Biasanya anda cuci muka guna air panas atau sejuk untuk membuang kotoran pada wajah? Ini dikira soalan random untuk memastikan anda menggunakan air yang tepat sewaktu membersihkan wajah.
Air Panas Atau Sejuk
Jadi mana satu untuk kulit muka anda?
Dipetik daripada Byrdie, pakar dermatologi mengatakan bahawa air sejuk atau suam adalah pilihan yang lebih baik untuk mencuci muka daripada air panas. Salah satu sebab ialah banyak keadaan kulit seperti rosacea dan atopic dermatitis (eczema) boleh menjadi lebih teruk dalam suhu panas.
Elakkan Air Panas
Haaa… bukan itu saja, satu lagi sebab kenapa anda kena elakkan air panas semasa mencuci muka adalah kerana air panas boleh menanggalkan penghidrat dan pelembap semula jadi daripada kulit. Ini akan menjadikan kulit kering dan meradang dari semasa ke semasa.
Menurut American Academy of Dermatology, air sejuk atau panas bukanlah pilihan terbaik semasa mencuci muka. Suhu air yang paling sesuai untuk mencuci muka adalah suam!
Ads
“Suhu air tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk. Pilih suhu yang betul-betul di tengah – suhu suam tidak akan menanggalkan minyak semula jadi kerana terlalu panas atau mengecut kerana terlalu sejuk.”
Cuci Muka Kena Dua Kali Sehari
Satu lagi peraturan cuci muka yang ramai pandang remeh adalah hadkan mencuci muka dua kali sehari sahaja. Tetap konsisten dan cuba cuci dua kali sehari, terutamanya pada penghujung hari untuk menanggalkan kotoran, solekan dan bakteria.
Cuci yang berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan menanggalkan pelembap semula jadi pada kulit.
Ads
Jenis Pencuci Muka
Foam cleanser: Dapat berbentuk gel mahu pun krim. Ketika dicampur air, pembersih muka ini biasanya akan menghasilkan banyak buih.
Buih itu bermanfaat untuk membersihkan pori-pori, menghilangkan kotoran, dan menghapus bekas makeup ringan. Jenis cleanser ini sesuai digunakan untuk pemilik kulit berminyak, normal, dan kombinasi.
Ads
Pencuci Krim: Dalam bentuk krim, pembersih muka ini umumnya menghasilkan sedikit buih dan membuatkan kulit lebih lembap. Jenis cleanser krim dapat membantu membuang lebihan sebum (minyak alami kulit) dan sisa makeup ringan.
Jenis kulit yang cenderung dengan jenis cleanser krim adalah kulit kering dan sensitif.
Sabun Ketul: Jenis pencuci dalam bentuk sabun ketul (bar soap) juga mampu menghilangkan kotoran di wajah. Sebelum membeli sabun muka ketul, teliti kandungannya agar tidak menjadikan kulit anda kering atau iritasi.
Sabun ketul atau bar sesuai untuk segala jenis kulit, bergantung kandungan di dalamnya. Namun, sabun muka ketul lebih disarankan untuk kulit normal, kombinasi, dan berminyak.
Bagi anda yang berkulit sensitif dan kering, pastikan kandungan sabun wajah ketul bersifat melembapkan.
Jadi hati-hati ya, walau anda berniat mahu bersihkan kulit wajah. Jangan sampai kulit kering disebabkan salah cara mencuci muka.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak mengenali doktor muda yang kini menetap ddan bertugas di luar negara, Dr Amalina Che Bakri, 33 tahun.
Selain bertugas sebagai doktor bedah, dia juga merupakan personaliti media sosial cukup popular seantero dunia.
Baru-baru ini Dr Amalina selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka tampan, Alexander Charles, 33 tahun.
Apa yang menjadi kegembiraan berganda buat dirinya apabila majlis perkahwinannya disiarkan di majalah fesyen majalah fesyen terkemuka, Vogue Britain.
Ternyata bukan calang-calang orang yang dapat tempat di majalah berkenaan. Selain Dr Amalina yang berasal dari Johor, beliau merupakan rakyat Malaysia kedua yang diberi ruang dalam majalah Vogue selepas penyanyi Yuna yang tampil sebagai penghias wajah Vogue Singapura dan Vogue Arabia.
Dalam majalah berkenaan telah menyiarkan beberapa keping gambar Dr Amalina mengenakan baju kurung semasa upacara pernikahannya baru-baru ini.
Busana kurung moden rekaan pereka dari Malaysia, Cosry yang disarungnya menjadi bualan ramai dan semestinya paparan pakaian tradisional itu dalam majalah global berkenaan menjadi kebanggaan kita semua.
Menerusi artikel yang disiarkan Vogue Britain, Dr Amalina antara lain menceritakan detik-detik bagaimana perkahwinannya terpaksa ditunda sehingga dapat direalisasikan meskipun tanpa kehadiran ibu tercinta, Sabariah Hassan.
Memang cantik dan sopan sekali busana digayakan Dr Amalina yang sememangnya menjadi kesayangan ramai. Malah walaupun jauh diperantauan tetapi sering berkongsi ilmu kesihatan kepada followernya di media sosial.
Bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan dengan kulit dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya.
Perlu diingatkan jangan terus membeli apa-apa jenis ubåt difarmasi kerana bimbang salah penggunaan ubat berkenaan hingga boleh sebabkan masalah lain.
Sebagai rujukan mengenai ubatan jenis krim sapuan ini boleh baca perkongsian oleh Dr Khairul Faizie bagi mengelak kekeliruan.
Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.
Secara jujurnya, jangan sewenang wenang nya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim.Dapat kan nasihat doktor. Anda wajib tahu apa yang anda sapu di kulit anda. Anda ada tanggungjawab/ amanah atas tubuh badan yang Allah pinjamkan ini.
Saya bahagikan krim kepada 6 jenis untuk mudah faham:
1- STEROID CREAM
2- ANTI FUNGAL CREAM
3- ANTIBIOTIC CREAM
4- COMBINATION OF CREAM
5- ANTI VIRAL CREAM
6- MOISTURIZING CREAM
Krim krim ini pulak sebenarnya di sediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan ( preparation). Kita panggil ” krim”, tapi ada beberapa persediaan ” krim” ini, iaitu:
1- OINTMENT : ianya oil based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus( lama) pada kulit, dan lebih kuat kesan nya pada kulit ( more potent). Kita gunakan “krim” jenis ointment ini pada kawasan kulit yang dah menebal & kasar sebab kesan selalu garu & bergesel ( lichenified skin area). Rujuk gambar utk faham kulit yg sudah lichenfied.
2- CREAM : ianya water based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yang less lichenified / kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.
3- LOTION / GEL :Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yang berbulu , juga dikawasan lipatan ( intertriginious area) spt kawasan ketiak , kelengkang, kawasan anus ke kemaluan, di bawah lipatan breast.
Jadi, bila dapat “krim”, tengok persediaan nya, adakah ianya cream? ointment ? lotion?
Next kita kenali pula jenis jenis krim itu, macam yang saya tulis kat atas, ada 6 jenis…
1) STEROID CREAM
Secara umum nya digunakan untuk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.
Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan ” SONE”. Contoh:
Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar untuk kenali kelas-kelas krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kulit dapat komplikasi.
Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan untuk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks. Untuk kes kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin start kan rawatan steroid cream/ ointment guna yg kelas paling potent untuk 5 hari, kemudia di ikuti dengan yang less potent untuk seminggu berikutnya.
Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama( prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen ( hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yang disapu ( allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection),dan kalau di sapu di kawasan yang besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu di serap dalam badan ( systemic absorption ).
2) ANTI FUNGAL CREAM
Kita gunakan untak rawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni orang Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.
Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan “ZOLE”.Contoh:
Dan ada satu jenis anti fungal krim yang nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil)
Rujuk gambar untuk tengok contoh2 anti fungal yg biasa di pasaran Malaysia.
3) ANTIBIOTIC CREAM
Kita gunakan untuk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yg buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak2 tengok imej Google
Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yang tajam. Doktor yang berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.
Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan ” IN”
Contohnya:
– Gentamicin – Fucidin – Neomycin – Mupirocin
4) COMBINATION OF CREAM
Krim dalam jenis ke empat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yang biasa kita jumpa:
– Steroid cream + antibiotic cream
– Antifungal cream + steroid cream.
Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes, ada yang 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal). * Rujuk gambar utk contoh.
Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dalam kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.
Ataupun kita ada eczema yaag kronik. Garu punya garu sampai luka —-lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.
5) ANTI VIRAL CREAM
Krim jenis ini untuk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ini disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
Sebab jarang krim ini di gunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dengan lanjut tentang krim anti virus ini.
6) MOISTURIZING CREAM
Ok, krim ini sangat sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.
Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yg kering = gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh di sapu setiap hari untuk tempoh yang lama,
Insya Allah no problem ( tak macam krim steroid). Kita sarankan untuk mereka yang ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur.Boleh juga di campur dgn steroid cream dalam nisbah tertentu ( 50 % – 50% , 60% – 40 % , etc etc) bergantung pada rawatan doktor.
Krim pelembab yg bagus antara nya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dlm bentuk mandian. Cakap pasal mandi, untuk orang yg kulitnya ada eczema / sensitive skin, hati hati guna sabun mandi yang berubat …contohnya Dettol…Protex..sebab chemical dari sabun2 ini boleh membuang lapisan minyak & lemak pada kulit, so end up kulit akan kering.
So guna kan mandian yang ada moisturizer macam Cetaphil, or Dove. Untuk kulit yang super sensitive juga, kita advised untuk jangan lap badan terlalu kuat dengan towel. Tinggalkan sikit basah2 / kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan lepas tu sapu krim pelembab untuk maintain kelembapan area itu.
=============================================
So, please kenal krim yang anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya ” saya nak krim warna putih tu “. Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yg di re-pack TIADA LABEL.
Zaman dulu ya doktor /farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman la ni, make sure beli krim yg dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau di re-pack sekalipun, ada berhak tahu kandungan krim itu ( mesti ada label).
Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu ” serasi ” sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata mata.
Zaman sekarang ramai nak kulit putih dan sanggup makan supplement macam-macam habis beratus ribu. Malah ada yang gigih berjumpa doktor pakar kulit untuk mengambil suntikan demi berkulit cerah.
Padahal memiliki kulit hitam manis dan sawo matang juga tetap nampak jelita dan menarik!
Ramai Nak Kulit Putih
Sepatutnya anda kena berfikir, tak kisah warna kulit apa sekalipun asalkan bersih berseri bebas cela, itulah yang cantik yang sedap mata memandang.
Selain faktor genetik, warna kulit ini juga mungkin dipengaruhi oleh aspek tempat tinggal di mana individu itu mendiami sekitar kawasan yang lebih panas.
Kelebihan Berkulit Hitam Manis Atau Sawo Matang
Kalau nak tahu, individu yang memiliki kulit ini tinggi melanin dalam tubuh badan dan melanin ini akan memberikan kebaikan kesihatan seperti berikut;
Melawan radikal bebas
Baiklah, individu dengan warna kulit ini tinggi kemampuan untuk melawan radikal bebas yang akan merosakkan sel kulit dan tubuh badan lantas meningkatkan risiko kanser kulit. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menghalang sinar UV daripada mask ke dalam kulit.
Menolak masalah kulit
Satu lagi warna kulit ini agak jarang mengalami masalah kulit seperti jerawat, cela, parut, selar matahari dan lain-lain. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menjaga kulit daripada anasir buruk termasuk alahan atau jangkitan.
Awet muda
Individu berkulit sawo matang akan tampak lebih galah bagi lelaki dan manis untuk wanita berkat daripada kandungan melanin tinggi. Ia juga mungkin hasil kesan antipenuaan yang dibawa oleh melanin sekaligus buat kamu lebih awet muda.
Tulang yang susah rapuh
Melanin turut membantu kulit serta tubuh badan menyerap vitamin penting seperti vitamin D daripada cahaya matahari yang bagus untuk membentu kalsium. Hasilnya, kalsium yang tinggi dalam tubuh badan mampu membuat tulang lebih kuat. Kesan jangka masa panjang, ia mampu mencegah masalah osteoporosis daripada berlaku.
Haaa… nampak tak, banyak kelebihan kulit hitam manis dan sawo matang. Lebih baik anda bersyukur dengan warna kulit yang Tuhan kurniakan dan tak perlu mengubahnya. Lagi pula, cantik itu subjektif! Pandai jaga penampilan, terserlah lah kecantikan anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!