Sebelum bersolek, ketahui dulu cara pilih bedak asas yang sesuai dengan kulit kerana ini sangat membantu membuatkan wajah anda kelihatan natural dan tak ‘kelabu’.
Jangan pandang remeh sebab sangat penting untuk mengetahui jenis bedak asas yang sesuai bagi membolehkan sapuan tepat dilakukan pada wajah.
Ini juga dapat mengelakkan penampilan kelihatan janggal, kulit wajah nampak kelabu, terlalu gelap atau terlalu cerah.
Cara Pilih Bedak Asas Sesuai Dengan Warna Kulit
Kenali dahulu jenis kulit anda, adakah normal, kering, atau berminyak. Kemudian perhatikan warna dasar kulit wajah anda. Mengetahui jenis kulit dan warna dasar kulit wajah dengan baik akan memudahkan anda untuk memilih bedak asas yang tepat. Barulah segala cela akan tertutup sempurna.
Berikut dikongsikan LIMA tip pemilihan bedak asas mengikut jenis kulit anda.
KENAL JENIS KULIT
Tip pemilihan bedak asas yang pertama adalah anda perlu kenali jenis kulit anda. Setiap orang memiliki masalah kulit tersendiri. Ada yang kulitnya kering, berminyak, normal, dan ada juga yang jenis kombinasi seperti normal cenderung kering atau normal cenderung berminyak.
Kebiasaannya bedak asas sudah tersedia khusus untuk jenis kulit anda. Ada bedak asas yang khas untuk kulit berminyak dan ada bedak asas yang khas untuk kulit berjerawat. Ini akan lebih memudahkan anda dalam memilih bedak asas yang paling tepat dan sesuai.
PILIH TEKSTUR BEDAK ASAS
Perhatikan juga tekstur bedak asas. Tekstur bedak asas ada yang padat, cair, gel, krim dan serbuk (powder). Tekstur berbeza, fungsinya pun berbeza juga. Berikut adalah jenis dari fungsi-fungsi bedak asas tersebut:
Ads
Bedak asas padat
Sangat sesuai digunakan untuk kulit berminyak.
Bedak asas jenis cair
Sesuai untuk kulit kering kerana memberi kesan melembabkan. Walau bagaimanapun bedak asas jenis cair juga sesuai untuk kulit normal dan normal cenderung kering ataupun berminyak. Hal ini kerana formulasinya sangat ringan jika dibandingkan bedak asas tekstur lain.
Bedak asas jenis gel
Sesuai untuk kulit kering dan normal cenderung kering, kerana teksturnya agak seakan sama dengan bedak asas cair. Bedak asas jenis ini sesuai digunakan untuk kulit berjerawat.
Bedak asas jenis krim
Bentuknya sama seperti bedak asas jenis padat, hanya testurnya lebih ‘creamy’ dan lembut. Tetapi ada juga yang bentuknya sama seperti krim. Tekstur bedak asas jenis krim ini sesuai untuk segala jenis kulit, hanya kebiasaannya digunakan oleh mereka yang telah mengalami tanda-tanda penuaan. Ini kerana bedak asas jenis krim sangat bagus untuk menutupi parut hitam.
Bedak asas jenis serbuk (foundation powder)
Agak sama seakan dengan bedak serbuk, kemampuannya melitupi lebih baik daripada bedak serbuk biasa. Tekstur bedak asas jenis ini sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.
KENALI WARNA DASAR KULIT
Langkah seterusnya dengan mengetahui warna dasar kulit anda, ini akan mempengaruhi warna foundation yang paling sesuai untuk anda.
Ads
Warna dasar tidak ditentukan melalui warna kulit yang terlihat, seperti lebih terang atau lebih gelap, melainkan dikategorikan menjadi tiga dengan warna pembuluh darah sebagai pembandingnya, iaitu: cool, warm, dan neutral.
Warna dasar kulit cool untuk mereka yang pembuluh darah berwarna biru. Warna dasar kulit warm untuk mereka yang pembuluh darah berwarna hijau. Warna dasar kulit neutral untuk mereka yang pembuluh darah yang tidak terlalu berwarna biru mahupun hijau.
Biasanya, jika terdedah sinaran matahari, kulit wajah pemilik warna dasar kulit cool akan terlihat merah muda. Dan untuk pemilik warna dasar kulit warm, warna kulitnya akan terlihat bronze.
PILIH WARNA YANG SEAKAN SAMA
Bila sudah kenali warna dasar kulit, sama ada cool, neutral, atau warm, langkah tip pemilihan bedak asas seterusnya adalah dengan memilih bedak asas dengan warna yang seakan sama atau hampir sama dengan warna dasar kulit anda.
Janganlah memilih bedak asas yang warnanya satu tingkat lebih gelap atau lebih cerah dari warna dasar kulit anda, apalagi jika warnanya jauh lebih gelap atau terang. Sebab kalau anda memilih bedak asas yang warnanya jauh dengan warna dasar kulit, ini akan terlihat berbeza dengan bahagian kulit anda yang lain seperti leher dan tangan.
Ads
Kalau warna dasar kulit anda cool atau cenderung pucat, maka pilihan warna foundation yang sesuai adalah yang memiliki shade warna pink hingga merah.
Jika warna dasar kulit anda neutral, maka pilihan warna bedak asas yang sesuai adalah yang memiliki shade warna coklat natural, pilihan ini sesuai juga untuk kulit sawo matang.
Jika warna dasar kulit anda warm, maka pilihan warna bedak asas yang sesuai adalah yang memiliki shade warna kuning hingga coklat muda, pilihan ini sesuai juga untuk kulit gelap.
SAPU PADA KULIT WAJAH
Sering kali jika anda berkunjung ke kaunter mekap di pusat membeli belah ataupun di kedai kosmetik, anda akan diberikan ‘tester foundation’ pada tangan anda. Hal ini kurang berkesan, kerana warna kulit tangan berbeza dengan warna kulit wajah. Cara yang terbaik ialah cubalah bedak asas secara langsung pada kulit wajah anda.
Apa yang perlu dilakukan ialah sebelum mencuba sesuatu bedak asas ialah dengan menanggalkan/mencuci sedikit mekap di sekitar pipi atau dagu. Setelah itu, sapukan bedak asas secukupnya pada pipi atau dagu yang telah bersih daripada mekap.
Anda juga boleh bertanya kepada shop keeper atau lebih baik lagi bertanya pada beauty advisor di sana jika ada. Mereka dapat membantu anda memilih warna bedak asas yang paling tepat dan sesuai dengan warna dasar kulit anda.
Nota: Gunakan penyamar noda (concealer) terlebih dulu terutama untuk kesan parut, kesan jerawat atau bintik hitam, selepas itu barulah sapu bedak asas supaya seimbang. Sapuan bedak asas yang betul ialah dengan cara ke atas atau menarik ke arah luar kiri dan kanan dan bukan menarik ke bawah bagi mengekalkan awet muda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Haa… inilah yang Scha amalkan untuk kekal cantik di usia 40-an!
1. Sama ada menggunakan mekap atau pun tidak, penting untuk anda cuci wajah terlebih dahulu menggunakan makeup remover atau cleansing oil/milk. Seperti Scha, dia akan cuci wajah menggunakan cleansing milk bagi menanggalkan mekap. Gosok dengan lembut selama beberapa minit.
2. Selepas selesai, cuci wajah dengan menggunakan pencuci wajah. Ini bertujuan untuk kurangkan penghasilan minyak dan sebum yang boleh menghasilkan jerawat.
3. Kemudian bilas wajah dengan bersih dan oleskan skrub (sebesar syiling 20 sen) yang mengandungi sumber mineral bagi menanggalkan kotoran dan sel kulit mati.
Pastikan anda skrub wajah sebanyak 2-3 kali seminggu supaya wajah nampak sekata dan tak kusam.
4. Setelah selesai mencuci dan skrub, dab wajah yang basah menggunakan tisu bersih. Seterusnya dab toner untuk berikan kebersihan yang maksimum dan kekalkan kelembapan wajah.
5. Seterusnya oleskan serum untuk kunci kelembapan dan mengurangkan jerawat, jeragat dan bintik hitam. Pastikan kuantiti serum yang digunakan cukup-cukup saja, atau sebesar kacang pis.
6. Akhir sekali, kunci rutin skincare dengan oleskan pelembap (moisturizer) serta sunscreen di waktu siang. Malam cukup dengan serum dan pelembap sahaja.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau biasakan sapu masker minyak kelapa di wajah, hasilnya kulit akan kelihatan glowing dan sihat tanpa cela.
Malah cara ini dapat menjimatkan poket anda, nak beli produk natural seperti ini pun agak mahal. Jadi lebih ‘bahagia’ jika anda godek sendiri dan sapu pada wajah.
Menurut Puan Puteri Kassim, dia dah lama amalkan bahan alami ini. Rasa sesuai walau lambat hasilnya. Yang penting selamat untuk kulit.
Masker Minyak Kelapa, Sapu Di Wajah Jadikan Pelembap Semula Jadi
Minyak kelapa adalah minyak asli yang sangat baik untuk melembabkan semua jenis kulit, termasuk kulit kering. Minyak kelapa ini solusi yang sangat baik untuk mencegah kulit kering dan terkelupas.
Ada kedut banyak di wajah, jangan risau sebab minyak kelapa juga membantu untuk melambatkan munculnya kedutan yang biasanya disertai penuaan.
Baking soda untuk kulit
Baking soda merupakan bahan pengelupas yang sangat baik yang dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati. Baking soda juga dapat menyeimbangkan tingkat pH kulit.
Masker Baking Soda Dan Minyak Kelapa
Campuran baking soda dan minyak kelapa untuk kulit :
1 sudu baking soda.
1 sudu minyak kelapa.
Lumurkan pada seluruh bahagian wajah. Masker ni bagus untuk kulit sensetif tau.
Dah tepek pada kulit, sila gosok wajah secara lembut, kemudian bilas dengan air suam kuku. Jangan lama lama, 5 minit maksimum lepas itu basuh.
Menggunakan pasta baking soda dan minyak kelapa boleh menghilangkah bekas luka, jerawat, kotoran minyak berlebih dan kulit mati.
Kebaikan menggunakan petua ini, habis je buat scrub dah tak payah nak pakai pelembab. Sebab minyak kelapa tu da jadi pelembab semulajadi.
Pesanan: Ada yang ada jerawat active tak digalakkan buat petua ni.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya Amal Jamu & Beras Kencur, Rahsia Cantik & Awet Muda Pengasas Mustika Ratu Di Usia 94 Tahun. Setiap kali mendengar nama produk ini, pasti terbayang susuk tubuh pengasasnya yang kelihatan sangat cantik, anggun dan wajah kekal awet muda.
Malah produk yang duusahakan iaitu Mustika Ratu juga begitu sinonim dengan wanita yang mementingkan kecantikan diri dan penjagaan dalaman sentiasa terjaga.
Produk seperti Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita begitu popular dan banyak dijual di toko jamu dan salun kecantikan.
Ramai menginginkan untuk jadi cantik dan anggun seperti pengasasnya, Ibu Mooryati Soedibyo yang menjadi tulang belakang memperluaskan empayar jamu ini di serantau Asia termasuk negara kita Malaysia.
Jika dilihat dari susuk tubuhnya ramai tidak menyangka usianya sudah mencecah 1 abad iaitu 94 tahun kerana dilihat seperti wanita berusia 50an.
Berkongsi rahsia awet muda dan kekal bertenaga di usia 94 tahun, Ibu Mooryati mendedahkan dia cuma mengamalkan jamu dalam kehidupan harian.
Malah, cucu kepada Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesai iaitu Sri Susuhunan Pakubuwana X mengatakan dia rajin membuat beras kecur secara alami di rumah.
“Dari masih muda, saya rajin minum jamu, saat ini pun saya masih rajin. Saya biasanya minum beras kencur yang saya buat sendiri di rumah,”ujarnya.
Jamu kencur
Melihat kepada wajah Ibu Mooryati yang masih licin dan jelas menunjukkan jamu adalah rahsia awet muda yang sangat mujarab.
Difahamkan, beras kencur ini mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh badan mereka yang mengamalkannya.
Bahan untuk membuat beras kencur ini sangat ringkas iaitu beras, kencur (atau sinonim dengan cekur), gula merah, air dan daun limau purut yang melalui beberapa proses.
Beras hendaklah dicuci lalu direndam dalam air sekurang-kurang enam jam. Selepas itu, kupas kulit cekur dan potong gula merah menjadi ukuran lebih kecil.
Rahsia Cantik & Awet Muda Pengasas Mustika Ratu
Kemudian, kesemua bahan tersebut dimasukkan dalam mesin pengisar, blend sehingga halus. Setelah itu, tapis air tersebut sebelum dipindahkan ke dalam gelas lain untuk menikmati air tersebut.
Sebenarnya, ada pelbagai jenis resepi dan kegunaan beras kencur ini mengikut citarasa seseorang sama ada mahu secara asli mengikut Jawa atau sebaliknya.
Tapi, apa yang boleh dikatakan, pengamalan beras kencur sedikit sebanyak dapat membantu memberikan kesihatan tubuh yang sihat mengikut petua orang dulu-dulu.
Untuk pengetahuan, Ibu Mooryati juga bukan sahaja cantik dan berketurunan darah pahlawan, bahkan beliau juga seorang yang bijak. Beliau merupakan alumni Universitas Saraswati, Univesitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta.
Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan ekonomi. Tak cukup dengan itu, nama beliau tercatat dalam The Indonesia World Records Musuem (MURI).