Rasanya mesti ramai tak tahu yang retinol ini banyak manfaatnya. Antaranya ialah dapat menghilang banyak masalah kulit seperti pigmentasi, parut jerawat dan kemerahan.
Apa Itu Retinol?
Kalau rasa masih tak yakin nak guna retinol dalam rutin kecantikan, jom baca perkongsian daripada Miss Lizy dulu…
Ads
Cara Nak Pakai Retinol
Retinol ada dalam pelbagai jenis macam serum, face wash dan banyak lagi. Sebelum pakai retinol, anda kena research dulu. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dicampur dengan retinol kerana retinol ini bahan aktif.
Ads
Jom semak cara nak pakai retinol dengan betul.
Ads
Okay, selepas ini anda yang masalah wajah berparut, jeragat dan muka kusam, boleh lah cuba berbaik dengan retinol. Pastikan ikut syaratnya, baru berkesan dan muka tak breakout!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum pakai apa pun, check dulu jenis kulit untuk bagi serasi set penjagaan wajah dan kenal pasti jenis kulit barulah berkesan.
Kalau nak tahu, kulit biasanya dibahagikan kepada 5 iaitu: Normal, Dry, Oily, Combination, dan Sensitive.
Jenis sensitif sebenarnya lebih kepada skin condition kerana kulit jenis oily pun boleh jadi sensitif dalam masa yang sama. Keadaan kulit sensitif kelihatan kemerahan, terasa pedih serta kerengsaan (irritated).
Cara mudah untuk kenal pasti jenis kulit adalah melalui “tissue test”.
Cuci muka dengan cleanser pada waktu pagi.
Keringkan muka dan jangan pakai apa-apa selama 30 minit hingga 1 jam.
Kemudian letakkan tissue atau oil film di kawasan dahi, hidung, pipi, dan dagu.
Berdasarkan minyak yang lekat atau tidak lekat pada tissue / oil film dah boleh tahu jenis kulit.
Jika kesemua tisu lekat seketika dan kemudian jatuh tanpa kesan berminyak, itu adalah kulit jenis normal (normal skin).
Jika kesemua tisu terus jatuh sebaik dilekatkan dan kulit terasa tegang, itu adalah kulit jenis kering (dry skin).
Jika kesemua tisu terus melekat pada kulit dan mempunyai kesan berminyak, itu adalah kulit jenis berminyak (oily skin).
Jika tisu terus melekat beserta kesan berminyak pada hidung, dahi, dan dagu, manakala kulit pada kawasan selain itu sama ada jenis normal ataupun kering, itu adalah kulit jenis kombinasi (combination skin).
Normal skin merujuk kepada kulit yang seimbang dan bagus, atau bahasa saintifiknya ‘eudermic skin’.
Keadaan T-Zone mungkin sedikit berminyak tetapi secara keseluruhan sebum dan kelembapan adalah seimbang dan kulit tidak terlalu berminyak atau terlalu kering.
Normal skin mempunyai pori yang halus, peredaran darah yang baik, tekstur yang lembut dan rata, tiada cela, serta tidak mudah sensitif.
Walaubagaimanapun, kulit normal boleh menjadi semakin kering selari dengan peningkatan usia.
Dry skin adalah kulit yang mengeluarkan sebum lebih sedikit berbanding kulit normal, maka kadar kelembapan kulit adalah sangat kurang.
Kulit terasa tegang dan kasar akibat sentiasa kehilangan lembapan melalui trans-epidermal water loss (TEWL) yang mana kandungan air dilepaskan ke lapisan epidermis dan menguap daripada permukaan kulit.
Kulit jenis kering juga kekurangan natural moisturizing factors (NMF) seperti urea dan amino acid yang membantu memegang kandungan air.
Terdapat beberapa kategori kulit kering iaitu dry skin, very dry skin, dan extremely dry skin.
Oily skin adalah kulit yang mengeluarkan sebum secara berlebihan. Kulit kelihatan bersinar, berkilat dan greasy.
Oily skin biasanya mempunyai pori yang besar dan jelas, serta mudah ditumbuhi blackhead, whitehead, dan jerawat.
Kulit berminyak disebabkan oleh faktor genetik, perubahan dan kestabilan hormon, pengambilan ubat-ubatan, stress, serta pemakaian makeup yang menyumbat pori.
Combination skin mempunyai dua jenis kulit yang berbeza pada kawasan T-Zone dengan kawasan lain.
Kawasan T-Zone yang meliputi sepanjang dahi, hidung, serta dagu mengeluarkan lebih banyak sebum, kelihatan berkilat dengan pori yang besar, serta kemungkinan terdapat cela pada bahagian ini.
Kawasan kulit yang lain iaitu sekitar pipi dan tepi dahi mempunyai tekstur kulit normal ataupun kering.
Selain dari skin type, kena tahu juga berkenaan skin concern supaya kita dapat memilih skincare yang sesuai dan berkesan. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak anda cuba guna toner air beras untuk kecantikan kulit anda? Patut biasakan ya, sebab kalau nak beli yang sudah siap di kedai pun ada cuma kalau nak jimat DIY sendiri sudah mencukupi.
Ini antara kelebihan sembur toner air beras pada kulit wajah, jom tengok kejap petua daripada saudari Kween Lea ini.
Beras
Air Putih
Botol Spray
Cotton pads
1. Sediakan 2-3 sudu besar beras ke dalam satu bekas.
2. Masukkan sedikit air yang telah ditapis ke dalam bekas tadi (rendam hingga munutupi paras beras).
3. Rendamkan selama 2 jam.
4. Tapis dan asingkan air beras yang direndam tadi ke dalam bekas lain.
5. Masukkan air beras ke dalam botol spray.
6. Tutup botol spray dengan ketat.
7. Sembur air beras pada permukaan cotton pad.
8. Terus letak pada wajah di 4 bahagian (dahi, pipi dan dagu).
9. Leave it for 15 minutes!
Dah siap, anda boleh konsisten buat pagi dan malam sebelum tidur.PAkai dua tiga kali seminggu pun dah cukup. Air beras itu boleh simpan dalam botol, no expired date!
Nanti anda boleh ‘bye-bye’ pada masalah kulit kusam.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah jerawat memang sering menjadi kerisauan wanita. pelbagai cara dah buat tetap muncul tiba malah parut yang dulu pun belum sempat dihilangkan lagi.
Walaupun telah dirawat dengan pelbagai produk, tetapi masih belum mampu lenyapkan masalah ini.
Menerusi satu video dalam laman sosial Instagram, pemilik akaun @cirasso, beliau menjelaskan kenapa masalah ini berlaku.
Masalah ini berlaku kerana seseorang itu mengabaikan 4 perkara penting sebelum merawat parut jerawat. Ini antara yang perlu dititik beratkan dalam penjagaan wajah.
Ni tak payah cerita pasal apa semua dah tahu tak pakai sunscreen memang cari pasal bagi muka itu burn dan kemudian parut memang syoklah dok kat pipi kita selamanya
Satu produk yang disukai pakai ia selama 6-12 minggu untuk tunjukkan kesan. Jadi no point pakai 1-2 bulan lepas itu declair produk ini tak sesuai.
Nak cegah parut bukan sahaja pakai sunscreen tapi cegah awal-awal jerawat jangan bagi naik. Cegah awal-awal kulit jangan biarkan kering cdan egah awal-awal jangan picit jerawat
Skrub kulit dengan terlalu kasar akan buatkan parut itu lagi gelap. Contoh pernah tak garu-garu kulit yang gatal dengan kasar sampai merah-merah lepas itu. Lepas itu masuk minggu depan dia sembuhkan kulit dan kawasan itu jadi kehitam-hitaman.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!