Sebelum pergi lebih jauh soal nak cantik, jom belajar cara bersihkan muka dengan betul untuk elakkan masalah jerawat dan jeragat muncul secara tiba-tiba.
Menurut Farah Farzana, makeup cleanser ni sangat penting. Cuci dengan cleanser sahaja belum cukup untuk menghapuskan segala kekotoran makeup pada muka. Terutama kalau anda jenis suka makeup menggunakan foundation yang tebal.
Cara Bersihkan Muka
Jika anda menggunakan cotton pad, jangan gosok cotton pad terlalu kuat pada kulit muka.
Ini akan menyebabkan kulit akan lebih cepat berkedut bermaksud akan terbit wrinkles pada kulit.
Ada certain micellar water yang tidak sesuai untuk sensitive skin, jadi anda kena cari makeup remover yang betul-betul sesuai pada kulit tanpa skin irritation.
Ads
Salah satu yang best adalah La Roche-Posay Micellar Water:
• Sesuai for sensitive skin
• Kulit lembut
• Makeup bersih
• Glowing
• Jimat
Ads
Kalau ikut perkongsian Farah, selepas pakai micellar water ini, dia perasan makeup senang untuk dibersihkan.
Cuma menggunakan 1 cotton pad dah boleh bersihkan keseluruhan makeup pada muka.
Kalau anda anda masih mencari cara pudarkan jeragat degil, mungkin tip cantik ini untuk anda. Tidak lagi menggunakan bahan alami tetapi cukup hanya dapatkan tiga bahan yang sangat membantu tanpa ragu-ragu.
Jom selongkar, macam mana nak cantik walau umur makin meningkat!
Anda yang dah berumur 50 tahun yang ada jeragat, sila masuk. Kali ini Puan Hasnah Hussiin nak kongsi apa yang dia pakai untuk kelihatan awet muda dan tak kusam.
Kalau tengok perubahan selepas pakai, banyak jeragat dah berkurang. Ya, umur dah makin meningkat pun, kulit wajah tetap kena jaga. Sedapkan mata sendiri memandang, apa lagi orang lain yang tengok kita.
Krim ini memang digunakan untuk merawat masalah jeragat dan memutihkan kulit sahaja. Kalau konsisten pakai memang anda akan nampak perubahan pada kulit, jadi makin cerah dan jeragat makin pudar.
Kalau anda kulit kering, memang selesa. Akan rasa kulit lebih lembap dan bersih dari segala cela.
Glycolic Acid ini bagus juga kalau anda ada parut jerawat, dark spots, tona kulit tak sekata, garis halus dan kedut. Yang ada masalah jeragat, lagilah membantu!
Sangat mudah digunakan, selepas membersihkan muka dengan makeup remover dan face wash, tuang secukupnya di kapas lalu sapu ke seluruh wajah.
Awas, produk ini cukup dipakai 1 kali sehari pada waktu malam sahaja. Jangan pakai tiap malam pula.
Hasilnya kulit tampak lebih cerah dan bersih. Toner ini mengandung chemical exfoliant iaitu glycolic acid (AHA) dalam kadar yang cukup tinggi namun masih selamat digunakan pada muka.
Malah toner ini mengandung aloe vera sebagai bahan pelembab dan sama seperti produk The Ordinary yang lain, produk ini tidak mengandung pewangi.
Suka bila pakai, rasa kulit meresap ke dalam kulit dan rasa kulit very supple, tak rasa kering, jika sebelum ini pedih sebab kering sangat, tapi bila dah sapu ini semua hilang. Terus rasa lembut sangat kulit.
Boleh pakai kalau rasa kulit kering sangat duduk dalam aircond. Tak pedih langsung, no irritation, and kulit rasa soothing bila pakai.
Gunakan dua kali sehari selepas membersihkan wajah. Sapukan pada telapak tangan dan tepuk lembut ke kulit hingga diserap dengan teliti.
Haa.. menarik, bukan? Nak cantikkan kulit ni kena rajin, walau mata mengantuk tetap tak boleh skip pakai skincare. Dan anda boleh cuba salah satu barang baik yang wanita ini kongsi nanti. Yang penting, beli dan amalkan pakai. Barulah ada hasilnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya mata panda atau kesan gelap sekitar mata berpunca daripada tidur tidak cukup atau anda mungkin selalu bekerja berjam-jam di depan komputer.
Gejala itu boleh mempengaruhi tumpuan terutama dalam kalangan wanita apabila perlu keluar bekerja mahupun bersosial.
Hilangkan Mata Panda
Menerusi portal Harian Metro, Pakar Oftalmoloji Biniamin Shalev menerangkan dua kondisi gelap bawah mata.
Salah satunya boleh diatasi dengan mudah yang berpunca daripada tisu berbanding masalah lebih serius disebabkan komplikasi lain seperti peningkatan jumlah sel lemak bawah mata, ia kekal dan tidak akan hilang pada waktu pagi atau petang.
Disebabkan mata adalah fokus bagi kebanyakan orang apabila bersemuka dan memandang antara satu sama lain, tip cantik kali ini ingin berkongsi lima kaedah membantu masalah bengkak bawah mata berpunca daripada masalah tisu.
1. Percikan air sejuk
Bersihkan bahagian bawah mata dengan air sejuk. Ini membantu memberi ‘kejutan’ mengembalikan peredaran bendalir dengan lancar dan mengelakkan bengkak berlaku.
Namun jangan pula menggunakan air sejuk terlalu lama pada kulit sekitar mata lebih dari beberapa saat.
Atau cara kedua anda guna sahaja ketulan ais untuk rehatkan mata yang penat. Gosok perlahan-lahan di bawah sekitar mata.
2. Penggunaan sudu merawat ‘beg’ mata
Uniknya terapi ini digunakan secara meluas di China, Korea mahupun Jepun.
Langkah mudah apabila mengenakan sudu pada kelopak mata boleh mengurangkan kadar bengkak.
Boleh lakukan dalam dua cara iaitu:
I. Sejukkan sudu terlebih dahulu dalam peti ais. Sebaiknya gunakan lebih enam sudu bagi memudahkan urusan ganti apabila sudu tidak lagi sejuk.
II. Letakkan empat sudu dalam
mangkuk ais. Apabila sudu mencapai suhu tertentu, letakkan pada kelopak mata. Gantikan sudu dipakai dengan sudu terendam.
3. Atasi dengan uncang teh
Rendam uncang dalam air sejuk dan perah sebelum diletakkan pada kelopak mata tertutup.
Pilihan teh sebaiknya gunakan teh hitam, Chamomile atau beg teh hijau.
Kafein dalam teh membantu ‘mencerut’ saluran darah untuk mengurangkan bengkak di sekitar mata manakala anti-kerengsaan dalam teh herba mengurangkan kemerahan dan keradangan.
Celup lagi dalam air sejuk dan ulangi langkah sebaiknya dalam 30 minit bagi mendapat kesan lebih baik.
4. Putih telur bantu tegangkan kulit
Penuaan tidak boleh disekat melainkan mengurangkan kesan itu dengan merapi kulit dengan petua tertentu termasuk putih telur.
Kaedahnya ambil telur dan asingkan bahagian putih dalam mangkuk. Pukul putih telur tadi sehingga bertekstur ringan dan gebu.
Sapu pada bahagian bawah mata dan biar 15 hingga 20 minit sebelum basuh dengan air sejuk.
5. Hirisan timun untuk tenangkan mata
Hiris timun sehingga boleh menutup kelopak mata. Letakkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipakai pada mata.
Haa… mudah bukan? Selepas ini anda boleh kurangkan masalah mata panda dengan menggunakan petua bahan alami seperti di atas. Tetapi kalau boleh, kurangkan masa berada di depan komputer dan pastikan boleh tidur awal setiap malam. Itu lebih membantu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.