Ada ramai wanita yang nak tahu cara cerahkan ketiak dengan cara paling mudah dan selamat, bukan?
Segan juga kalau dibiarkan gelap, walau bahagian ini bertutup bila pakai baju tetapi dengan pasangan kita, tetap akan nampak. Jadi jom usahakan cara nak cerahkan bahagian ketiak!
Cara Cerahkan Ketiak
Sebelum itu kena faham dulu kenapa bawah lengan mudah gelap (hyperpigmentasi) supaya kita ada tanggapan yang realistik dan tidak obses dengan sesetengah beauty standard.
1. Struktur kulit bawah lengan yang nipis, kering, banyak liang rambut, dan berlipat selain dari kedudukannya yang sentiasa terkepit dan bergesel menyebabkan iritasi mudah berlaku. Iritasi ini mendorong kepada peningkatan melanin, maka kulit menjadi gelap.
Kulit bawah lengan juga menghasilkan dan membebaskan peluh serta haba, turut menyumbang kepada masalah hyperpigmentasi.
2. Produk yang dipakai pada bawah lengan seperti deodorant, lotion, atau minyak wangi yang tidak sesuai menyebabkan kulit bawah lengan menjadi terlalu kering, dinaiki ruam, kegatalan dan kemerahan. Semua reaksi ini menyumbang kepada kesan hyperpigmentasi.
3. Tidak membersihkan bawah lengan dengan betul menyebabkan kotoran terkumpul dan menampakkan kulit semakin gelap. Bawah lengan yang tidak bersih bukan sahaja kelihatan kusam, malah ianya punca badan berbau.
4. Tindakan mencukur rambut bawah lengan menyebabkan kulit bertambah gelap. Ini kerana geseran dari mata pisau cukur menyebabkan kerengsaan kulit.
Ads
Selain itu, cukuran hanya memotong rambut pada permukaan kulit dan tidak mencabutnya hingga ke akar. Kulit juga nampak gelap akibat folikel yang tertinggal serta tindakbalas keradangan dari mata pisau cukur.
5. Faktor genetik dan tabiat pemakaian. Sesetengah orang mewarisi kondisi kulit yang gelap atau mudah menjadi gelap secara genetik. Pemakaian yang ketat pada bahagian bawah lengan meningkatkan geseran, seterusnya menjadi punca kulit kerengsaan dan munculnya hyperpigmentasi.
Lebih lama hyperpigmentasi itu wujud, lebih susah untuk dihilangkan jadi kenalah banyak bersabar dan tidak bertindak berlebihan dalam merawat masalah ini.
Jaga Kulit Bawah Lengan:
1. Elakkan mencukur. Cabut rambut pada bawah lengan sehingga ke akar dengan menggunakan tweezer, epilator, laser epilator, atau kaedah waxing. Redakan kemerahan selepas itu dengan produk yang soothing seperti Aloe Vera Gel. Perlu diingat supaya tidak memakai antiperspirant atau exfoliate ketiak dalam masa 24 jam selepas mencabut rambut.
Jika cabutan dan waxing terlalu menyakitkan dan terpaksa mencukur juga, pastikan guna shaving cream. Lembutkan rambut bawah lengan dengan shaving cream selama 20 hingga 30 saat sebelum mula mencukur. Boleh juga gunakan hair removal cream untuk mencukur rambut bawah lengan tanpa bilah mata pisau cukur.
Ads
2. Elakkan pakai antiperspirant sebelum beraktiviti berat yang mengeluarkan peluh. Sebaiknya antiperspirant dipakai waktu malam pada bawah lengan yang bersih dan kering. Antiperspirant yang terkena peluh bukan sahaja mengurangkan keberkesanannya menutup liang peluh, malah turut mengakibatkan kerengsaan kulit.
Kesan antiperspirant menyekat kalenjar peluh kekal sehingga 24-48 jam walaupun kita sudah mandi keesokan hari. Jadi pada waktu siang nak pakai apa? Untuk waktu siang pakailah deodorant bagi menghilangkan bau badan.
3. Bersihkan bawah lengan dengan betul. Jika memakai sebarang produk pada bawah lengan, bersihkan dengan pre-cleanser seperti cleansing oil atau micellar water sebelum mandi. Kaedah double cleansing ini dapat memastikan sisa produk benar-benar hilang dari kulit terutamanya yang terbenam pada bahagian lipatan.
Elakkan membersih dengan cara sapuan menggunakan tisu atau kapas jika kulit mudah sensitif kerana ia akan membuatkan bawah lengan bertambah gelap. Cukup sekadar urut bahan pembersih dengan menggunakan tangan.
Ads
4. Lembapkan bawah lengan jika perlu. Ini bergantung kepada keselesaan individu kerana ada yang rasa rimas atau geli. Lembapan bertindak sebagai pelincir yang mengurangkan kekeringan serta kekasaran apabila kulit bawah lengan bergesel. Kurang kesan geseran = kurang kerengsaan = kurang hyperpigmentasi!
Sebenarnya boleh guna produk lembapan sedia ada sahaja asalkan sesuai dengan kulit. Guna toner, oil-based serum, atau gel moisturizer disapu pada kulit bersih dan kering. Tak perlu sapu semua sekali gus, cukup guna salah satu produk sahaja pada satu masa.
5. Exfoliate 2 kali seminggu. Peluh, sisa produk, serta sel kulit mati yang terkumpul turut menjadi punca bawah lengan kelihatan gelap selain dari menyumbat liang rambut menyebabkan ingrown hair. Ingrown hair terjadi apabila pembukaan folikel rambut terhalang dan rambut akan tumbuh melintang atau bergulung dalam kulit.
Exfoliate bawah lengan dengan body scrub yang halus dan lembut, atau menggunakan chemical exfoliator sebanyak 2 kali seminggu. Jangan terlebih exfoliate kerana boleh menipiskan kulit, meningkatkan iritasi, atau mengakibatkan luka. Bersederhanalah dalam apa-apa pun.
6. Guna brightening serum. Kandungan bahan pencerah seperti Niacinamide atau Alpha Arbutin dalam serum dapat mengurangkan penghasilan melanin yang menggelapkan kulit dan sekatakan tona kulit pada bawah lengan.
Produk pelbagai guna seperti deodorant antiperspirant ini turut mengandungi gluta collagen serta vitamin B3 yang mampu mencerahkan kulit. Selain itu, dua titis serum pencerah dipakai pada bawah lengan setiap selang sehari dapat sekatakan tona kulit dan garis lipatan kelihatan tidak ketara.
Untuk penjagaan bawah lengan, sebenarnya boleh pakai je apa-apa produk penjagaan muka yang sedia ada asalkan sesuai dan berkesan. Mana-mana skincare yang tak sesuai dekat muka tu boleh cuba sapu pada ketiak dan juga bahagian badan lain supaya tidak membazir.
Yang penting kena ingat, kulit bawah lengan nipis dan delicate. Ini mengambil masa 4 hingga 6 minggu untuk mula nampak berkesan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat penampilan si cantik Nelydia Senrose yang kini sudah berhijab setelah pulang dari melakukan umrah Disember lalu.
Dia tampil santun dengan hijab digayakan menyerlahkan lagi keserian wajah adik kepada Uqasha Senrose ini.
Biarpun tidak memberitahu secara langsung perubahan dirinya, tetapi Nelydia akui dia kini dalam proses pembelajaran berhijrah dan mohon dirinya diberi istiqamah.
“Saya mahu jalani proses penghijrahan ini selangkah demi selangkah tetapi pasti… Saya memang ke arah itu. Saya cuma tidak berani cakap lebih.
“Saya tidak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus Z. Budak belajar berenang pun tidak dicampak terus ke tempat dalam… Bimbang lemas.
“Sama juga seperti saya yang masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.
“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” katanya kepada BH Online.
Nelydia yang juga adik kepada Uqasha Senrose berkata, dia mahu menjadi muslimah yang lebih baik.
“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.
“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit… Aturan itu sangat cantik,” katanya yang menikahi ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okay, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya yang tidak gentar keputusan bertudung menjejaskan karier seninya. Malah, akuinya, beberapa projek telefilem bakal dijayakannya.
“Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Saya tak gentar dan takut. Setiap daripada kita ada ujian masing-masing.
“Boleh jadi kalau Tuhan sekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.
“Saya percaya apa yang berlaku, contohnya, tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya lagi.
Jika anda tak rajin menggunakan skincare, anda boleh cuba cerahkan kulit muka dengan menggunakan mask asam jawa buatan sendiri.
Wanita Ini Sapu Masker Asam Jawa Untuk Cerahkan Kulit, Parut Pun Hilang
Tip yang dikongsikan oleh Puan Rubiey Redzuan ini dikatakan sangat berkesan untuk kecantikan kulit, malah bukan hanya boleh mencerahkan tetapi juga berfungsi untuk memudarkan parut jerawat dan melembutkan kulit.
Selepas pakai masker ni parut jerawat pudar, jerawat kecut dan muka cerah. Bila sentuh pipi memang lembut sangat! Guna dua bahan sahaja untuk dapatkan kulit cantik berseri.
Bahan-bahan:
1 sudu makan asam jawa
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Cara penyediaan:
1. Bancuh asam jawa dengan sedikit air.
2. Kemudian buang biji asam jawa dan masukkan tepung pulut.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.
5. Sapu dekat muka. Sebelum pakai baca bismillah dulu, ketika sapu selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali.
6. Biarkan sehingga kering dan bilas.
Kulit muka akan menjadi lembut dan cantik. Rugi kalau tak pernah cuba masker asam jawa ini.
Selain kecantikan, asam jawa juga boleh membantu:
Menurunkan berat badan
Mencegah ulser peptik (luka pada bahagian dalam perut)
Menurunkan bacaan gula dalam darah
Membantu sistem pencernaan
Menjaga kesihatan hati
Menangani masalah alergik
Menjadi impian setiap wanita mahukan kulit wajah sentiasa cantik, sihat dan nampak glowing. Kulit yang sihat juga membantu memberikan aura dan mood positif dalam diri seseorang.
Tidak perlukan rawatan mahal, sebaliknya anda boleh merawat sendiri kulit muka dengan menggunakan bahan alami yang ada di rumah.
Menggunakan buahan segar yang memang banyak khasiat dan jadikan masker. Boleh dilakukan sebagai rutin harian atau bagi mengisi masa senggang di rumah.
Buat Masker Sendiri
1. Lemon
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula kemudian digaul selama 30 saat supaya sebati. Sapu rata pada bahagian kulit wajah, leher dan pergelangan tangan.
Gosok rata dengan gerakan membulat mengikut arah lawan jam dan biarkan selama 10 minit.
Jangan terlalu lama dibiarkan di muka kerana nanti kulit boleh menjadi kering. Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan kulit berseri.
2. Madu
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian wajah. Biarkan ia kering di muka kemudian bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak memberikan kelembapan pada kulit supaya kekal lembut dan gebu.
Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semula jadi pada wajah.
3. Tomato
Masker dengan menggunakan sayur tomato ini adalah baik pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. Caranya dengan menghancurkan sebiji buah tomato dan sapu pada seluruh wajah dan bahagian leher.
Biarkan selama 15 minit sehingga kering, kemudian bilas muka dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Lakukan masker ini setiap hari untuk mengurangkan kulit muka berminyak.
4. Kunyit & Jus Nanas
Gaul satu sudu teh sebuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Cuci muka terlebih dahulu kemudian sapu pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia kering sepenuhnya.
Cuci dengan air suam. Ulang remedi ini 2 atau 3 kali seminggu untuk menghilangkan tompok hitam dan parut pada wajah.
5. Timun
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Pakai masker ini sebelum anda tidur dan biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi.
Lakukan rawatan ini setiap hari untuk memiliki kulit yang mulus. Anda tidak berpuas hati dengan hasil diberikan nanti.