Tak mudah sebenarnya nak pilih lipstik yang sesuai ikut warna kulit, tengok orang lain pakai warna itu cantik sangat, tetapi bila sapu di bibir sendiri, nampak tak kena pula. Haa… kenapa ya?
Sebab kesesuaian warna lipstick bergantung pada warna kulit si pemakai. Macam mana nak pilih?
1. Nak Pilih Lipstik, Kena Tahu Jenis Warna Kulit
Ya, anda kena tahu ton warna kulit anda dulu sama ada cerah, kuning langsat, sawo matang atau hitam manis.
Kulit cerah: Lipstik berwarna pink cair, merah-pink dan warna neutral.
Kulit kuning langsat: Lipstik berwarna rose, berry dan merah ceri.
Kulit sawo matang: Lipstik berwarna pink gelap, merah terang dan warna batu karang.
Kulit hitam manis: Lipstik berwarna ungu, plum dan caramel.
2. Ambil tahu skin undertone
Kemudian kena tahu undertone kulit masing-masing. Ada 3 jenis undertone:
– Cool undertone (Vein warna biru)
– Warm undertone (Vein warna hijau)
– Neutral undertone (Vein ada both warna biru dan hijau)
COOL UNDERTONE
Ads
Kulit cerah: Lipstik berwarna mocha lembut dan nude.
Kulit kuning langsat/sawo matang: Lipstik berwarna merah jambu dan cranberry.
Kulit gelap: Lipstik berwarna ruby dan wain.
WARM UNDERTONE
Kulit cerah: Lipstik berwarna nude dan merah jambu.
Kulit kuning langsat/sawo matang/gelap: Lipstik berwarna tembaga dan gangsa.
NEUTRAL UNDERTONE
Neutral undertone sesuai dengan hampir semua warna. Bertuahnya anda.
Ads
3. Bentuk bibir
Bentuk bibir pun main peranan dalam pemilihan warna lipstik.
Untuk yang bibir tebal di bahagian atas, you guys boleh pakai lipstik warna cerah dekat bahagian bawah bibir dan warna lebih gelap dekat bibir atas.
Untuk bibir tebal di bahagian bawah pula, boleh pakai any colour and tambah warna nude cair kat tengah bibir atas.
Untuk bibir nipis atau tak ada bentuk, boleh cuba pakai lipliner untuk overline bibir. Ala-ala Kylie Jenner.
4. Saiz bibir
Nak pilih warna lipstik pun kena tengok saiz bibir juga.
Untuk bibir nipis, elakkan warna lipstik yang gelap. Boleh cuba pakai lip gloss nak bagi ilusi bibir lagi tebal.
Untuk bibir munggil, elakkan warna lipstik yang terlalu cair. Cari jenis matte lipstick/lipcream.
Ads
5. Warna mata
Warna mata pun memainkan peranan dalam memilih warna lipstik.
Mata coklat: Lipstik berwarna merah terang dan merah muda.
Mata biru: Lipstik berwarna ceri dan all kind of red.
Mata hijau: Lipstik berwarna terracotta dan merah jambu.
Mata kelabu: Lipstik berwarna nude dan plum.
6. Warna gigi
Perasan tak kalau kita pakai certain warna, gigi akan automatik nampak makin kuning. Macam mana nak elakkan?
Cari lipstik yang berwarna cerah dan cair. Warna oren dan merah pun sesuai juga.
Elakkan daripada pakai warna ungu dan coklat kalau tak nak gigi nampak makin kuning.
Untuk yang ada warm undertone tu boleh lah cuba guna lip matte jenis warna merah cili.
Untuk yang cool undertone pulak, anda boleh cuba lip matte yang pinkish nude, warna ala merah bata.
Untuk yang bibir nipis dan tak nak nampak gigi tu kuning boleh cuba pakai warna oren labu.
Bagi anda yang neutral undertone, beruntung sangat sebab hampir semua jenis warna lipstick sesuai dengan anda. Dan mungkin anda boleh cuba warna pink lembut.
Nampaknya, lepas ini anda boleh lah dapatkan lipstik ikut warna kulit dan bentuk bibir anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rentas negeri selepas vaksinasi lengkap akhirnya dibenarkan kerajaan selepas hampir setahun rakyat menunggu. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus.
“Mulai esok (hari ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri. Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan platform media sosial.
Persediaan Sebelum Rentas Negeri Selepas Vaksinasi
Sebelum kita gembira balik menemui keluarga tersayang, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan kedua-dua belah pihak. Dalam perkongsian Dr. Izzar Anwari di laman Instagram, beliau menekankan beberapa pesanan utama sebelum balik kampung.
Ingat Prinsip TRIIS
TEST – Buat ujian saringan C-19 kendiri.
REPORT – Laporkan keputusan ujian di MySejahtera walaupun negatif.
ISOLATE – Jika positif, jangan pulang kampung. Asingkan diri di rumah dahulu dan patuhi arahan HSO oleh KKM.
INFORM – Maklumkan kepada kontak rapat jika positif C-19, serta hubungi CAC jika gejala semakin teruk.
SEEK – Segera ke pusat perubatan atau CAC jika alami gejala berat seperti sakit dada, sesak nafas atau suhu tinggi.
Rentas negeri selepas vaksinasi bermakna tiada lagi roadblock untuk menyekat perjalanan anda. Namun, tanggungjawab kini terletak di bahu sendiri. Jika anda memilih untuk tidak divaksinasi tetapi masih mahu pulang kampung, fikirkan risiko yang dibawa kepada ahli keluarga terutama warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Tiada siapa menghalang anda kerana rentas negeri kini bebas, tetapi jujurlah dengan diri sendiri. Jika rasa tidak sihat, tangguhkanlah perjalanan. Menipu status kesihatan hanya membahayakan insan tersayang.
Kesimpulan: Selamat Bertemu Keluarga
Rentas negeri selepas vaksinasi adalah peluang yang dinanti ramai untuk bertemu keluarga. Namun, jangan lupa mengambil langkah berjaga-jaga. Ambil vaksin, lakukan ujian kendiri, patuhi SOP, dan sentiasa menjaga keselamatan diri serta orang lain.
Selamat berjumpa dengan orang yang tersayang. Jangan tiba-tiba EL pula minggu ini!
Rajin pakai masker aloe vera ini, yang untungnya kita juga. Jimat kos kulit sihat dan bersih tanpa perlu pergi Spa. Malah kesannya jadikan kulit anda lebih cerah jika konsisten amalkan.
Nak tahu macam nak buat masker sendiri, jemput baca perkongisan Puan Syazaimeka, sediakan dua bahan sahaja ya.
0atmeal biasa digunakan sebagai masker yang dapat membantu mengatasi pelbagai masalah pada kulit wajah. Jadi tidak pelik jika banyak produk kecantikan khususnya masker diperbuat dari oat.
Kebaikan Masker Aloe Vera
Dapat membantu menyejukkan kulit dan mengurangkan peradangan kulit yang disebabkan oleh ruam atau infeksi. Aloe vera juga dapat melembutkan
kulit muka.
Kebaikan Oat
Minyak yang berlebihan pada wajah yang disertai dengan kotoran boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit pada wajah, seperti pori-pori tersumbat sehingga munculnya jerawat.
Kandungan saponin dapat mengangkat sel kulit mati dan membersihkan minyak dan kotoran hingga ke dalam pori-pori.
Kebaikan Vaseline
Membantu menghilangkan sel kulit mati pada kulit sehingga kulit tampak lebih segar dan bercahaya. lni bukan sahaja membantu mengecutkan jerawat dengan cepat malah tidak menyebabkan liang pori anda tersumbat.
Haaa… itu beberapa manfaat masker oatmeal untuk wajah. Penggunaan masker oatmeal juga boleh dlakukan di rumah dengan memanfaatkan
bahan-bahan alami.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpeluang menang emas hanya sementara dan pencapaian jaguh lontar peluru Ziyad Zolkefli sangat membanggakan kita.
Biarpun emas dimenangi terpaksa ditarik disebakan masalah teknikal, namun semangat yang diberikan oleh seluruh rakyat malaysia tidak berbelah bagi.
Malah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang juga pemenang pingat Perak di Sukan Olimpik turut memberikan kata-kata semangat pada Ziyad.
Menurutnya beliau juga pernah berada dalam situasi sama apabila kemenangan emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 ditarik semula.
Pemenang pingat perak di Olimpik Tokyo baru-baru ini itu turut berharap agar jaguh lontar peluru paralimpik negara itu bersabar dengan dugaan dihadapinya.
Menerusi perkongsian di Facebook, Azizulhasni mengucapkan jutaan tahniah di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo.
TAHNIAH ZIYAD SABAR ZIYAD
Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada rakan saya Ziyad Zolkefli @ziyadzolkefli di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang di tonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo. Memang sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.
Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa di hadapi sekarang ini, sudah tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima. Saya benar-benar faham akan perasaan Ziyad kerana saya sendiri pernah di tarik kemenangan pingat Emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 dahulu.
Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.
Dan jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ianya memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan.
Ziyad, memang pahit untuk ditelan. Akan tetapi nasihat saya sebagai rakan atlet, cuba untuk terima qada’ dan qadar, jangan berputus asa dan ‘keep moving forward’. Sudah tentu saya pun berharap agar bantahan dari pihak Malaysia akan diterima dan Ziyad dapat pingat Emas yang memang kepunyaan Ziyad itu.
Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah dan mungkin ada hikmah besar disebaliknya. Kami rakyat Malaysia semua tahu yang Ziyad adalah juara yang sebenar dan pingat emas itu telah di rampas secara terang-terangan.