dah siap boleh cuci muka.
Senang kan?
Nak cantik kena lah amalkan selalu baru lah cepat kesannya. Amalkan 2-3 kali seminggu.
Semoga bermanfaat.
Jadi, untuk anda yang masih menggali rahsia cantik untuk kulit wajah, boleh cuba DIY sendiri masker timun madu ini di rumah ya. Sebaiknya amalkan dan jadikan rutin kesan terbaik pada kulit wajah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nourul Depp, 45, yang aktif sebagai jurulatih dan penasihat rangkaian kesihatan Herbalife, memaklumkan dia tidak mahu membuat sebarang reviu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihataan pengguna.
Tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram, dia juga tidak memandang kepada jumlah wang yang ditawarkan.
“Maaf ya, saya pilih produk terbaik saja, yang dijamin tidak meninggalkan kesan sampingan.
“Sebelum ini saya pengguna steroid dan juga klien kepada beberapa klinik untuk buat khidmat reviu dan akibatnya saya terkena kesan buruk.
“Saya tak nak buat lagi terutamanya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengikut, peminat termasuk keluarga saya,” katanya.
Bagi pendapat pelantun lagu Kerana Terluka itu, segelintir orang mempromosikan produk demi kepentingan diri tanpa menghiraukan kesan buruk produk tersebut.
“Pilih untuk jadi pengguna yang bijak, buat kajian siapa pengusaha produk dan bahan-bahannya itu. Siapa pengedar dan syarikat dah wujud sejak berapa lama termasuklah asal dari mana?
“Pastikan juga ada kenyataan produk, ada dalam perundangan Megadose. Hati-hati dan jadilah pengguna yang bijak.
“Jangan fikir nak cepat dapat hasil tetapi kesihatan dan nyawa tergadai. Ini hanyalah peringatan bersama daripada saya untuk semua,” jelasnya.
Tips Makan Sihat
Memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat, Nourul juga tidak lokek berkongsi tip makanan sihat buat pengikutnya.
Makan kena jaga. Elakkan gorengan dan lebihkan sayuran!
Penting juga minum air kosong banyak setiap hari, elakkan air manis.Kedua, pastikan makan protein yang secukupnya. Pilih lemak bagus untuk kita, elakkan guna mentega atau marjerin terlalu banyak. Pilih cara masak yang sihat untuk kita.
Kita ni mak-mak problem perut. Dua perkara jika nak perut cantik:
1. Makanan harus makanan yang betul
2. Kena aktif dan buat senaman perut
Macam mana dan apa sekali pun alasan, dua ni kena buat.
“Nak kecilkan perut kena buat consistently. Setiap hari. Boleh aih. Kami anak 4 kami boleh dapat. InsyaAllah hangpa pun.” Kongsinya lagi.
Jadi bagaimana pula dengan kita, masih belasah produk dan makanan yang nampak best atau nak ikut cara Nourul ini?
Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rimas kalau ada bulu ketiak, nak pakai baju tak ada lengan pun segan! Haaa.. buat anda yang mahu bersihkan bahagian pelipat ini, jom cuba petua ini!
Ini yang bagus, masalah bulu ketiak pun oleh selesai. Jemput tengok perkongsian petua tradisional oleh saudari Che Sue untuk hilangkan bulu ketika secara kekal.
Hilangkan Bulu Ketiak
Bahan-bahan:
-Buah limau kasturi
-Lesung batu atau bekas
-Kapur makanan
Cara-caranya:
1.Sediakan beberapa biji buah limau kasturi. Kalau untuk sekali guna, sebiji pun sudah mencukupi.
2.Sediakan kapur makanan, tuang air dalam bekas kapur tersebut.
3.Kemudian, hanya ambil atau tuang air kapur itu sahaja. Tak perlu dikacau bersama kapur.
4.Tuang ke dalam bekas sedikit kemudia perahkan air limau kasturi.
5.Gaul sebati dan boleh digunakan untuk sapu di bahagian ketiak, seminggu sekali.
Menurut Che Su, tidaklah dengan hanya sekali buat sahaja bulu ketiak tidak akan naik terus. Anda perlu sapu dengan kesat di bahagian ketat selama beberap kali, dalam 2-3 bulan akan keluar lagi bulu sehinggalah keluar bulu lembut sahaja. Kemudian, akan hilang secara kekal.
Jika anda mahu cepat, dinasihatkan untuk cabut atau wax dahulu sebelum lakukan proses tradisional sebegini.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aroma harum air bunga mawar ini dipercayai mampu mengatasi stress. Malah bunga mawar atau rose ini juga memberi efek yang menenangkan sehingga menjadi terapi semula jadi untuk meringankan sakit kepala.
Kuasa yang ada dalam bunga mawar diperakui sehingga sering menjadi pilihan pengamal kecantikan dahulu air mawar sebagai sumber utama dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman wanita.
Air mawar berfungsi untuk menyeimbangkan sabun dan pH pada kulit. Air mawar boleh dibeli dan mudah sahaja untuk dibuat sendiri.
Basuh kelopak mawar dengan bersih dan rebus kelopak bunga mawar bersama air menggunakan api kecil. Kemudian suling airnya dan gunakan air sulingan mawar itu.
Manfaat Air Bunga Mawar
1. Melembapkan Kulit
Cuaca panas sering membuatkan kulit mudah dehisrasi dan memberi kesan yang tidak cantik kepada kulit terutama wajah. Bunga ros berupaya melembapkan kulit secara semulajadi dengan kandungan polifenol yang terdapat di dalamnya.
Bukan itu sahaja bunga ros juga mengandungi zat omega 3 dan omega 6 yang berkuasa untuk memperbaiki kerosakan kulit daripada dalam. Bunga ros juga kaya dengan vitamin C yang berfungsi untuk meningkatkan kolagen secara semulajadi dalam tubuh.
Vitamin C ini bukan sahaja membantu menjaga kesihatan kulit sehingga memiliki kulit yang halus dan lembut malah boleh juga menyihatkan organ lain seperti mata. Malah vitamin C ini juga berfungsi sebagai antioksida untuk menghalang radikal bebas pada kulit.
Jika kerap disapu pada kulit wajah boleh menyebabkan kulit tetap anjal dan mengelak daripada kulit cepat berkedut.
2. Atasi Mata Lebam
Mata panda ini terjadi kerana mata yang letih akibat terlalu lama melihat skrin computer, berkerja lewat malam dan berjaga kerana belajar. Mata panda juga boleh terjadi kepada wanita yang meningkat usia kerana daerah kulit dibawah mata semakin menipis.
Bukan suatu penyakit tetapi mereka yang memiliki lingkaran gelap bawah mata ini sering rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat. Malah jika lingkaran gelap bawah mata ini todak hilang akan menyebabkan muncul tanda penuaan seperti kedut dan garis halus di bawah mata.
Jangan risau, air mawar boleh membantu mengatsi masalah mata panda ini dengan mudah. Ambil kapas dan celup dalam air mawar dan tampal di bahagian mata.
Lakukan dengan lebih kerap untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ini dengan segera. Air mawar selain dapat mengatasi mata panda juga memiliki manfaat ajaib lainnya untuk kecantikan.
3. Menghilangkan Jerawat
Jerawat muncul kerana kelenjar di bawah kulit tersumbat akibat kulit mati, minyak dan bacteria. Air bunga mawar memiliki kelebihan yang tidak terduga untuk menghilangkan jerawat.
Air bunga mawar memiliki sifat anti radang yang berguna untuk mencegah iritasi kulit kerana sinar matahari yang berbahaya. Kandungan air dalam bunga mawar dipercayai boleh mempercepatkan penutupan pori-pori sehingga mampu mengurangkan kemerahan pada kulit wajah.
Selain itu, kandungan yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membersihkan wajah dan menghilangkan kotoran dan bekas minyak yang menjadi punca pertumbuhan jerawat. malah kelopak mawar mengandungi sifat antibakteria yang berfungsi mengeringkan jerawat.
Melalui cara yang mudah iaitu mencuci wajah menggunakan air suam yang dicampur dengan air bunga mawar dan bersihkan ke seluruh wajah. Wajah pasti akan kelihatan bersih, segar dan cerah.
4. Mengurangkan Stres
Aroma harum bunga mawar dapat meningkatkan mood lantas memberikan ketenangan dan menghilangkan stress.
Ketika tubuh penat dan mengalami tekanan, tambahkan air mawar di dalam tub mandi dan rendam di dalamnya selama 15 minit. Pasti anda akan rasa nyaman dan timbul ketenangan akibat stress yang melampau.
5. Mencerahkan Bibir
Bibir yang gelap mungkin kerana memakai lipstick yang sudah tamat tempoh atau menghisap rokok. Memiliki bibir yang gelap ini akan membuat wanita hilang percaya diri dan sering menutupnya dengan memakai lipstick.
Air bunga mawar boleh membantu dengan berkesan untuk mengembalikan warna bibir yang asal atau mungkin lebih cantik daripada yang sebelumnya.
Caranya sangat mudah iaitu dengan menitiskan air bunga mawar di atas kapas dan sapu kapas tersebut di atas kulit bibir. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Bagi memerahkan lagi bibir boleh menggunakan khidmat madu.
Hanya dengan menyapu madu di atas bibir dan biarkan seketika selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan kain yang bersih.
6. Sebagai Penyegar
Setelah pulang ke rumah ambil kapas yang telah dicelupkan di dalam air mawar lalu di sapu pada kulit wajah dalam gerakan membulat.
Sapuan dan gerakan ini akan membantu menyingkirkan kotoran yang melakat pada kulit dan juga sisa solekan.
Air bunga mawar ini bukan sahaja membantu kulit lebih sihat dan cantik malah sudah pastu tanpa kesan sampingan yang membahayakan kulit wajah.
7. Mencerahkan Kulit
Air mawar memberikan perlindungan pada kulit serta melembapkan kulit secara semulajadi.
Kandungan vitamin E dan vitamin A yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membantu mencerahkan kulit secara semulajadi. Amalkan cara menyapu air bunga mawar pada wajah dengan menggunakan kapas.
Tepuk di seluruh wajah secara merata. Pasti kulit wajah akan lebih segar dan cerah secara semula jadi.