Ramai wanita sekarang nak cerahkan kulit, bukan muka sahaja tapi kalau boleh tangan kaki pun nak putih. Macam-macam bahan yang mereka sanggup sapu ke wajah.
Ini belum lagi kalau ada masalah jerawat, jeragat atau kulit kusam. Semuanya dalam satu. Nak tak nak, kena lakukan sesuatu pada wajah supaya sentiasa nampak berseri-seri.
Cerahkan Kulit Guna Dua Bahan, Satu Malam Pun Dah Nampak Hasilnya
Hanya dua bahan saja diperlukan. Paling senang nak cari kat dapur pun. Ikuti perkongsian daripada ohana_my menerusi video tiktoknya.
Cara yang sangat mudah untuk putihkan kulit muka dan tangan dengan menggunakan tepung beras dan tomato. Hasilnya dapat dilihat dalam satu malam saja.
Bahan:
Tomato
Tepung beras
Caranya:
1. Hiris tomato dan kisar halus.
Ads
Info: Tomato dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit dan kulit bertambah glowing.
2. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan satu sudu tepung beras.
Ads
Info: Tepung beras mampu mencegah pengeluaran melanin berlebihan.
3. Kemudian, sapukan pada seluruh wajah. Gosok perlahan-lahan.
Ads
4. Selepas itu, cuci dengan air bersih.
5. Hasilnya, kulit muka lebih lembab dan cerah, sebelum ini rasa kering dan kusam.
Hah, ini macam antara cara jimat untuk putihkan wajah dan tangan. Jadi, kenalah cuba nanti.
Kebanyakan perempuan suka petua lembutkan tapak tangan sebab kalau kasar sangat, segan pula nak bersalam dengan orang.
Haa.. sebenarnya tak payah nak guna losyen mahal-mahal pun. Hanya dengan sedikit rajin, anda boleh amalkan. Bahan di dapur, yang pastinya memang terbukti dapat bantu.
Ni ada 5 bahan dapur yang boleh kita guna untuk melembutkan kulit tapak tangan.
1. Uncang Teh
Hampas teh jangan di buang. Sapu dan gosok pada tangan. Biarkan 5 minit. Kemudian baru cuci dan bilas. Amalkan 3-4 kali semnggu. Inshaallah tak perlu nak pakai losyen mahal-mahal dah nanti.
2. Hampas Kopi
Kalau kerap minum kopi, serbuk hampas tu pun boleh digunakan. Sapu dan gosok pada tangan. Biarkan 5 minit. Kemudian baru cuci dan bilas. Petua ni lepas beberapa hari jer, dah nampak perubahan tu.
Cubalah, kalau tak cuba memang tak tau kan.
3. Asam Jawa
Ambil sedikit asam jawa, lumurkan pada kedua tapak tangan. Ramas dan urut dalam masa 5 ke 10 minit. Lama kelamaan, kulit tangan akan jadi lembut.
4. Hampas Kelapa
Ini kalau masak guna santan. Santan dari kelapa parut lah ye! Lepas perah, hampas kelapa tu jangan terus buang.
Ramas dan gosok hampas pada tangan untuk beberapa minit. Lagi lama lagi lah bagus.
Cara ni dapat melembutkan semula kulit tangan yang kasar.
5. Bawang Merah
Kupas kulitnya dan hancurkan. Kemudian sapu, lumur dan gosok pada tangan.
Petua camni, kena lah amalkan selalu, barulah dapat hasil yang kita nak.Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak mengenali penyanyi popular Justin Bieber yang cukup popular dengan lagu-lagu nyanyian menusuk kalbu.
Namun pengumumannya baru-baru ini sangat mengejutkan ramai apabila beliau memberitahu bahawa dirinya didiagnosis dengan sindrom ‘Ramsay Hunt’.
Melalui video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, dapat melihat bahawa kondisinya masih stabil dan sindrom tersebut kelihatan seperti Bell’s Palsy.
Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air (chicken pox). Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).
Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.
Secara teori, pengaktifan virus itu semula berlaku kerana penurudan sistem imun. Sistem imun boleh menurun pada individu yang kurang zat, stress, warga emas, wanita hamil, serta penghidap kanser, serta penyakit kronik.
Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:
Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:
– Ubat antiviral
– Ubat kortikosteroid
– Analgesik(tahan sakit)
– Terapi(fisioterapi dan carakerja)
Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang pulih. Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.
Berapa kerap anda menukar gincu, bedak padat, pemerah pipi dan krim pelembap? Sesetengah pengguna menunggu hingga produk habis sebelum membuat keputusan membeli yang baru.
Namun, bagi yang jarang bersolek atau tidak mempraktikkan rejim kecantikan rutin, produk dibeli boleh digunakan hingga bertahun.
Jangan terkejut, sekiranya anda dinasihatkan mengganti produk lebih cepat dari tarikh luputnya.
Pakar kecantikan dari Hairtrade.com., Joanne Dodds mendedahkan, tempoh masa yang sesuai dan tepat untuk anda membeli produk baharu kosmetik kegemaran.
Joanne mengesyorkan, span solekan diganti setiap bulan manakala sesetengah minyak wangi boleh bertahan sehingga sepuluh tahun jika dijaga dengan betul.
Katanya, alat solek berkualiti selalunya menawarkan harga yang tinggi, sekali gus membuatkan pembeli menggunakannya hingga ke tarikh luput.
Namun, pakar kecantikan itu memandangnya sebagai tindakan mengundang padah, berikutan membawa pelbagai masalah kesihatan akibat jangkitan bakteria, cela wajah, radang kulit dan sebagainya.
Ia tetap berlaku, meskipun anda tidak pernah culas membersihkan berus mekap dan span.
Maskara pula katanya, perlu diganti genap empat hingga enam bulan selepas menggunakannya.
Joanne menegaskan, pengguna perlu peka tempoh hayat sesuatu produk selain jangan sayang membuangnya menjelang tarikh luput produk itu.
Beberapa produk lain turut dikemukakan Joanne untuk dipertimbangkan dibuang meliputi;
“Span bercampur kegunaan sepatutnya diganti selepas sebulan digunakan dan dibersih dengan pencuci muka selepas setiap penggunaan,” katanya Joanne.
Katanya, sebab lain span perlu ditukar termasuk sudah comot, koyak dan berderai tanpa sebab selain warnanya berubah pudar.
“Disebabkan berhubung terus dengan mata, had penggunaan maskara sepatutnya tidak melebihi tempoh tiga bulan,” Joanne memberi amaran.
Katanya, larangan berkenaan bertujuan mencegah bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan kerengsaan pada mata.
“Sebab itu, kebanyakan label di maskara menetapkan tempoh penggunaannya hanya sekitar empat hingga enam bulan sahaja,” katanya.
Tabiat membuka tutup berus maskara, mengepam masuk udara ke dalam tiub yang bukan saja menyebabkan maskara kering bahkan pencemaran bakteria.
Justeru, sewaktu memasukkan kembali berus maskara ke tempatnya, pastikan ditutup ketat bagi mengelakkan gelembung udara terperangkap di dalamnya.
“Sebaiknya, buang segera maskara yang kering dan mengalami perubahan warna, tekstur dan bau,” katanya.
Produk krim boleh bertahan cuma sekitar enam bulan kerana kandungan pelembap di dalamnya mampu membiakkan pertumbuhan bakteria.
“Amati dan kenal pasti sekiranya ada kulat, berbau dan warna kekuningan. Segera buang sekiranya krim itu nampak pelik,” kata Joanne.
Tempoh hayat bagi penggaris mata berbentuk cecair adalah enam bulan namun yang lebih membimbangkan, produk ini dikatakan mudah terdedah kepada bakteria.
Pensil celak boleh bertahan sehingga dua tahun dengan syarat, ia ditutup sempurna selepas digunakan. Mereka mengalami jangkitan mata, disyorkan tidak menggunakan pensil mata melebihi tempoh jangka hayatnya kerana dikhuatiri lebih menambah risiko jangkitan tidak diingini.
Bedak asas berbentuk krim dan cecair boleh bertahan sekitar enam bulan hingga setahun berdasarkan kandungan air, minyak dan ejen penghidratan yang membentuknya sekali gus memendekkan jangka hayat namun menambah kemunculan bakteria.
Bedak dalam bentuk serbuk kata Joanne, mampu bertahan sehingga dua tahun kerana lebih padu sekali gus menyukarkan bakteria membiak.
“Penting untuk pengguna ketahui bahan-bahan dalam bedak asas menggalakkan pembiakan kuman. Justeru, amalkan membaca label yang ditampal di belakang bedak selain buat catatan tarikh luput produk itu. Sebaiknya, cuci secara kerap perkakasan menyolek selain amalkan membersihkan tangan sebelum menyentuh sebarang kosmetik,” beritahu Joanne.
Sebagaimana maskara, kerap membuka dan tutup penutupnya membawa udara masuk ke dalam tiub sekali gus menjejaskan kualitinya.
Beli baharu sekiranya pengilat bibir anda menunjukkan perubahan warna, tekstur mahupun ketebalannya.
Pengilat kuku antara produk tidak tahan lama. Sebaik penutupnya dibuka, ia akan berwap menyebabkan cecair pengilat itu menebal malah merekah.
Bagi mengelakkan cepat rosak, pastikan penutupnya sentiasa ditutup ketat setiap kali selepas digunakan.
“Buang segera penyamar noda yang dilihat sudah mengering, berubah tekstur, berketul, pecah serta merekah selain mengeluarkan bau tidak enak,” nasihat Joanne.
Penyamar noda yang sudah rosak katanya, bukan saja menyebabkan wajah kelihatan bercapuk bahkan menghalang anda memperoleh solekan sempurna.
Berbanding pemerah pipi dan bronzer mempunyai tempoh hayat yang lama, bedak masih kelihatan elok meskipun sudah melampaui tarikh luput.
Bagaimanapun, bedak berkenaan menjadi keras dan tidak membantu mendapatkan solekan cantik selepas tamat tempoh. Begitupun, anda boleh mengurangkan pencemaran bakteria dengan kerap membersihkannya selain tidak membiarkan ia terdedah kepada udara,
Namun, jangan simpan bedak yang penutupnya rosak, berkulat dan mengeluarkan bau pelik.
Gincu yang dijaga dengan baik mampu bertahan hingga dua tahun. Bagi memastikannya kekal elok, jangan sesekali meninggalkan gincu tanpa penutup dan sesekali, lap bahagian lapisan permukaan atas gincu yang berpotensi membiakkan bakteria.
Minyak wangi yang disimpan dengan baik kekal elok meskipun sudah melebihi tarikh luput. Syaratnya, elak menyimpannya di bilik yang panas, di bawah pencahayaan terik selain memastikan ia sentiasa ditutup selepas digunakan.
Tempat terbaik menyimpan minyak wangi adalah di dalam almari namun jangan alpa memerhatikan perubahan warnanya.