Kekal cantik manis bertudung, bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal mencuri tumpuan orang ramai apabila dilihat rajin bersolek sambil meluah tentang pengalaman hamil anak pertama.
Syasya Rizal Kongsi Emosi Waktu Mengandung
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama lengkapnya Nor Syasya Afiqah Shahrizal sedang bersolek sebelum keluar melakukan rawatan kesihatan dan kecantikan kuku.
Syasya juga mengakui sebelum ini dia jarang keluar bersendirian.
“Hari ini saya nak pergi potong kuku. Sejak hamil, melakukan rawatan kuku (tangan dan kaki) seperti satu ‘peperangan’ dengan diri sendiri.
Jadi saya putuskan untuk dapatkan rawatan dan meluangkan masa untuk diri sendiri walaupun saya tidak suka keluar bersendirian. Sebab saya rasa seperti tidak dilindungi.”
Ads
Rasa Sunyi Dan Sensitif
Rajin bersolek untuk naikkan seri wajahnya, Syasya meluah mengalami perubahan ketika hamil iaitu dia sering berasa sunyi meskipun ramai menemaninya.
“Awak semua tahu tak apa yang orang tidak dedahkan ketika mereka hamil, ianya tentang rasa sunyi.
“Walaupun ada orang yang di sekeliling yang menyokong dan teman tapi pengalaman ini, diri sendiri sahaja akan lalui.
Ads
“Sangat penting untuk ada ‘support system’.”
Penyanyi berusia 23 tahun itu turut berasa hairan dengan perubahan emosi yang dialami sejak berbadan dua.
“Kadang kala akan rasa sangat beremosi ketika hamil. Perkara kecil pun boleh buat menangis.
Ads
Entahlah, pelik juga,” luahnya lagi.
Normal Perubahan Hormon Waktu Hamil
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat perkara tersebut adalah normal bagi seorang wanita hamil yang mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.
Terdahulu, Syasya akhirnya mengesahkan dia dan suami, Nasrullah Mohd Sapie bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Untuk rekod Syasya dan suami disatukan dalam upacara akad nikah pada 20 April lalu.
Masih ramai yang terlepas pandang dan membuat kesilapan waktu cuci muka, dan ini yang membuatkan kulit wajah tiba-tiba bermasalah!
Ada kalanya kita tidak sedar ada melakukan beberapa perkara hingga boleh pertumbuhan jerawat.
Perkongsian Puan Farain Mohammad yang memberitahu 6 kesilapan yang dilakukan ketika mencuci wajah.
6 Kesilapan Jangan Buat Waktu Cuci Muka
Tanpa sedar kadang-kadang kita sebenarnya silap menjaga muka. No.6 tu ramai tak yang buat?
Kesilapan 1 : Cuci muka terlalu kerap
Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.
Kesilapan 2 : Gosok muka terlalu kuat
Ramai yang ingat bahagian yg ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit dari dalam.
Kesilapan 3 : Skrub muka terlalu kerap
Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal.
Kesilapan 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.
Kesilapan 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.
Kesilapan 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka.
Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan.
Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
Siapa tidak mengenali penyanyi muda Iman Troye yang menjadi trending dengan lagu popular ‘Teman’ berkonsepkan pop bukan dangdut.
Sejak awal kemunculannya, pamai pengikut terpesona melihat penampilan Iman Troye yang trendy sesuai dengan umur masih muda, ditambah memiliki kulit wajah halus mulus.
Tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya, penyanyi lagu ini memberi 10 rahsia dan tip bagaimana dia menjaga penampilan dirinya.
1. Tidur Dan Rehat Yang Cukup
– 6-8 jam sehari
– Supaya muka kekal fresh, tidak lesu dan sembab
– Elak stress & boleh merangsang kecantikan
2. Minum air yang cukup
– 1.5-3 liter per day
– Hydration, kunci utama untuk kulit yang segar dan sihat
– Boleh sebabkan tumbuh jerawat dan keluarkan minyak walaupun kulit kita kering
3. Mengenalpasti jenis kulit
– Ada dry, normal & oily
– Supaya kita boleh guna product yang sesuai dekat jenis kulit
– Kita akan lebih peka dan berhati hati dalam pemilihan product
– Jangan ikut trend atau orang, kulit kita semua berbeza
4. Guna Sunscreen
– Sunscreen sangat penting dalam hidupan harian
– Bukan setakat pakai di pantai atau masa beriadah sahaja. Ketika kerja ataupun di mana mana sahaja, penggunaan sunscreen adalah penting.
– Boleh elakkan kedutan dan tanda hitam bekas jerawat
5. Elakkan Tidur Ketika Pakai Makeup & Muka Berminyak
– Gunakan cleanser yang sesuai dengan jenis kulit
– Pilih yang ada PH di antara 4.5-7.0
– Elakkan pilih yang mengandungi sulphates
– Salah satu penyebab kulit muka rosak & jerawat mudah tumbuh
6. Pakai Night Cream / Buat Skin Care Routine Sebelum Tidur
– Ini akan dapat manjakan kulit
– Kuit rasa lebih fresh
– Membantu jaga kulit dari dalam, kerana ketika tidur, kerana kulit melalui process detoxification
– Mengurangkan proses dan merawat pertumbuhan jerawat
7. Scrub Muka
– Lakukan dua kali seminggu
– Jangan lakukan setiap hari, kerana kulit boleh jadi kering dan rosak
– Bagi yang memiliki kulit sensitive, gunakan scrub yang lebih lembut
8. Pemilihan Jenis Makeup Juga Penting
– Avoid using oil-based foundation as it will clog pores and be a cause of acne
9. Tukar Sarung Bantal Setiap Minggu
– Minyak dari rambut dan muka akan serap ke muka kita dan menyebabkan muka akan senang tumbuh jerawat dan tidak bersih
10. Jangan Picit Jerawat
– Elakkan menyentuh kulit muka dengan jari atau tangan kita sendiri kerana tangan kita banyak bakteria
– Daripada picit lebih baik rawat jerawat dengan produk yang sesuai dengan jenis kulit kita
Iman Troye ditemui ketika majlis mengumumkan dirinya sebagai duta PTTI bersama penyanyi MK K Clique.
Kedua-dua penyanyi popular ini diumum oleh jenama popular dalam dunia pembelajaran itu ketika melancarkan kempen 2 Juta Bangkit Belajar pula pada 27 Oktober di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Bertemakan ‘Berjuta Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama’, usaha pusat ilmiah itu dilihat sentiasa mahu menggalakkan pelajar terus belajar walau dalam apa jua situasi termasuk mengharungi pandemik COVID-19.
Sinonim dengan calon SPM selama ini, bagaimanapun inisiatif baru dianjurkan sebaliknya terbuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga lima.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, sasaran 2 juta pelajar itu diberisecara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan.
Cikgu Fana menambah, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.
“Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.
“Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya lagi.
Dalam majlis berkenaan juga, Iman Troye atau nama penuhnya Siti Nur Iman Alyssa turut melakukan simbolik pelancaran single keduanya berjudul Nang.
Sesekali kena curi buat senaman muka juga untuk kesan jangkan panjang. Bukan hanya boleh buat awet muda tetapi garis halus di wajah juga akan hilang.
Ya, boleh pakai set penjagaan wajah untuk bantu hilangkan garisan di wajah tetapi urutan juga cukup bagus, tau!
Tapi sebenarnya ada satu cara lagi untuk membantu wajah nampak lebih muda yang disarankan oleh pakar yoga wajah.
Senaman Muka Dan Rajin Buat Yoga
Tak perlu keluar duit dan boleh buat sendiri di rumah. Yang perlu anda lakukan adalah ikut 6 jenis senaman ini yang disarankan oleh pakar yoga wajah bernama Danielle Collins.
Senaman ini menurut Collins akan melibatkan hipodermis atau bahagian paling bawah kulit, dermis atau bahagian tengah kulit dan epidermis lapisan kulit bahagian paling atas.
Dengan penglibatan semua bahagian kulit, senaman ini akan meningkatkan pengaliran darah, memastikan lebih oksigen dan khasiat diperoleh oleh sel kulit. Hasilnya kulit lebih cerah, berseri dan kurang toksin.
Senaman wajah anti penuaan ini juga teknik yang direka untuk menstimulasi kolagen dan elastin pada bahagian tengah kulit agar kulit lebih lembut dan tegang.
Senaman ini disarankan dilakukan 20 minit, enam kali seminggu. Mudah tapi kesannya cepat.
Selepas dua minggu kata Collins wajah akan dilihat kurang garis halus, kurang stres dan orang sekeliling akan melihat wajah anda lebih sihat dan berseri.
1. The V
Kebaikan: Mengurangkan eye bag, mengurangkan sembap/bengkak bahagian mata, drooping eyelids, mengurangkan kedutan sisi mata
2. The Smile Smoother
Kebaikan: Menghilangkan garis pipi & Kulit kendur
3. Smooth The Brow
Kebaikan: Menghilangkan garisan mendatar di dahi
4. The Flirty Eyes
Kebaikan: Mengurangkan engkungan dalam mata & Lengkungan alis mata
5. The Girrafe
Kebaikan: Mengurangkan garisan & kulit kendur di bahagian leher
6. Acupressure point
Akhiri senaman ini dengan melakukan acupressure point dengan meletakkan hujung jari telunjuk pada bahagian tengah antara alis. Beri sedikit tekanan dan lakukan gerakan membulat mengikut pusingan jam dan lawan jam. Kemudian picit bahagian tepi wajah dari bawah dagu hingga ke rahang menggunakan hujung jari.